BAB 27

2.3K 64 19
                                    

Selesai menghantar file yang manager aku minta ke atas meja dia, aku kembali ke department aku lalu aku melongo.

Tak sangka harini dah 4 bulan aku praktikal. Sedikit sebanyak aku dah kenal dan tahu perangai staff kat sini. Ada yang macam ini ada yang macam itu. 

Manusia, rambut sama hitam, tapi perangai dan isi hati lain-lain.

Tapi kalau yang jenis suka colourkan rambut ni mungkin hati dia juga suka berubah-ubah, kita tak tahu

Aku terfikir, macam mana lah kalau dorang tahu aku yang macam budak hingusan ni akan jadi CEO kat syarikat ni. Mesti dorang pandang rendah kat aku.

Negetive thinking as usual

Aku perhati lagi sekeliling, yang tekun menyiapkan kerja hanya beberapa orang sahaja. Yang lain bergosip dan ada yang lepak di pantri sambil berbual.

Aku geleng kepala melihat perangai mereka. Tiada kesedarankah mereka bahawa mereka ada tugasan yang perlu disiapkan? Tak tahu ke gaji yang dorang akan dapat tu tak berkat sebab dorang selalu curi tulang? Orang macam ni ke yang akan bantu syarikat ni berkembang? Sembang lebih tapi satu habuk pun takde

Aku menghela nafas berat. Tapi tidaklah seberat dosa aku. Mari lah kita berhuhuhu

Aku bangun dan menuju ke arah sekumpulan pekerja yang sedang berborak atau lebih ke arah gosip. Mereka senyap apabila menyedari aku menghampiri mereka

Ayuh onkan mood membawang!

"Hai, korang borak pasal apa tu? Can I join you guys?" pembuka ayat aku berikan. Mood nak menyemak

"Takde borak apa, saja borak kosong" jawab Daus dan disokong oleh beberapa orang yang ada disitu

"Oh takde borak apa. Faham, tapi kan, borak kosong pun memerlukan topik gak. Haa sharelah, kitakan member" gigih aku nak tahu apa yang dorang borakan. Kegigihan aku patut dihargai!

"Takdelah kitorang ada dengar yang tak lama lagi anak CEO akan ambil alih syarikat ni, tu yang kitorang tengah berbualkan" penuh gaya makcik bawang menjawab

"Oh! Korang dah jumpa anak bos belum?" gaya detektif aku tonjolkan

"Belum sebab bos tak pernah tunjuk atau bawa anak dia ke event kompeni. Dengar kata, anak bos tu sombong, sebab tu taknak ikut dia gi memana" jawab Ijam. Huih! cakap siang pandang-pandang, cakap malam bisik-bisik oiii. Korang tengah kutuk aku tau. Allahu

"Oh ya? Hmm tak sangka pula anak bos cenggitu. Hmm korang rasa korang okay tak dengan dia nanti?" aku memang suka bertanya. Anak yang banyak bertanya  adalah anak yang bijak!

"Hmm kami pun tak tahu lah Izz. Kena berjumpa and kenal dia macam mana dulu baru boleh tahu" hmm jawapan yang bernas

"Okaylah Izz, dah waktu lunch dah ni. Nak join lunch sama?" ajakan Daus aku tolak dengan baik

Aku mengemas barang di meja, lalu bergegas ke lift dan turun ke parking.

Dalam perjalanan, aku teringat kata-kata staff tadi. 

"Aku ni berperangai macam tu ke?" aku berfikir dan bermonolog sendirian.

(Bersambung...)

Don't waste your life trying to get back what was taken away.

Hi!!!!! Long time no see, right? Anybody miss me? hahahaha just kidding. Apa khabar semua? I hope that you guys fine. I miss you guys because I love you guys! 

Aku minta maaf sebab dah lama senyap. Well, busy kan ehhehhe. Oh! nak tahu satu rahsia tak? sini sikit ah nak bisik. ni kita kita je tahu tau, jangan bagitahu orang lain. Janji? Meh sini, (aku rindu korang sangat) hiksss shsstt diam tau ni rahsia. 

Oh! ada lagi satu rahsia, aku en dah lama tak taip "Iloveyou" HAHAHAHAAHAH but nobody care so senyap je. Tapi saja nak luah kat korang hehehehe

Sorry kalau pendek, sorry kalau tak memuaskan. Well, aku dah lama tak mengarang. Berkarat gak ah otak hahahaah. Hopefully korang tak marah. Muahcikeddd

You're MineWhere stories live. Discover now