BAB 30

2.9K 61 32
                                    

Hanya suara dari radio yang menghiasi suasana dalam kereta. Sekali sekala dengar suara Rose gelak kerana celoteh penyampai radio itu.

Aku berdehem sekejap untuk membetulkan kotak suara hahahaha lantaklah ayat aku ishh sebok je

"Rose kalau pergi kerja naik apa?"aku saja ajak berbual taknak lah hambar sangat kan

"Oh saya naik kereta tapi harini tunang saya hantar sebab kereta saya rosak" jawab Rose

"Dah hantar pergi bengkel?" As boss aku mestilah ambil tahu pasal anak buah aku kan. Ingat aku nak menggatal? Aiza tu nak letak mana? Letak je dalam hati aku hehehhehh

"Dah, Izz. Nanti petang saya ambil lah kereta tu dengan tunang saya" terang Rose. Aku hanya menganggukkan kepala

"Apa perasaan Rose time dapat tahu seketul Izz budak praktikal yang hingusan ni akan jadi pengganti CEO syarikat yang megah ni?" saja aku nak tahu apa perasaan Rose. Aku memang suka amik tahu perasaan orang kat aku. Kot kalau dia sakit hati dengan sikap aku, boleh aku terus minta maaf dan do something untuk menebus kembali salah aku.

"Eh tak ada lah hingusan tu. Cuma saya terkejut yelah kan Dato' tak pernah bagitahu ataupun tunjuk kan gambar anak dia kat saya. Tapi saya tahulah yang Dato' ada anak yang akan menggantikan tempat dia. Bila saya tanya Dato', dia akan jawab yang one day nanti saya akan tahu. So saya tunggu sampai waktu yang Dato' cakap kan itu dan sumpah saya terkejut. But at the same time saya bersyukur sebab ketika Izz dalam tempoh praktikal tu saya perhatikan yang Izz ni ada potensi menjaga syarikat ni dengan baik. Tengok sahaja segala tugas yang diberi, Izz dapat menyiapkannya on time! Tapi if Izz memerlukan bantuan panggil sahaja saya, pasti saya bantu" Rose menghadiahkan senyuman yang manis untuk aku. Aku memablas senyuman dia

"Izz memang akan minta bantuan Rose sebab yelah Izz masih baru. Nak tahu satu benda tak?" aku menjeling Rose yang duduk diseat Co-pilot mengangguk laju

"Masa hari saya lapor diri untuk praktikal tu ialah first time saya jejak kan langkah kat Syarikat ayah. Pelik kan?" aku tergelak sendiri bila ingat balik. Punya lah aku taknak orang tahu yang aku ni anak ayah.

"Pelik jugalah tapi takpelah mesti Izz ada sebab sendiri kenapa Izz buat mcam tu" Rose seorang yang memahami dan menghormati privasi orang lain

Tengoklah PA siapa! Hahahahahaha bangga jap

"Okay kita dah sampai. Jangan takut, buat macam biasa je okay?" kereta meluncur masuk ke garage lalu kami berdua me langkah keluar

"Assalamualaikum, sayangg!! Mana sayang? Aku bau sayang tapi mana sayang?!" aku tahu dia ada diberhampiran dengan aku, sengaja aku nak bergurau.

Tiba-tiba mata aku gelap, ada orang menutupi mata aku dari belakang menggubakan tangannya.

"Aha! Catch yaaa. Sorok kat mana haa? Eiii pandai dah dia menyorok ea. Nak kena dia ni" aku pusing lalu menggeletek Aiza. Dia ketawa sampai tak cukup nafas.

Rose berdehem tanda nak menyedarkan aku bahawa dia ada di sini bersama dia

Aku dan Aiza stop bergurau lalu berdiri tegak

"OH! maaf, Aiza ni Rose PA aku, Rose ni Aiza buah hati aku. Harini aku nak kenal kan korang berdua. Bukan nak bagi kau madu, bukan tau jangan fikir bukan bukan pula. Aku nak kenal kan kat kau orang yang bekerja dengan aku kat office and dia orang yang sentiasa dengan aku kat office and mana mana aku pergi. Okay?" panjang lebar aku explain, ni kalau fikir bukan bukan lagi ni aku tak tahu lah nak cakap apa.

" Ohh! Ini lah Rose? Oh! Hai Rose! Nice to meet you! " Aiza dan Rose bersalaman, berpelukan dan berlaga pipi. Urgh typical perempuan bila bersalam

" Hi! Aiza, nice to meet you too. Manis dan cantik orang nya. Sesuai dengan Izz" erk jangan dipuji, habiskan sampai tahun depan Aiza perasan.

