BAB 20

2.6K 71 15
                                    

"Lepaskan aku lah sial!" Mira menjerit menyuruh dilepaskan.

"Kau diamlah perempuan! Ikutkan hati aku nak je aku koyakkan mulut kau ni. Nasib bos cakap jangan apa-apakan kau" seorang daripada konco Adriana menarik rambut Mira. Mira menjerit kecil

"Weyh Min tak payah lah buat dia macam tu. Kalau cacat ke apa bos tak nak bayar kita tau. Buat masa ni kita sabar je layan perangai dorang" salah seorang konco adriana yang bernama Farid menenangkan Min

"Dah kalau mulut bising macam tu siapa je tahan?" Min meluahkan ketidakpuasan hatinya.

"Aku tahu. Aku pun tak tahan dengan mulut bising dorang tu tapi kita kena bertindak mengikut arahan kalau tak sesia je kerja kita" setelah mendengar kata Farid itu, Min akhirnya mengalah juga.

Mereka memerhati ketiga-tiga gadis yang diculik atas arahan bos mereka.

Walau apapun tujuan bos mereka menyuruh mereka menculik, tidak pernah sekali pun mereka menyoalkan, bagi mereka, dapat upah lepas mereka selesaikan tugas lagi penting.

'Mana kau sayang? Aku tahu kau akan datang cuma cepat atau lambat. Aku harap kau baik-baik sahaja'  Aiza berdoa

Hani sudah terbaring kerana tiada tenaga

***

"Ikutkan hati nak sahaja aku terjah tapi fikir balik mereka ramai. Aku sorang. Kang niat nak selamatkan dorang, nanti aku pula yang 'selamat'. Huih naya" Izz bermonolog sendirian

"Macam mana aku nak bebaskan dorang ni? Mana pula Insp. Izani ni? Aduh lambatnya!" Izz menumbuk batang pokok yang berada dihadapannya.

Kenapa Izz tumbuk? Satu, kecewa terhadap dirinya yang tak mampu berbuat apa-apa tindakan untuk menyelamatkan kekasih hatinya dan kawan-kawannya. Dua, dia terlalu marah terhadap Adriana yang sanggup buat sesuatu yang diluar jangkaannya ke atas buah hatinya dan kawan-kawannya. Ketiga, dia tak dapat menahan sabar dan tak dapat mengawal dirinya.

Mahu tak mahu dia harus menunggu pihak polis tiba dan terus berdoa agar mereka yang didalam selamat.

***

"Bang, ada air tak? Saya haus lah" Hani yang sememangnya sudah tidak bermaya itu meminta sedikit air

"Ah! Kau ni leceh lah! Farid, pergi ambil air kat dalam kereta aku. Pastu tutup pintu kang dorang lari mana kita nak cari" Min menyuruh

Farid bangun lalu menuju ke pintu dan membuka pintu. Dia terkejut

"Aku dah kata tutup pintu tu tak dengar ke?" Min yang membelakangi pintu itu memusingkan badan. Lalu dia terkaku

"Jangan bergerak! Kami polis! Anda semua sudah dikepung! Serah diri" suara Insp. Izani memberi arahan kepada konco-konco Adriana melalui alat pembesar suara

Semua konco-konco Adriana tidak dapat meloloskan diri kerana sekeliling rumah itu telah dikepung oleh pihak polis yang sudah berpakaian lengkap.

Izz meluru masuk apabila semua konco-konco Adriana sudahpun digari. 

Izz terus memeluk Aiza yang sudahpun menangis kegembiraan apabila dia melihat Izz. Izz menguraikan ikatan tali yang mengikat tangan Aiza, Hani dan Mira.

"Shh, jangan nangis, sayang. Sekarang kau dah selamat. Aku janji selagi aku masih hidup aku akan lindungi kau" Izz memujuk Aiza yang tidak berhenti menangis

(Bersambung...)

I found a girl, beautiful and sweet, but always cute! You are the one I love, I love you!

Akhirnya aku dah merdeka! Walaupun paper geo agak mencabar tapi alhamdulillah aku dapat menjawab kesemuanya. Selamat tinggal zaman persekolahan. mana zaman paling manis bagi setiap orang. Yang mana belum habis paper tu aku ucapkan goodluck! 

Oh btw, aku baru panjat bumbung rumah sebab kucing makcik aku panjat. Nasib pening tak menyerang aku time panjat tadi kalau tidak mungkin aku merdeka kat hospital lol. Aku tahu takde siapa tanya tapi saja nak bercerita.

Sorry tak panjang dan sorry dah lama tak update. I'm so sorry.

Selamat malam dunia.

You're MineTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang