BAB 12

3.5K 110 31
                                    

Aku termenung keseorangan ditepi pantai. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut di pipi aku. Tenang tapi aku tak dapat nak tenangkan fikiran 

Serabut!

Itu yang aku rasakan dari tadi. Serabut memikirkan tentang kesasihan berita yang disampaikan oleh Adriana. Jika betul mengapa? Apa yang dah aku lakukan sampai dia plan nak membahayakan keselamatan aku dan Aiza?

"Arghh!" aku menjerit sambil menyepak pasir. Hmm kesian pasir tu.

"Hai Izz. Kenapa kau marah ni?" aku terkejut melihat Mira yang secara tiba-tiba muncul disebelah aku.

"Tak payah nak buat muka terkejut sangat la Izz. Aku follow kau dari tadi. Aku nampak kau blah cenggitu je kat kafe dengan makanan tak habis lepas kau dengan Adriana berbual. If you don't mind, you can share your problem with me" Mira memujuk. Aku gelengkan kepala. Aku memang macam ni. Tak suka share problem dengan orang. Bagi aku kalau aku share, itu tak boleh mengubah apa apa pun. Lebih baik aku simpan sorang dan usaha sendiri apa yang perlu.

"Tak apalah nanti kalau aku rasa nak share aku cakap kat kau" aku memberi seyuman yang hambar kepada Mira.

Kami berdua senyap tenggelam dengan dunia sendiri. Tapi aku tak rasa aku tenggelam dalam dunia aku. Aku lebih kepada tenggelam dalam memikirkan masalah dan menyelesaikan masalah itu.

"Kau datang sini naik apa?" soal aku kepada Mira memecahkan kesunyian antara kami berdua.

"Aku naik kereta la" Mira membuat muka pelik

"Oh hahahah" entah kenapa aku rasa tak betul. Mungkin stress memikirkan masalah 

                                                                                          ***

Selepas makan malam, aku memanggil semua housemate aku berkumpul di ruang tamu. 

"Ada apa kau panggil kitorang, Izz?" Hani bertanya. Aku melihat Mira yang tengah control muka gembira dan teruja dia tu.

"Aku nak korang semua kemas baju yang perlu sahaja" aku mengarah mereka.

"Weh kau nak halau kitorang ke?" Hani dah buat dah drama sendu dia tu.

Aku lihat Mira sedaya upaya menahan ketawa. Bukan Mira sahaja yang sedang menahan ketawa, aku juga menahan ketawa. Tapi segera aku mengawal muka serius aku.

"Sayang, kau memang nak halau kitorang keluar ke?" Aiza yang sememangnya duduk diselah aku bersuara.

"Ada ke aku cakap yang aku nak halau korang? Ada? Aku suruh packing baju yang perlu je kan? So lepas ni buat terus. Ingat yang perlu dan penting sahaja" aku masih berusaha mengawal muka serious aku.

Hani dan Aiza bangun untuk masuk ke bilik tetapi sempat aku menahan mereka.

"Oh ya, bawa baju untuk seminggu. Tapi kalau boleh bawa baju lebih" mereka berdua mengangguk tanda faham.

Setelah memastikan Hani dan Aiza sudah masuk kedalam bilik.Kami berdua melepaskan ketawa yang tertahan dari tadi. Tetapi masih lagi kawal suara takut mereka dengar.

***

"Izz, kau nak ke mana tu?" aku menoleh kebelakang. Aiza menuju ke arah aku dengan baju tidur nipis yang dipakainya itu. Dia baru bangun la tu

"Hey, baru bangun ke sayang?" aku memeluk pinggang Aiza dan memberikan ciuman di pipi mulus nya

"Yela, aku bangun bangun tengok kau takda kat sebelah that's why lah aku bangun cari kau" Aiza juga membalas ciuman aku di pipi aku.

"Ni kau nak pergi mana?" Aiza bertanya soalan yang sama.

"Aku ada hal jap. Kejap je nanti aku balik lah" memujuk? Tak. Sekadar memberi jawapan yang boleh menenangkan hati Aiza

"Aku nak ikut boleh?" Aiza membalas pelukan aku. Dia nak menggoda lah tu.

"Bukan tak boleh, sayang tapi" tak sempat aku nak habiskan ayat Aiza menyampuk.

"Sudah lah! Kalau tak bagi ikut cakap jela! Tak payah bagi alasan! Kau nak jumpa perempuan lain ea?!" Aiza melepaskan pelukannya dan melepaskan pelukan aku. Dia membelakangkan aku.

So, guys apa yang perlu kita buat jika seorang perempuan sedang marah? Betul! Kita kena tenang. Jangan ikut marah juga. Kita kena jadi air jika marah perempuan itu umpama api. Kalau boleh jujur je even perkara tu menyakitkan. Tapi dalam situasi aku sekarang, aku tak boleh nak jujur. Faham? Okay,good!

"Hey sayang, mana ada aku nak jumpa perempuan lain sedangkan mata aku hanya nampak kau dan hati aku sentiasa nak kau. Please trust me. I need your trust,sayang" aku memusingkan badannya supaya menghadap aku. Aku memeluk pinggangnya lagi. 

Aku mengangkat dagu Aiza keatas supaya matanya bertentang mata dengan aku.

Lama kami bertentang mata dan akhirnya Aiza kalah dengan godaan mata coklat cair aku

"Iyelah pergilah selesaikan urusan kau tu. Hati-hati ingat aku kat rumah tunggu kau balik" Aiza berpesan. Aku tersenyum lalu memberikan sebuah ciuman didahi,kedua-dua belah pipi Aiza. Belum sempat aku nak mendaratkan bibir aku ke atas bibir Aiza. Aiza dulu yang mendaratkan bibirnya ke atas bibir aku.

"Hey naughty girl!" aku memicit hidung Aiza. Kami berdua tertawa.

***

Aku keluar dari bangunan milik syarikat yang menawarkan perkhidmatan bodyguard. Ya, aku telah menanda tangani kontrak dengan syarikat ini. Ala, CEO syarikat ni kawan ayah. So, dia kenal aku. 

"Izz, sekarang apa tugas kami?" Riz selaku ketua bodyguard yang berkhidmat dengan aku bersuara. Uncle Kamal telah memberikan bodyguard yang paling bagus sekali kepada aku. Dan seramai 4 orang bodyguard yang telah aku pilih untuk menjaga keselamatan aku dan housmate aku.

"Tugas korang ialah ikut aku pergi bercuti. Sekarang aku nak korang pergi packing baju korang untuk seminggu. Oh ya, tolong pakai baju yang nampak santai start daei sekarang. Aku taknak korang pakai tuksedo formal macam ni"  aku menerangkan kepada mereka.

"Baik Izz. Tapi boleh saya nak tanya satu soalan?" Mad pula yang bersuara. Aku memberi isyarat menyuruh Mad meneruskan pertanyaannya

"Kenapa kitaorang kena pakai baju santai dan tak boleh pakai tuksedo?"

"Sebabnya aku nak korang menyamar dan kalau korang nak berlawan nanti lagi mudah pergerakannya faham?" mereka berempat mengangguk faham.

"Ok harini takada tugas untuk korang. Tapi aku tahu esok pagi sharp pukul 9 muka korang semua dah muncul kat rumah aku. Faham?" sekali lagi mereka mengangguk.

Mesti korang tertanya-tanya kenapa mereka tak panggil aku dengan panggilan 'boss'. Sebabnya bukan aku yang boss mereka, aku hanyalah orang yang mengupah mereka. Dan lagi satu, mereka lagi tua dari aku jadinya aku tak nak mereka merendah diri. Aku hormat mereka.

(Bersambung...)

Hai guys! Selamat menyambut bulan ramadhan! Dah hari puasa yang ke 4 so siapa yang dah ponteng puasa tu nanti jangan lupa ganti puasa okay?

You're MineWhere stories live. Discover now