"hahaha tak adalah mana ada biasa biasa je" Aiza menutup mulut sambil ketawa kecil. Haa mula lah tu tergedik gedik tahan malu padahal nak dengar dipuji lagi tu. Kenal sangat perangai.

"haa dah dah, perut dah lapar ni nanti ada meeting. Kalau lapar otak tak berfungsi" sebelum benda berlarutan ada baiknya aku mencelah. Perut dah berbunyi

"oh! Heheheheh lupa pula. Maaf maaf. Jom makan! Yeayy!" cerianya dia. Senyuman dia adalah semangat aku. Ketawa dia umpama booster untuk aku saat aku penat dengan dunia. Hadirnya dia, umpama menyinari hidup aku. Dia? Segalanya untuk aku. Sumpah aku sayang dia lebih dari segalanya

" mana tak lupa, pantang orang dengar puji dia semua benda dia lupa" saja je nak sakat dia heheheh

"jealous lah tu orang tak puji dia. Eiii bluek! " Aiza menjelir kan lidah tanda mengejek aku

Aku bagi isyarat kat Rose yang ketawa melihat kami berdua gaduh manja

"alah Izz pun handsome apa, bergaya, bijak dan baik" puji Rose. Uih aku suruh puji sikit je banyak pula dia puji. Jap! Nanti aku kena check spender aku. Kang mana tahu koyak huhuhuhu

Aku hanya tersenyum menang kepada Aiza

"eleh dia puji nak jaga hati je tu. Takut kena potong gaji" perempuan kan? Taknak kalah.

"eii dahlah orang dah lapar ni nak makan ishh" nanti nak meeting kena guna otak. Kalau takde otak macam mana nak meeting? Haa bincang kan

"alolo okay okay jom kita makan jom! Yeayy makan! Hahahaha" kami bertiga menuju ke ruang makan. Disitu terhidangnya makanan favourite aku dan air favourite aku juga! Hohohoho aku harap aku tak tidur lah time meeting nanti

Kami bertiga makan dengan senyap. Sebab? Sebab hormat ah time makan apa lah ishh! Hahaahah tak adalah, sebab tak tahu nak borak apa. So senyap jelah.

Setelah siap makan, aku dan Rose kembali ke office dan bersiap sedia untuk meeting.

"Izz, mari, mereka dah tunggu kita kat bilik meeting" Rose mengajak aku. Huih awat aku berdebar ni? Aneh!

Pintu bilik meeting aku tolak dan aku terpandang satu susuk tubuh yang amat aku kenali!

Kecil nya dunia! Apa yang aku harap kan sekarang ni, semua baik baik sahaja. Aku tak mahu apa apa terjadi lagi ke atas Aiza.

Patutlah jantung berdebar

Takpe Izz, cool. Be professional. Tarik nafas and lepas. Cool dude cool

"Hai, saya Aina wakil dari Phoenix Holding. Nice to meet you again, Izz" Aina tersenyum lalu menghulurkan tangan. Tapi, ada sesuatu tersembunyi disebali senyuman dia.

Ya! Aina lah orangnya!

"Hai, aku Izz. Nice to meet you too, Aina" aku ragu ragu nak jabat tangan dia

(Bersambung...)

Hai heheheh 8hb ni aku dah start intern so aku lagi takde masa nak buat draft. Tapi if you want to know me and wanna be a friend with me just hit me up! Aku tak sabar nak kenal dengan readers aku! Who knows kita boleh jadi kawan kan? Jangan risau, aku tak sombong pun. Kan betul tak? Aku tak sombong. Cuma pemalu sikittttt je heheheh. Btw sorry! Jangan lupakan aku tau. Muahhh

If aku tak reply dm kat wattpad, just follow aku kat ig and dm me! Aku akan reply spantas kilat tapi bergantung pada line lah masa tu heheheh. Tapi apa apa aku akan reply kat ig. Sebab ig aku selalu on. Kalau wattpad aku jarang. Kadang tu aku uninstall sebab nak download benda lain. Then nanti dah settle aku download wattpad balik. So follow aku kat ig, and dm aku for be friend and for follow back. Cakap je korang dari wattpad and one of my readers. I'll try treat you guys nicely okay? Aku sayang korang. Take care. Till we meet again, dear😉

Dostali jste se na konec publikovaných kapitol.

⏰ Poslední aktualizace: Dec 02, 2019 ⏰

Přidej si tento příběh do své knihovny, abys byl/a informován/a o nových kapitolách!

You're MineKde žijí příběhy. Začni objevovat