BAB 5

5.1K 132 24
                                    

"I want you, Izz" sekali lagi Aiza mengungkapkan kata-kata itu sambil mengetatkan pelukannya di pinggang aku

Aku? Dah sah sah lah macam orang lupa cara nak bernafas selepas mendengar ayat itu untuk kali kedua

Aku ingat yang kitorang ni ada dekat atas motor je aku tak toleh kebelakang menghadap Aiza. Kalau tak dah lama aku toleh belakang nak minta kepastian kat dia saat itu juga

Aku tarik nafas, tenangkan diri. Tetapi saat itu aku rasakan pelukan semakin ketat. Her boobs terasa kat belakang aku

Aku memberhentikan motor di tepi pantai. Pantai yang selalu aku pergi untuk menghilangkan stress. Tak kisahlah stress yang berpunca daripada perkara apa pasti akan aku pergi ke sini.

Aku berjalan beriringan dengan Aiza sambil tu mata aku melilau melihat sekeliling. Tak ramai orang mungkin sebab bukan musim cuti. Aku duduk di salah satu bangku yang ada di pantai itu.

Masing-masing menyepi melayan perasaan.

"Kenapa aku?" aku menoleh ke arah Aiza. Dia membalas pandangan aku dengan pandangan yang bagi aku ia sangat menggoda. Ketaq lutut beb yela cuba kau bayangkan Emma Watson pandang kau dengan pandangan yang menggoda

"Aku dah lama suka kat kau lama, Izz. Aku tahu kau susah nak terima benda ni tapi percayalah" Aiza menundukkan pandangan daripada menatap muka aku.

"Tapi kita kawan, Aiza. Aku taknak sebab benda ni kita jadi orang lain, kita jadi awkward. Apa reason kau suka aku?" aku memandang wajah Aiza yang sedang menunduk itu. Aiza mengangkat mukanya dan melihat laut

"Cinta bukan satu paksaan, dia datang tiba-tiba, Izz. Dulu masa aku bergaduh dengan Faris, kau datang saat aku memerlukan seseorang untuk aku bersandar, bermanja, bergantung. Kau jaga aku dengan baik Izz, kau layan aku, kau manjakan aku, aku tak tahu bila aku dah jatuh cinta kat kau tapi yang pasti aku akan jealous bila Mira cuba nak dekat dengan kau, cuba nak tarik perhatian kau" Aiza menghela nafas

Flashback

TOK! TOK! TOK!

Aku terbangun lalu aku tengok jam di hp dah pukul 2pagi kat luar hujan lebat

"Siapa je lah datang rumah orang pukul 2 pagi dia tak tahu ke tenaga aku harini terbuang dengan banyak haish!" nak tak nak aku terpaksa bangun buka pintu walaupun bagi aku tidur itu lebih penting daripada segalanya tapi aku gagahkan diri

Aku terkejut saat melihat tubuh basah yang menggigil lemah jatuh menimpa aku. Setelah otak dah berfungsi kembali aku menyelak rambut yang menutupi muka tuan empunya tubuh itu.

Aiza! Bibir dia dah warna biru muka dia dah pucat macam takda darah

Aku mengangkat tubuh itu masuk ke dalam bilik aku dan aku rebahkan di atas tilam aku. Aku mengambil tuala yang agak besar yang boleh menutupi hampir semua tubuh Aiza untuk aku menanggalkan baju nya. Selesai menanggalkan baju Aiza aku angkat tubuh Aiza masuk ke dalam toilet dan meletakkan Aiza ke dalam bathtup.

Aku menyiramkan air suam ke badan Aiza yang sejuk menggigil. Aku terpaksa berlari pergi bilik Aiza sebab nak ambil syampu miliknya. Kalau dia pakai syampu aku kang nanti tak sesuai pula. Aku just siram badan dia dan syampukan rambut dia je yang lain aku tak buat tanpa kerelaan dan kata setuju dia

Usai tu aku memakaikan Aiza pakaian dalam Aiza tanpa memandang tempat 'rahsia' miliknya dan menyarungkan hoodie dan seluar jogger pants milik aku. Nampak tak aku ni seorang yang budiman dan sweet?(So takde orang nak try ke?)

Aku membaringkan dan menyelimutkan badan nya dengan selimut tebal hingga ke paras dada. Sempat aku meninggikan suhu aircond dan merebahkan badan disebelah Aiza. Aku menarik Aiza kedalam pelukan aku berharap dia hangat dengan haba tubuh aku kerana dia masih lagi menggigil.

You're MineWhere stories live. Discover now