BAB 3

5.7K 135 1
                                    

Aku tersedar apabila ada pergerakan dia dada aku. Aku lihat Mira sedang baring di atas tubuh aku.

Aku lihat sekeliling kut kut bilik Mira ke aku tidur. Ok betul lah ni bilik aku tapi apa Mira buat kat sini dan kenapa dia boleh berada atas badan aku?

Aku tergamam melihat wajah Mira terlalu rapat dengan aku. Aku boleh mendengar bunyi nafasnya. Aku menyelak rambut yang menutupi wajah cantik Mira. Aku dapat rasa jantung aku berdebar laju.

Aku biarkan Mira yang lena di atas badan aku. Mesti tertanya-tanya aku ni tak susah ke nak bernafas tak sempit ke rasa dada tu? Jawapannya ialah tidak kerana badan Mira kurus dan badan aku agak sado sebab aku selalu pergi gym.

So tak peliklah kalau orang tengok body aku orang akan ingat aku ni lelaki plus pula suara aku dah pecah masa form 2 sebab aku masuk satu kem yang dianjurkan oleh pasukan Kadet Remaja Sekolah. Di kem tu kami menjalani latihan seperti di kem askar dan kami terpaksa menjerit. Dan disebabkan itu, suara aku pecah menjadi sedikit garau.

Aku tutup kembali mata untuk menyambung tidur.

Baru aku mahu melangkah ke alam mimpi aku terasa ada jari runcing sedang menyentuh wajah aku. Dari kening hingga ke bibir. Aku buka mata aku lihat Mira menutup mata sambil mendekatkan bibirnya dengan bibir aku.

"Izz!! Bangun oi!!"

Aku tersedar daripada tidur apabila dengar suara Hani yang bagaikan petir menjerit nama aku dari arah dapur. Aku perhatikan sekeliling aku, oh aku kat ruang tamu.

Oh! Damn! Sikit je lagi !

Aku bangun menuju ke toilet untuk menyegarkan badan. Nasib harini class cancel

As usual, aku akan meluangkan sedikit masa di hadapan cermin untuk merapikan rambut aku setelah siap memakai baju.

"Oi, dah dah la tu Izz dah handsome dah" entah bila si Aiza dah tercegat depan pintu bilik aku. Aku menjelirkan lidah

"Sibuk la kau ni gi main jauh jauh sana gi" aku menghalau Aiza.

"Perhh babi gila sampai halau aku. Takgunanya kau ni" haa tu dia Aida mencarut. Aku sengih ja

"Dah jom, Hani dah bebel dah tu sebab kau lambat"aku berjalan menyaingi Aiza menuruni tangga untuk ke dapur

Aiza, seorang gadis yang lemah lembut tetapi bila dia sakit hati dia akan mencarut seperti tadi. Wajahnya persis Emma Watson so tak pelik la kalau dia ramai peminat. And her boyfriend pun terpikat kat dia dengan sekali pandang. And ya dia manja.

"Haa lambat kau bangun Izz. Sampai dah tahap kebulur tunggu kau bersiap" Hani bersuara.

Dalam rumah ni Mira dan Hani yang bertanggungjawab untuk menyediakan makanan sebab masakan diorang superb gila. Aiza pun pandai masak tapi disebabkan dia selalu keluar dengan boyfriend dia so jarang la dia masak. Aku? Kalau nak rasa masuk ICU sebab keracunan makanan haa suruh la aku masak

"Eh kau tak pergi dating pula dengan pakwe kau. Kalau tak susah gila nak tengok muka kau kat dalam rumah ni" aku memandang Aiza sambil menunggu Hani mengisi pinggan aku

"Dia busy lately, lagipun aku nak luangkan masa dengan korang terutama sekali kau. Nanti aku nak bermanja dengan kau boleh tak?" Aiza membuat muka comel. Ok tipu la kalau aku tak rasa apa apa bila dia buat muka macam tu.

Aku buat buat tak dengar sebab aku fokus kepada makanan yang tersedia. Sedap weh fuh aku siap tambah dua pinggan.

"Harini kita pergi shopping nak?" cadang Mira dengan suara ceria. Aku angguk jelah sebab harini aku free.

"Ok!" serentak Hani dan Aiza menjerit. Huh typical girl pantang dengar shopping

                                  ***
Sedang mereka memilih baju untuk dibeli, tiba-tiba perut aku memulas. Huh emergency case! Segera aku mencari mereka

"Weh aku gi toilet jap, nak membuang ni" kata aku sambil memegang perut.

"Izz aku ikut kau ea aku pun nak pergi toilet ni" Mira memegang tangan aku. Tak cakap banyak aku anggukkan aje.

Sampai je toilet aku tak pandang kiri kanan terus masuk toilet untuk melepaskan 'hajat'. Agak lama juga aku memerut didalam toilet.

"Izz? Kau ok?" Mira bertanya dengan nada risau

"Aku ok. Kalau kau nak pergi dulu takpe pergi je aku lama lagi kut" perut masih lagi sakit tanda banyak lagi 'harta karun' untuk dibuang.

"Betul ni ok? Ok la aku pergi dulu nanti kau cari kitorang kat McD tau" aku tidak menjawab. Aku dengar derapan heels Mira semakin jauh maksudnya dia dah keluar.

Sekian lama mengeluarkan 'harta karun' aku keluar dengan muka pucat. Aku menuju ke arah singki melihat muka pucat aku. Aku memegang perut aku yang masih sakit sambil ingat balik apa yang aku makan sampai jadi macam ni

"Hey Izz" aku mengangkat kepala melihat siapa yang menegur aku. Oh! Adriana

Aku senyum sahaja kerana tiada tenaga mahu mengeluarkan suara

"Hey are you okay? Kenapa pucat ni?" Adriana memegang tangan aku lalu melekatkan tangannya didahi aku.

Aku mengambil tangan nya lalu menggenggam

"Aku ok" aku senyum segaris. Dahi aku kembali berkerut menahan sakit perut.

"Tipu awak tak ok. Jom ke klinik" Adriana memandang tepat ke arah mata aku

"No, it's okay nanti aku makan la ubat okay, tak perlu risau"aku senyum segaris sambil mencubit pipi nya.

"Awak nak pergi mana ni? Biar saya tolong hantarkan." Kata Adriana sambil memapahku keluar dari toilet.

"Kawan-kawan aku dah tunggu aku kat McDonald." Kataku sambil kami bersama-sama menuju ke sana.

"Izz kau kenapa dok?" Kata Yati sebaik saja aku dengan Adriana sampai.

"Aku tak ap.. " belum aku menghabiskan ayat tiba-tiba pandangan aku jadi kelam, gelap.

You're MineWhere stories live. Discover now