BAB 4

5.2K 131 16
                                    

Perlahan-lahan aku membuka mata dan apa yang aku nampak hanya syiling putih. Ya aku berada dihospital

"Izz" ada tangan yang hangat memegang tangan aku. Aku menoleh ke Adriana.

"Sekarang pukul berapa?" aku memandang sekeliling bilik, gelap yang ada cuma satu lampu kecil yang agak malap.

"Sekarang pukul 9 malam. Awak nak apa apa Izz?" soal Adriana.

"Phone aku mana?" Aku meraba raba meja di sebelah untuk mengambil phone ku. Aku lihat banyak mesej daripada yati.

'Kitorang balik dulu nanti kitorang datang balik.'

Ding! Satu lagi mesej masuk dari yati.

'Mira tengah otw untuk temankan kau.'  Okay pelik. Kenapa dia tak  datang saing dengan yati dan hani?

Aku berfikir sejenak.

Fikiranku terganggu bila tiba tiba adriana bersuara.

"Awak lapar tak izz? Saya ada belikan makanan untuk awak ni."  Tak pasti kenapa dia tanya soalan kelas b macam tu. Sehari tak makan, takkan lah tak lapar kan?

"Sini biar let me feed you. Lagipun awak tengah lemah lagi ni." Aku pun mengiyakan je apa yang dia kata.

Lantaklah, janji aku dapat makan. 

Semasa adegan suap menyuap bersama adriana, entah macam mana tangan dia tak jumpa mulut aku, terkena pada pipi aku.

Dia dengan suara yang gelabah pun kata "omaigad izz I'm so sorry saya betul-betul tak sengaja." 

"Nah, it's okay." Iyelah, kalau marah pun bukannya boleh buat makanan tu masuk dalam mulut aku balik kan?

Dia pun mengambil beberapa helai tisu dan mengesat pipiku dengan berhati-hati. Semasa dia mengelap pipiku, aku mengamati setiap apa yang ada pada mukanya.

Fokus benar mukanya semasa mengelap pipiku. Aku memerhatinya dengan penuh minat. Mukanya yang flawless; bersih tanpa sebarang jerawat dimukanya, matanya yang berwarna coklat gelap memandang tajam ke arah pipiku.

Bodohnya si Muaz tinggalkan wanita secantik Adriana ni. Pemerhatianku terhenti apabila mata adriana memandang tepat ke arah aku. Tiba-tiba masa seakan-akan terhenti. Sedang kami mengamati satu sama lain, pintu bilik dibuka. Berdirinya mira di situ menyaksikan kami bermain mannequin challenge tadi.

"Sorry. I'll leave you guys alone." Kata Mira. Dia meletakkan satu bungkusan di atas kerusi yang tak jauh dari pintu bilik tersebut.

"You, tunggu! I pun sebenarnya nak kena balik ni. Ada hal sikit." Kata Adriana kepada mira. Dia berlari-lari anak ke arah mira dan berkata

"Take a really good care of her." Mira hanya mengangguk tanda faham.

"Habiskan makanan kalau nak cepat sembuh." Sempat dia membebel sebelum keluar dari bilik tersebut.

Mira masih lagi tercegat di hadapan pintu bilik.

"Main mannequin challenge dengan siapa tu? Taknak teman aku makan ke?" Aku bersuara untuk memecahkan kesunyian dalam bilik itu selepas berlalunya adriana.

You're MineWhere stories live. Discover now