BAB 17

3K 82 31
                                    

"Aku takkan biarkan kau bahagia. Aku akan hancurkan semuanya demi dapatkan kau. Kalau aku tak dapat kau jangan harap orang lain pun akan dapat kau" kata seorang gadis sambil bermain pisau lalu ketawa besar.

***

Harini aku rajin sikit nak masak. Actually bukan masak tapi lebih kepada goreng. Tapi dikira masak ke tu? Lantaklah

Harini hari last kami berada di pulau yang sangat indah dan cantik ini. Walau aku rasa sekejap tapi akan aku semat kenangan indah dalam memori yang terindah. Tak terindah sangat lah sebab yang paling terindah masih lagi tidur.

Siap buat nasi goreng tomyam dan perahkan limau, aku hidangkan buat cinta hati yang masih lagi tidur bermimpikan aku. Hahahah

Mesti pelikkan kenapa dalam bilik hotel aku boleh masak. Sebabnya ni bukan bilik hotel lah aku boleh masak. Aku terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dengan si minah psycho tu. So semalam aku tempah dua chalet yang agak besar juga untuk the bodyguards and the girls then dengan serta merta kitorang pindah masuk ke sini.

Aku menuju ke bilik mahu melihat si pemilik hati ni

Masih lagi tidur

Aku menghampiri dia lalu aku baringkan badan aku disebelah dia. Aku memerhati wajah yang selalu bermain diminda aku. Haih tidur pun cantik

Tiba-tiba aku dapat idea untuk mengejut secara romantik. Romantik? Yeke?

Aku ambil tangannya dan mencium tangan yang selalu usap rambut aku.

Ada sedikit respon darinya.

Aku cium pipi yang selalu aku cubit manja.

Tak bangun lagi.

Aku usap muka yang selalu jadikan hari-hari aku bersinar.

"Nak apa Izz? Aku tidur ni jangan kacau" Aiza menepis tangan aku

"Kalau aku cakap aku nak kau macam mana?" sengaja aku berkata begitu.

"Ishh aku ngantuk ni. Pukul berapa dah?" Aiza berkata sambil mata terpejam. Tangannya memeluk leher aku.

"Dah pukul 9, sayang. Aku ada masak tu. Jarang tau aku masak so sebelum makanan tu sejuk baik kau pergi cuci muka then berus gigi" aku menarik hidungnya

"Kau masak?! Biar betul?! Wow! Kejap, aku bermimpi ke ni?" Aiza bangun secara mengejut lalu mencubit pipi aku.

Sakit! Tapi tak sesakit bila dia tak ada disisi aku. Hmmmm

"Auch! Sakit lah sayang. Kenapa cubit aku?" aku memegang pipi yang dicubit oleh Aiza. Sumpah sakit. Tapi jika tangan itu yang sentuh diri ini aku relakan 

"Taklah macam mimpi kau tetiba masak dan aku sangat bersyukur aku tak bermimpi hahahaha" Aiza berlalu ke tandas untuk melakukan apa yang patut.

Aku? Setia di tilam menunggu Aiza keluar dari toilet dan menuju ke meja makan bersama-sama.

"Wahh! Sedapnya! Bila kau beli bahan? Tak kejut aku pun" Aiza setelah aku tarikkan kerusi untuknya.

"Bukan aku yang pergi beli. Aku suruh Mat belikan" aku melabuhkan punggung di sebelah Aiza.

Aiza mengisikan pinggan aku kemudian pinggannya.

"Ha doa makan kau mana? Tadah tangan" aku menegur Aiza dan dia hanya tersengih tayang gigi putih miliknya.

***

"Izz!" aku menoleh ke arah suara itu. Mira berlari mendapatkan aku.

Aku yang sedang melepak sendirian di bawah pokok yang rendang terus bangun

"Haa kenapa?" aku menunggu bicara dari mulut Mira.

"Boleh tak kalau hantarkan aku ke market? Tak kisahlah market ke kedai runcit ke. Boleh tak?" tutur Mira dalam keadaan terdesak.

"Mana Mat? Asal tak suruh dia hantarkan?" peliklah kan kenapa tak suruh bodyguard tapi suruh aku.

