BAB 23

2.4K 66 12
                                    

Bunyi alarm di handphone membuatkan aku terbangun daripada tidur yang lena. Seperti biasa aku akan termenung mengingat kembali mimpi yang aku lalui malam tadi.

Seperti biasa, wajah cantik, manis dan ayunya menghiasi mimpi aku. Dan mimpi tu sangat indah!

Aku tersenyum sendirian. 

Aku bangun dan menuju ke toilet untuk proses pembersihan dan menyegarkan badan.

Harini hari yang penting kerana harini aku start praktikal. Well, even tu family's company aku mesti tunjukkan yang aku tidak mengambil kesempatan seperti datang pada pukul berapa yang aku suka even tu company bapak aku yang punya.

Pakaian formal aku sarungkan ke badan. Formal? Takdalah formal sangat. Just kemeja and jeans

Taknak handsome sangat nanti ramai yang tergoda aku juga yang susah. Cukup aku susah hati bila pemilik hati merajuk diamkan diri. Sungguh aku tak senang duduk!

"Kenapa handsome sangat?" aku yang sedang membetulkan baju koler leher terhenti apabila cinta hati berdiri depan pintu bilik.

"Handsome? Dah cukup selekeh dah aku pakai ni tau" aku menilik diri dari patulan cermin. Selekeh sangat dah ni dengan baju tak butang sampai atas, dengan baju tak masukkan dalam seluar, dengan lengan yang aku lipat sampai ke siku, dengan rambut aku messy tak ber-pomade ni dia cakap handsome? Benarlah cinta itu buta. LOL

"Kau ingat kau macam ni dah cukup selekeh ke? Ingat kau tu nak praktikal bukan pergi menggatal tau!" tegas penuh amaran suaranya

"Jangan risau, hati ni, diri ini milik kau, sentiasa milik kau" aku merangkul pinggang Aiza untuk mendekatkan lagi jarak muka kitorang. Biar dia tengok mata aku dalam-dalam. Orang kata kalau nak tahu seseorang tu menipu tengok mata dia. Jadi, silakan lihat mata saya sepuas hati awak hehehe

"Kau nak cukup selekehkan?" soalan yang membuatkan aku bingung

Aiza mengambil lipsticknya yang berwarna merah dan dia mencoletkan ke bibirnya lalu tersenyum nakal kearah aku.

Aku rasa aku tahu apa dia nak buat. 

Aiza mendaratkan bibirnya di seluruh wajah aku lalu meninggalkan kesan.

Aku hanya mampu redha dan menadah muka. Sebab? Sebab aku suka heheheheh. Bukan selalu kena cium bertalu-talu macam ni. Gatal? Biarlah, aku menggatal dengan buah hati aku sendiri

"Haa ni baru betul selekeh" Aiza tersenyum puas melihat muka aku yang penuh dengan kesan bibirnya.

Aku tersenyum

"Kau pehal senyum?" tanya dia yang kebingungan

"Saja suka. Perangai tu kenapa comel sangat? Tolonglah aku tak kuat tau nak pergi company. Aku rasa nak duduk rumah je layan kau" jujur aku katakan

"Janganlah macam tu, pergilah. Kang kau kena repeat kang macam mana? Aku tunggu kau kat rumah okay?" Aiza memujuk. Saja nak bermanja. Haih ni yang buat aku makin taknak pergi. Tapi aku gagahi juga

Aiza membersihkan kesan ciumannya dimuka aku dengan tisu basah dan kami masih dalam posisi yang sama. Aku mengambil kesempatan melihat mukanya. Aku nak merenung wajahnya biar aku tidak akan merinduinya pada tahap yang gila bila aku tengah kerja nanti

"Ish, janganlah tenung. Malulah aku" Aiza menutup mata aku dengan tangannya.

"Biarlah aku tenung. Nanti aku rindu macam mana?" aku menarik tangannya yang menghalang aku dari terus melihat wajahnya yang indah itu.

