BAB 13

3.4K 97 10
                                    

Sedang aku bersarapan terdengar bunyi loceng rumah. Ada orang datang. Rasanya aku tahu siapa yang datang. Aku mengerling jam di dinding. 8.40 a.m. Bagus!

Aku menghalang Hani bangun untuk pergi membuka pintu.

"Hey biar aku yang pergi. Kau duduk sini makan" aku berkata kepada Hani. Hani hanya mengangguk

Aku membuka pintu, terlihat 4 orang bodyguard sudah tercegat depan pintu dengan memakai baju t-shirt yang santai. Cuma spect mata hitam tu memang dah melekat di muka mereka agaknya atau mereka mahu menjaga imej mereka. Hmm kita tak tahu kan.

"Bagus korang datang awal. Jom breakfeast sekali" aku mempelawa mereka.

Mereka seperti takut nak masuk. Hello, rumah aku bukan rumah hantu pun nak takut. Atau mungkin mereka segan. Yela housemate aku kan cantik-cantik. Tapi jangan ambil Aiza sudah. Nanti aku merana.

"Korang dah kenapa?" yela siapa tak pelik ajak makan pun tergaru kepala, tolak-tolak suruh masuk dulu, diam tak terkutik macam tak pernah di ajak makan.

"Err be-betul ke Izz ajak kitorang sarapan ni?" Abu bersuara. 

"Betullah aku ajak korang makan. Dah kenapa? Tak pernah di ajak makan ke?" soal aku. Masing-masing mengangguk. Ok dah dapat jawapan. Patutlah bukan main pelik tengok perangai masing-masing.

"Hahaha dahlah jom sarapan lepas tu kita gerak" aku jalan beriringan dengan mereka. Hormat .

Sesampai di meja makan. Hani, Mira dan Aiza berhenti makan kerana terkejut melihat 4 orang bodyguard di sebelah aku.

"Err Izz dorang ni siapa?" Mira bertanya. Aku mengarahkan 4 orang bodyguard tu duduk di tempat yang kosong

"Dorang ni bodyguard yang aku upah untuk menjaga kita kat sana" 

"Jangan risau dorang tak ganggu pun kita bercuti. Mereka hanya mengawasi keselamatan kita sahaja" aku menerangkan lebih terperinci setelah melihat Hani yang ingin membuka mulut mahu bertanya sesuatu. tetapi aku sudah tahu apa yang mahu diperkatakan oleh Hani itu. Tapi aku tidaklah menerangkan terlalu terperinci. Aku tak beritahu mengapa dan sebab apa aku mengupah bodyguard-bodyguard tu. Jika tidak pasti percutian ini terpaksa dibatalkan kerana mereka takut.

"Sudahlah makan cepat" aku memberi arahan dengan tegas.

Bukan aku tidak boleh melindungi mereka. Boleh. Aku ada tali hitam dalam taekwando dan aku juga mengambil kelas muai thai untuk mempertahankan diri. So, boleh sangat aku melindungi mereka. Tapi aku hanya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengupah bodyguard.

Usai makan, kami gerak ke tempat percutian yang telah aku booking. Aku drive. Bagi aku itu lagi selamat. Sebab kalau aku drive dorang boleh tidur, betulkan makeup, selfie then post kat Instagram, chat dengan buah hati. Tapi kalau salah sorang dari mereka yang drive aku dah sebuk amik wuduk nak solat taubat, bertahlil juga mungkin.

Pulau perhentian.

Itu destinasi kami. Tapi masih aku berahsia. Biar mereka dapat tahu sendiri atau lebih tepat aku nak suprise dorang.

***

Sampai di jeti Kuala Besut, aku memandang seat sebelah dan belakang masing-masing sudah tertidur kerana perjalanan mengambil masa yang lama dan dicampur dengan jammed yang panjang menambahkan lagi masa yang sudah sedia panjang lagi lama itu.

"Dah sampai ke Izz?" aku memandang Mira dan Hani yang sedang merenggangkan badan kerana tidur dalam kereta.

"Dah. Kita tunggu jap feri sampai pastu nanti kita berlayar ke Pulai Perhentian tu" Mira dan Hani mengangguk faham. Mungkin?. 

You're Mineजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें