BAB 6

5K 122 32
                                    

"Nak jalan-jalan dengan aku tak?" aku mengajak Aiza bersama senyuman manis.

Aiza menganggukkan kepalanya tanda setuju sambil tersenyum.

"Tapikan... " aku berhenti dan memandang mukanya. Saja buat suspen

"Tapikan apa?" dengan nada mendesak Aiza bertanya.

"Kita nak jalan-jalan dekat mana?" aku tersengih. Sambil menunggu jawapan daripada Aiza perut aku berbunyi minta diisi. Kami berdua ketawa sambil aku menggosok belakang kepala. Cover malu sebenarnya

"Kita makan dulu ok" sambil tersenyum Aiza memeluk lengan aku dan melentukkan kepalanya dibahu aku.

Ok jujur aku cakap aku rasa aku nak gigit dia sebab dia terlalu menggoda dan aku juga tergoda tapi aku tahan. Tarik nafas hembus

Kami berjalan beriringan menuju ke motor berkuasa tinggi kesayangan aku.

Dalam perjalanan ke shopping mall aku hampir terlanggar sebuah kereta kerana Aiza melekapkan her boobs dekat belakang aku. Aku tak tahu dia sengaja or not tapi yang pasti aku hilang kawalan. Sesak nafas! Minta oksigen!

***

Masuk je dalam shopping mall tu, mata aku melilau mencari restoran yang boleh membuatkan aku kenyang. Dalam aku pusing mencari restoran akhirnya aku jumpa restoran Pizza Hut. Pizza pun Pizza la janji aku makan aku kenyang.

"Kau ni kalau dah jumpa makanan memang dah tak ingat aku kan"aku toleh belakang. Eh? Aku baru perasan yang ada Aiza hahahah. Maafkan saya!

"Eh hahaha sorry tak perasan kau. Aku dah lapar sangat ni jom ah" aku menarik tangan Aiza agar mempercepatkan langkah

Selesai menghabiskan makanan aku mengekori langkah Aiza. Biasalah perempuan kalau masuk shopping mall mesti la nak bershopping. It's normal ya readers.

Sementara Aiza memilih perfume dia yang dah nak habis tu aku duduk dibangku disediakan. Bukan apa aku tak suka masuk kedai perfume nanti aku muntah disebabkan bau perfume tu.

"Hai awak" aku mengangkat muka bila terasa ada orang duduk dibangku sebelah aku. Adriana!

"Hai" aku bagi senyuman paling manis untuk dia.

"Awak sorang je ke?" Adriana menyoal.

"Taklah dengan housemate. Kau sorang je ke?" actually aku tak tahu nak berbual tentang apa dengan dia.

"Tak juga saya dengan kawan tapi dia pergi toilet" Adriana menjawab sambil tak mengalihkan mukanya dari menatap muka aku.

Aku memegang muka aku kot kot ada benda asing melekat kat muka. Habis muka handsome aku

"Ada apa apa ke kat muka aku?"

"Eh tak adalah saya cuma suka tengok muka awak" kata Adriana sambil tersenyum malu.

"Iye? Kenapa suka tengok muka aku?" aku ingin menduga

"Sebab muka awak sama dengan muka hero yang selamatkan saya haritu dan muka awak sama macam muka yang selalu masuk dalam mimpi saya. Handsome!" Adriana berkata dengan teruja.

Oh I see dia cakap pasal aku la tuh HAHAHAHAHA halah comelnya muka

"Oh kau suka dia?" aku menduga lagi

"Suka! Sejak hari dia selamatkan saya" mata dia bersinar melihat aku.

Oh damn shit!

"Eh awak kawan saya dah datang tu saya pergi dulu ea bye!" aku hanya mampu melambai lemah

You're MineWhere stories live. Discover now