"Mengada" walaupun dia malu tapi aku tahu dia suka. Biasalah perempuan mulut kata lain hati cakap lain

***

Sesampai aku di syarikat milik ayah, aku terpegun. Sungguh! Aku kagum dengan usaha ayah yang dahulu penuh dengan cabaran dan rintangan tetapi kini sudah teguh berdiri dengan megah hasil kesabaran ayah yang ingin melihat usaha yang dia lakukan ini berjaya

Aku menuju ke kaunter, terlihat seorang gadis penyambut tetamu yang begitu pemurah dengan senyuman.

"Yes Sir? May I help you?" tanya Lisa. Macam mana aku tahu? Dia pakai nametag okay jangan bongok sangat, please.

"Yes sure, saya budak praktikal yang akan start praktikal harini" jawap aku sopan. Memang aku tak pernah tunjuk muka kat dalam syarikat ini dan memang sengaja aku suruh ayah rahsiakan siapa aku yang sebenar.

"Oh! Awak budak praktikal sekejap ya saya panggilkan Cik Rose untuk bawa awak melawat dan memperkenalkan dengan team awak" bibir nya masih mengukirkan senyuman.

Satu soalan. Tak kejang ke otot pipi tu?

Aku hanya menurut arahan daripada Lisa itu.

Setelah beberapa minit selepas Lisa meletakkan call, muncul seorang wanita yang bergaya berjalan ke arah aku.

"Hai, saya Rose. Saya pasti awak dah tahu nama saya" Cik Rose memperkenalkan diri lalu tangan dihulurkan. Aku sambut huluran salam Cik Rose dengan rasa bersalah. LOL

"Ya, saya sudah tahu nama Cik Rose" aku rasa awkward gila kot berbahasa formal macam ni. Boleh tak cakap je macam biasa tak perlulah berformal sangat adehhh

"Mari saya bawa awak melawat ke tempat yang awak perlu tahu dan beberapa orang yang awak wajib kenal dalam syarikat ni" aku hanya menganggukkan kepala

Aku dibawa ke tempat dan aku diperkenalkan dengan orang-orang yang agak penting dalam syarikat ni.

"Boleh saya tahu Cik Rose ni kerja sebagai apa dalam syarikat ni?" aku hanya bertanya je

"Saya sebagai P.A CEO. Tak perlulah panggil saya Cik Rose, rasa macam saya ni tua sangat. Panggil je saya Rose dan saya rasa kita tak perlulah formal sangat buat macam biasa je" dia menghadiahkan aku senyuman

"CEO syarikat ni baik tak?" sengaja aku nak tahu sama ada ayah berbeza atau tak ketika dirumah dan di tempat kerja

"CEO kita tu tegas tapi penyayang dengan semua pekerja dia" kata Rose. 

Aku hanya mengangguk.

Awkward.

"Umur Rose berapa?" bukan nak mengorat tapi ni untuk kesenangan aku juga. Inilah masa untuk aku kenal dengan lebih rapat P.A ayah ni

"Kenapa? Saya nampak tua sangat ke?" Rose memegang muka nya

"Eh taklah saya saja je tanya" aku rasa bersalah buat dia gelabah semacam

"Oh, saya ingatkan saya nampak tua. Umur saya 26 tahun" Rose tergelak kecil mungkin kerana malu

Aku juga gelak tapi gelak yang awkward.

AWKWARD!

(Bersambung...)

Can you count many stars in the sky? That's how much Iloveyou

hey! seperti yang dijanjikan aku akan upadate minggu depan yang bermaksud minggu ni kan? so how? hambar? maaflah idea tak ada langsung tapi janji tetap janji.

Happy New Year readers! lol aku dah besar hurayyyyy!! tapi ada orang cakap selagi aku belum umur 20 aku masih budak kecik. iyeke? hahahah.

walaupun baru masuk 2018 beberapa jam yang lepas tapi lagi beberapa hari je aku memang dah cukup 18tahun lol. yang penting aku dah besar ngehhhhh

You're MineWhere stories live. Discover now