PROLOGUE

29K 1K 2
                                    

Sebaik sahaja aku melangkah ke Cafe, dari antara riuhnya pengunjung Cafe itu, telingaku menangkap bunyi ketawa kecil. Aku menoleh ke sekeliling mencari dari arah mana gelombang bunyi yang menarik perhatianku itu berada. Dan saat itu aku terpandang seorang gadis berambut hazel, sedang bebual bersama dua orang rakannya di meja paling hujung. Entah kenapa dadaku dilanda getaran hebat. Hati beku milikku bagaikan mencair sedikit demi sedikit. Rasa ingin memilikinya meronta-ronta. Pelik, padahal baru hari ini aku melihatnya. Aku terkaku lama ditempatku berdiri.

"Your order sir?" Suara di hadapanku bertanya.

"Americano coffee please.." Pintaku yang masih tidak berkalih pandang dari gadis itu. Dia sangat cantik. Ketawanya memikat hati. Pandangan matanya bersinar seolah-olah penuh dengan kegembiraan.

Aku bagaikan lupa diri bila rambut panjangnya dikuak dengan jari. Anak mata biru pekat miliknya sudah cukup membuat lutut ku lemah. Jelingan matanya bagaikan membawa satu aura yang sangat istimewa.

Aku ter-hypnotists. Perasaan ku bergolak lagi. Mahu melangkah ke arahnya untuk menyapa sepatah dua namun niatku di batalkan. Belum tiba masanya untuk aku memperkenalkan siapa aku padanya. Dia masih belum dewasa. Dia masih terlalu muda untuk semua ini.

"Here's your coffee sir. Have a nice day!" Kopi bertukar tangan. Namun pandangan ku masih belum beralih dari wajah itu. Tangannya di awang-awang ke udara sambil bercerita. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. Aku bagaikan tidak mahu berganjak namun aku sedar, tidak selamanya aku boleh berdiri disini.

Biarlah aku menunggu beberapa tahun lagi. Dia belum bersedia untuk masuk ke dunia gelapku. Aku tiba-tiba diburu rasa takut. Takut akan penerimaannya kelak. Takut senyuman dan gelak tawa cerianya bertukar derita. Tidak! Aku tidak akan membiarkan senyuman itu hilang. Senyuman itu lah yang menjadi permulaan hari baru untukku.

Bila masa itu tiba, dia akan jadi milikku, selamanya! Aku yang akan menjaga bidadari ini. Aku lakukan apa sahaja agar senyuman itu tidak hilang dari bibirnya.

Entah kenapa terbit rasa hampa namun aku gagahkan diri untuk bersabar. Sabar? Ini bukan aku. Kenapa aku seolah-olah tidak kenal diriku sendiri? Biasanya apa yang aku mahu selalu ada di genggaman. Aku yang mengatur takdir hidup seseorang. Aku yang menentukan hidup mati seseorang. Tapi kali ini aku bukan siapa-siapa. Aku manusia biasa bila berhadapan dengannya. Aku tidak pernah seperti ini.

Kaki ku aku gagahkan untuk meninggalkan tempat ini. Kali ini aku sempat berpaling lagi ke arahnya. Bagaikan terkena kejutan eletrik, aku tiba-tiba tersentap saat pandangan mata kami bertemu secara tidak sengaja. Dia melemparkan senyuman seolah-olah tidak peduli siapa aku. Tanpa sedar aku juga turut mengaris sebuah senyuman yang lama tidak terbit dari tubir bibirku.

Aku melangkah keluar sambil bersiul kecil dan masuk ke dalam perut kereta. Aku menghidupkan enjin sebelum berlalu perlahan melintasi cermin kaca di mana mejanya berada. Ah, duniaku bagaikan terhenti seketika.

Aku harus mencari tahu semua tentangnya. Aku ingin menjadi separuh dari hidupnya! Hanya dia. Tiada orang lain yang boleh memilikinya selain aku. Jika ada yang berani mendekati malaikat kecilku itu, akan ku tamatkan sahaja riwayat mereka tanpa ampun!

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now