BAB 28

2.6K 56 27
                                    

Sudah 6 bulan aku praktikal di syarikat, sudah tiba masanya untuk aku ambil alih tempat ayah.

Aku gelisah di tepi dewan hotel yang sudah ditempah khas untuk majlis ini.

Apa yang aku rasa saat ini sangat mendebarkan, kaki tak rasa, tangan sejuk macam mayat, tak boleh duduk diam, rasa nak membuang hajat besar.

Tapi, kehadiran Aiza yang sentiasa ada disisi membuatkan aku tenang sedikit. Dia tahu macam mana nak tenangkan aku, peluk dan tepuk belakang badan aku lembut macam kau tepuk dodoikan budak kecik tidur. Ia sangat membantu!

Aku tersenyum kerana perhatian yang dia berikan kepada aku. Sangat mendamaikan jiwa.

"Ingat, you're the best in the world, our world, my world. Tunjukkan yang kau boleh diharap dan dipercayai untuk mengetuai satu pasukan yang besar" katanya sambil mengusap muka aku.

Sedikit sebanyak, semangat aku kembali menyala mendengar kata katanya.

"Thanks my angle" aku mengucup dahinya dengan penuh kasih.

Aiza memperkemaskan sut tuxedo yang disarungkan dibadan aku. Sut tuxedo berwarna maroon sedondon dengan seluar. Baju kemeja warna hitam di bahagian dalam dan diperkemaskan lagi bersama bow yang berwarna maroon.

Rambut sudah aku rapikan, uppercut hairstyle menjadi pilihan aku selalu.

Aku melangkah ke sekumpulan pekerja yang sama department dengan aku. Saja ingin mendengar perbualan mereka

"Anak CEO ni betul ke boleh diharapkan untuk handle syarikat ni?" kata Arif. Yang lain memberi respon seperti mengiyakan kata si Arif.

Aku? Diam jelah. Tapi dalam masa yang sama kata kata Arif membakar lagi semangat aku.

"CEO dah sampai, tapi mana anak dia? Haih, macam ni ke nak dijadikan sebagai kepala syarikat?" kata Mia. Aku seperti dibakar di atas api yang membara kehangatannya.

Aku menjeling ke arah ayah dan mama yang duduk di meja VVIP dihadapan pentas yang bakal membuatkan aku membebel panjang sebentar nanti.

Ayah sedang berbual bersama Dato' Dato' yang dijemput untuk memeriahkan lagi majlis ini.

Bukan aku tak perasan mata mata gadis yang hadir, kalau nampak dek Aiza, mampuslah. Bukan dorang je mampus, dengan aku sekali kena.

Tiba-tiba semua mata tertumpu diatas pentas yang disediakan. Seorang perempuan dan lelaki berada diatas pentas bersama microphone ditangan masing masing.

Pengacara majlis

Aku mengambil kesempatan itu untuk pergi ke arah Aiza yang duduk bersama mama, ayah, Mira, dan Hani. Ada satu kerusi kosong disebelah Aiza, which means tu tempat aku.

Aku duduk untuk menenangkan diri, Aiza setia membantu menenangkan aku.

Aku pandang sekeliling aku, ramai mata memandang aku dengan muka pelik. Sebab aku duduk satu meja dengan CEO. Padahal bagi mereka, aku ni cuma budak praktikal yang hingusan. Lantaklah

"Anak mama kenapa ni? Kalut semacam je. Nervous ya?" tanya mama dengan penuh prihatin.

Aku tak mampu nak keluarkan suara, aku hanya mampu mengangguk sahaja.

Mama dan ayah tertawa melihat telatah aku. Hani dan Mira juga ketawakan aku.

Aku memandang ke arah dua orang pengacara yang berceloteh diatas pentas. Aku sedikit terhibur dengan mereka.

"Diminta Dato' Ahmad Irfan, CEO yang kita semua sayangi naik ke atas pentas untuk memberikan sepatah dua kata" semua bangun dan tepuk tangan.

Dan ayah pun membebel kat depan tu, satu patah perkataan pun aku tak masuk telinga sebab aku terlalu nervous. Lepas ayah berucap, sudah semestinya CEO baru akan dilantik.

Which means aku lah yang kena naik pentas. Apa orang kata nanti? Terkejut ke dorang? Apa reaksi dorang? Semua persoalan tu bermain difikiran aku.

Sudah tiba masanya

"Sekarang, saya akan mengumumkan boss baru kamu semua, which is anak saya. Pasti kamu semua tak tahu pun dia anak saya selama dia bekerja disini. Mari kita berikan tepukan yang gemuruh untuk Izz, anak saya yang akan menggantikan tempat saya" ayah menunjuk ke arah aku yang sedang duduk di meja di hadapan pentas

Kaki aku menggeletar

Semua tercengang tapi bila ayah menepuk tangan, semua mengikut menepuk tangan dengan muka yang 'blur'

Aku bangun berjalan ke pentas. Sempat ayah berbisik memberi kata semangat sambil menepuk aku.

Aku berdiri di hadapan microphone sambil menayangkan muka serious. Nak tunjukkan karisma

"Hi assalamualaikum semua, pasti anda semua tak sangka saya lah orangnya kan? Bagi anda semua, saya budak praktikal yang hingusan, budak yang boleh dipijak sesuka hati. Hahaha tidak semudah itu. Saya sengaja buat buat blur, macam tak boleh diharapkan sebab saya nak tengok siapa yang betul betul boleh bekerja dalam syarikat ini. Oh lupa nak bagitahu, bukan salah ayah saya sebab rahsiakan identiti saya, tapu saya yang suruh. Seperti yang saya katakan, saya nak tengok siapa berpotensi atau tidak" aku lihat ada muka yang cuak, terkejut, pucat

"Saya boleh diharapkan atau tidak? Kita tengok lepas saya ambil alih syarikat ni. Saya sombong? Awak semua pasti saya sombong selama saya praktikal kat sini? Bak kata orang don't judge a book by the cover. Apa yang saya nak katakan, saya dah kenal hampir semua pekerja yang bekerja di syarikat ini. Jika lepas ni saya dengar ada yang bermasalah, saya tidak ragu ragu untuk pecat awak. So lepas ni saya nak awak semua berusaha keras untuk sama sama bantu saya untuk memperkukuhkan dan memajukan lagi syarikat kita. Usaha kamu semua amat saya hargai. Terima kasih"

Semua tepuk tangan dengan gemuruh. Aku menurun dari pentas dan terus bersalaman dengan mama dan ayah. Tanpa mereka, aku bukan sesiapa disini, didunia ini.

"Itu dia kata kata daripada CEO baru kita, berikan tepukan yang gemuruh untuk beliau"

Aku melambai semua pekerja sambil tersenyum manis.

Bukan niat aku nak menakutkan mereka tapi aku cuma berikan sedikit peringatan.

(Bersambung...)

Hai!! Sorry sebab lama tak upadate. Bukan sengaja tapi aku busy dan tiada masa. Sorry again. Iloveyou gais. Thanks sebab support aku and baca cerita aku yang tak seberapa ni.

Selamat tahun baru, semoga tahun ni menjadi tahun yang lebih baik daripada tahun tahun yang sebelumnya.

Assalamualaikum

You're MineTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang