BAB 25

2.4K 67 17
                                    

"Oh ya, sebelum ayah terlupa. Ni aunty Kameliah dengan Uncle Amir ada bagi kad undangan untuk Izz ke majlis kesyukuran diorang yang baru dapat cucu tu. Pergi tau jangan tak pergi. Dorang tu dah rindu sangat dengan Izz sebab yela kan dulu Izz selalu mengelak dengan dorang since excident tu. Lupakan kisah lama, mulakan kisah baru, okay son?" ayah menghulurkan sekeping kad.

Aku ambil dan belek kad itu dan secara tiba-tiba excident tu bermain di minda.

Kalau aku boleh putarkan masa kembali, aku akan pastikan yang aku tak buat sesuatu perkara yang boleh merenggangkan hubungan rapat aku dengan aunty Kameliah hanya disebabkan seketul manusia.

Why seketul? Sebab dia tak layak jadi seorang manusia. Bagi aku lah

"In sha Allah nanti Izz pergi. Ayah dengan mama pergi tak?" Sebenarnya aku rasa malas nak pergi bila ingat balik peristiwa tu.

"Ayah dengan mama pergi. Izz nak pergi sekali ke?" Soalan ayah tu macam bernas je tapi nantilah aku fikirkan. Ada masa lagi sebab majlis tu lagi dua minggu

"Nanti Izz fikirkan" jawab aku.

Kami berdua diam sebentar kerana bukan ada kitkat tapi Rose datang hantar fail yang telah dia siapkan.

"Ayah rasa tak salahkan kalau ayah bagitahu hal yang sebenarnya kat Rose? Dia memang patut tahu pun" apa yang baru keluar daripada mulut ayah benar benar buat aku terkejut. Sekarang ke?

Rose yang baru hendak melangkah pergi terhenti apabila nama dia disebut.

"Rose, saya ada nak bagitahu awak something. Duduk dulu" arah ayah kepada Rose.

Satu soalan. Sofa kat bilik ayah ni banyak tau. Kenapa nak duduk sebelah aku juga? Ah lantaklah yang penting sekarang ni apa reaksi Rose bila dia dah tahu hal sebenar?

"Saya harap awak tak terkejut. Mungkin awak terkejut tapi saya harap awak taklah terkejut sangat. Okay?" Tak boleh ke ayah terus cakap je? Kenapa nak suspen bagai? Aku yang gelabah lebih ni pehal?

"Nampak macam rahsia besar je?" Rose memandang aku dan ayah silih ganti

Ayah memandang aku sebagai isyarat bahawa dia nak bagitahu Rose hal yang sebenarnya.

Aku mampu menganggukkannya sahaja. Nak patah balik pun dah terlambat. So kita move jelah.

"Sebenarnya, Izz ni anak saya. Dia yang akan menggantikan saya tak lama lagi" lancar sahaja ayah menuturkan kata-kata itu.

Kenapa jantung aku berdegup laju? Mungkin takut nak tengok respon Rose

"Seriously?!" Muka Rose sangat terkejut.

"Saya serious Rose. Takkan benda macam ni saya nak buat main? Saya tahu awak terkejut. Ambil lah masa awak nak terima semua ni" tenangnya ayah.

Rose memandang muka aku lama. Tanpa sebarang reaksi.

Suasana sepi seketika.

"Betul Rose. Saya lah yang bakal menggantikan ayah nanti. Saya ada sebab yang tersendiri kenapa saya suruh ayah rahsiakan status saya kepada pekerja2 syarikat. Dan saya harap juga awak dapat jaga rahsia ni sampai masanya tiba nanti. Boleh?" Aku memandang muka Rose dengan harapan yang dia boleh jaga rahsia ni.

Suasana sepi kembali. Kedengaran Rose menghembuskan nafas berat. Sebelum dia kembali memandang muka aku yang penuh harapan ni.

"Jika itu yang Tuan Izz nak, saya akan ikutkan. Saya akan jaga rahsia ni" Rose menghadiahkan aku senyuman kecil.

Wait, pehal 'Tuan'?

"Tuan? No Rose. Just Izz. Saya taknak awak panggil saya Tuan. Awak bukan hamba saya. Just call me Izz" sungguh aku tak suka orang panggil aku dengan miss or mr or tuan. Jika pun nak tunjuk hormat ada cara lain selain dengan nama tambahan depan nama aku tu.

You're MineWhere stories live. Discover now