BAB 18

2.8K 75 18
                                    

Aku tak tahu kenapa harini aku rasa tak sedap hati. Adakah ini petanda sesuatu akan berlaku?

Mungkin. Kita tak tahu.

Aku termenung memikirkan masalah yang semakin rumit.

Aiza bertanyakan aku mengapa bodyguard-bodyguard tu masih setia dengan kami, sedangkan sudah hampir sebulan kami balik dari Pulau Redang.

Aku  hanya mampu diam sahaja. Aku tak pandai menipu

Bukan niat nak rahsiakan hal ini tapi aku taknak mereka risau. Biarlah aku seorang sahaja yang tanggung. Asalkan nampak senyuman indah daripada mereka.

Bunyi chat masuk menghentikan lamunan aku. Aku mengambil hp aku dan terus buka aplikasi whatsapp. Daripada number yang tak dikenali. Siapa? Tak pasti sebab tak nampak gambar profile dia.

'Sweetnya awak dengan Aiza. Sayang, awak akan jadi milik saya suatu hari nanti. Time tu kita akan jadi terlalu sweet dari semua pasangan yang ada dalam dunia ni. Tunggu saya tau, saya akan hapuskan halangan yang ada agar kita dapat bersama. Saya akan hapuskan Aiza'

Terkedu.

Ini bukan number Aina!

Satu persatu masalah yang muncul buat aku rasa nak hentak kepala kat dinding biar aku hilang ingatan tapi bagaimana dengan nasib Aiza jika aku hilang ingatan? Tak boleh macam ni! Aku mesti lindungi Aiza walau apa pun yang terjadi.

Aku delete chat dari number yang tak dikenali itu lalu aku mencampakkan hp aku ke atas meja. Serabut!

Aku merenung bintang yang bertaburan didada langit. Suasana malam yang membantu aku menenangkan fikiran.

Merokok? Tak itu bukan cara yang sihat untuk menghilangkan stress. Tipulah aku tak pernah terfikir nak merokok akibat terlalu stress. Tapi bila fikir balik banyak lagi cara nak hilangkan stress aku buat keputusan abaikan niat nak merokok.

"Sayang, buat apa kat luar malam-malam buta ni?" Aiza duduk di sebelah aku sambil dia memeluk tubuh kerana dia memakai gaun malam yang agak nipis.

Aku tengok jam di hp aku. Sudah pukul 1 pagi.

"Tak ada buat apa-apa pun. Ni kenapa tak tidur lagi?" aku mendekatkan diri lalu memeluk Aiza. Memberikan sedikit kehangatan kepadanya.

"Dah kau tak ada kat sebelah, aku tak boleh tidur lah" muncung bibir Aiza selepas dia menyatakan mengapa dia tak boleh tidur.

Aku ketawa

"Okaylah jom kita tidur" aku bangun lalu menghulurkan tangan kepada Aiza.

Aiza menggelengkan kepalanya.

Pula dah

"Dukung aku" Aiza mengangkat tangan seperti budak kecil minta didukung. Aku gelak lagi

"Haih yela yela jom" aku mendukung Aiza. 

Sampai dibilik Aiza tak mahu turun. Mahu melekat sepanjang malam katanya. Aku iyekan sahaja.

Jadinya posisi aku ketika baring ialah aku dibawah dan Aiza diatas badan aku. Ya! Aiza tidur diatas badan aku.

Aku merenung muka Aiza puas-puas.

Goodnight apple of my eye

Aku pejam mata turut tidur.

***

Aku dalam perjalanan ke sebuah cafe kerana pagi tadi aku dapat chat daripada number itu juga. 

'Kita jumpa dekat cafe'

Setelah dapat location, aku segera mandi dan bersiap ala kadar. Aku tak lupa memakai cap dan mask bertujuan agar orang tak mengenali diriku.

You're MineWhere stories live. Discover now