BAB 19

2.7K 73 12
                                    

"Izz, sudahlah tu. Ayah dah bagi maklumat peribadi dia dekat pihak polis" ayah duduk disebelah aku.

Sejak hari kejadian, ayah suruh aku tinggal dengannya. Mula-mula aku tak berniat nak memberitahu ayah tentang perkara ini tapi berita tentang rumah aku di ceroboh dan tenteng Aiza dan kawan-kawan yang lain diculik telah pun sampai ke pengetahuan ayah.

Aku yang sedang termenung di balkoni ditegur ayah. Aku memandang ke arah ayah.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembus secara perlahan lahan

"Takkan kita nak harapkan pihak polis je ayah? Diorang kawan Izz, nyawa Izz takkan Izz nak duduk diam je?" aku tak puas hati. Polis taktahu yang perempuan tu ada masalah otak.

"Dah tu kita nak buat apa, Izz? Serang tempat persembunyian dia? Macam tu?" aku terdengar ayah mengeluh sebelum ayah sambung bicaranya

"Izz, ayah tahu keadaan sekarang terlalu rumit dan memaksa kita membuat tindakan yang kita sendiri tak mampu lakukan tapi keselamatan kita kena jaga dulu. Kalau kita tak jaga keselamatan kita, macam mana nak jadi hero selamatkan kawan-kawan Izz? Kita try cari jalan lain okay" ayah memberi sedikit nasihat sambil mengusap kepala aku

Bila difikirkan balik, ada betulnya apa yang ayah cakap. Aku kena kuat untuk selamatkan Aiza dan yang lain

Ini adalah ujian untuk aku. Untuk menguatkan aku!

"Dah sekarang pergi makan. Dah dua hari Izz tak makan. Tu mata tu bengkak semacam ni kes tak tidurlah ni. Haih! Apalah nak jadi dekat kamu ni Izz" ayah menggelengkan kepala melihat sikap aku lalu ayah berlalu pergi.

Sebelum ayah menuruni tangga untuk keluar pergi berjumpa dengan rakan seperniagaannya, sempat menitipkan pesanan jangan lupa makan

Aku mampu menganggukkan kepala sahaja. Tiada daya nak bersuara. Nasib mama tak ada, dia pergi ikut makngah ke US nak melawat anak makngah kat sana. Kalau mama ada lagi haru jadinya

Aku termenung lagi.

Aku rindu belaian Aiza

Aku rindu senyuman manisnya

Aku rindu kemanjaannya

Aku rindu gelak tawanya

Aku rindu usikkannya

Aku rindu suaranya

Aku menangis. Menangis dengan jiwa yang sarat perasaan rindu terhadap si cinta hati.

Dia okaykah di sana?

Dia diberi makan kah?

Dia dilayan dengan baikkah?

Sihat ke tak?

Setiap saat tak pernah aku terlepas dari terus memikirkan tentang dia.

Sungguh aku rindu!

Terseksanya rasa rindu ni

Ingin sekali aku mendakapnya erat untuk menghilangkan rasa rindu yang menggunung

Tiba-tiba wajah perempuan gila tu menerjah di minda

Mungkin rona wajah aku sudah warna merah akibat terlalu marah

Sekali lagi satu tumbukkan dilepaskan ke arah dinding dengan begitu padu

Aku mengambil hp lalu menghantar chat kepada perempuan psiko tu

'Esok kita jumpa pukul 2 dekat cafe haritu'

Selepas menghantar chat aku berlalu ke bilik untuk merehatkan diri. Esok pagi aku perlu lakukan sesuatu sebelum aku berjumpa dengan si psiko

You're MineWhere stories live. Discover now