"Weh! Ni hal perempuan mana boleh bagitahu lelaki nanti malulah" muka Mira berwarna merah. Aku kurang pasti muka dia merah kerna kena panas atau sebab malu.

"Hal perempuan? Hal apa ni?" sungguh aku binggung atau aku blur

"Eii dasar bongok kau ni!" Mira tumbuk lengan aku. Tak sakit pun

Mira mendekati aku lalu dia bisik kepada aku. 

Muka aku merah. Malu? Ya aku malu walaupun aku perempuan (separuh-separuh) aku tetap malu.

"Oh heheh okay okay. Tunggu sini aku pergi ambil motor" aku berlari mendapatkan motor yang aku tongkatkan disebelah chalet.

"Jom cepat" 

Aku membawa Mira ke kedai runcit yang berdekatan. Selesai membeli 'harta' yang wajib setiap bulan ada. Aku memulas habis agar cepat sampai.

Sekarang tanggungjawab aku bertambah iaitu kena menjaga Mira yang dalam keadaan emosi yang tidak stabil akibat 'kawan baik'nya datang menjengah.

"Sayang? Dah siap kemas barang semua?" aku melihat Aiza sedang bermain hp dia atas sofa.

"Dah siap lama dah" Aiza membalas acuh tak acuh. Tahulah aku dia tengah main game candy crush nya.

"Sayang, nak peluk. Biar kau dengar degupan aku yang selalu berirama bila nampak kau" sengaja aku pancing tumpuannya

"Haih manjanya kesayangan aku ni. Tiba-tiba aku rasa rindu pula" Aiza memandang aku dengan pandangan yang........menggoda?

"Rindu kenapa? Aku kan ada depan kau ni" aku tersenyum memandangnya.

"Tak tahu. Tiba-tiba rasa rindu" Aiza mendekati aku lalu memyandarkan badannya ke badan aku dan meletakkan kepalanya di dada aku

"Aku pun rasa yang sama. Rindu dia tu membuak-buak" aku cium kepalanya

Aiza ketawa

"Gelak kenapa sayang? Aku betul-betul ni" aku memerhati Aiza

"Biarlah aku nak gelak. Aku bahagia dengan kau" Aiza menggenggam tangan aku

"Jika rasanya begini aku rela jatuh cinta dengan kau setiap hari sebab rasanya sangat indah walaupun terseksa kerana rindu yang mendalam" aku meluahkan isi hati aku

"Eii dasar sweet talker gila" Aiza mencubit tangan aku. Cubit manja je guys.

"Sweet talker dengan kau je sayang"

Bahagia? Ya aku bahagia

***

"Apa?!! Dia tak ada dalam hotel?! Kawan-kawan dia pun?!" dia menghentak tangannya ke atas meja

"Y-ya cik. Kami dah tanya pihak hotel tapi dorang tak tahu kemana Izz dan yang lain pergi"salah seorang daripada orang upahannya menjawab pertanyaan 

"Macam mana korang buat kerja ni?! Aku suruh perhati je bukan apa pun! Susah sangat ke?!!" dia menyepak kaki salah seorang orang upahannya

"Maaf cik" hanya itu yang mampu dia ungkapkan. Orang upahan itu hanya menahan diri kerna dia fikir yang wanita itu yang akan membayar upahnya nanti. Jika tidak pasti wanita itu sudah memakan sepak terajangnya.

"Tak apa aku bagi korang last chance" dia berlalu pergi meninggalkan orang-orang yang diupahnya

(Bersambung...)

If loving you is wrong, Then I don't want to be right. My love for you is strong and Brighter than any light. The way we must go is long, But we'll win every fight.

Haiiiiiii minggu depan trial paper yang dah boleh relax sikit. So sebab tu lah aku update. Boleh ke tak apa?

So macam mana bab ni? Ada yang muntah? HAHAHAHA .

Izz dan kawan-kawannya diburu oleh seseorang. Tapi seseorang itu bukanlah Aina. So siapa? Nantikan ya hahaha. Bye!

You're MineWhere stories live. Discover now