BAB 06

20.8K 906 18
                                    

Dalam kelas, aku fokus pada pembentangan Professor Majidi. Jaszle yang terlentok-lentok mengantuk disebelahku aku biarkan. Entah apalah yang lelaki ini buat semalam. Tak pernah aku tengok Jaszle begini. Biasanya kalau bab belajar, dia yang rajin. Aku yang tengok pula terikut mengantuk. Virus betul budak ni. Taubat nak duduk sebelah dia dah.

"Okay class, pembentangan kedua dari Encik Danial Spark, founder SPARKLE HOLDINGS. Kalau semua nak tahu, Encik Danial Spark adalah penderma terbanyak untuk kebajikan kolej kita. Sila fokus ya?" Profesor Majidi menutup pembentangannya. Aku tersentak mendengar nama itu disebut. Jaszle disebelahku juga tiba-tiba cergas. Semua pelajar diam sebaik sahaja figura bersuit biru laut itu melangkah masuk. Tiada yang berani bersuara. Rasanya semua sudah tahu siapa sebenarnya Encik Danial Spark ini. Bukan sebagai CEO syarikat terkenal tapi..

Dia meneruskan pembentangan dengan penuh karisma. Cara dia bercakap sudah cukup menunjukkan betapa hebatnya dia. Penuh keyakinan dan percaya diri. Selain dari cara meningkatkan pendapatan syarikat, kisah dari permulaan jatuh bangun sehingga berjayanya SPARKLE HOLDINGS turut dia kongsikan bersama. Terbit rasa kagum di hati. Walaupun wajah itu agak menakutkan, aku memberikan diri memerhatikannya. Sudah dua puluh minit Danial Spark bersuara, para pelajar mulai selesa. Ramai yang bertanya soalan setelah habis pembentangan.

"Cornnuts! He's amazing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Cornnuts! He's amazing. Dia tabah walaupun saat tu syarikat dia banyak masalah.." Aku kagum bagaikan ini adalah kali pertama mendengar pembentangan.

"He's not. Everyone know what did he do to keep his company at the top. He'll do everything to be number one.." Bisik Jaszle. Aku menoleh ke arahnya.

"Really? How come I didn't know anything?" Soalku juga sambil berbisik. Jaszle angkat bahu.

"Any questions miss Chelsea Caravalho?" Suara garau itu betul-betul ada dibelakangku. Aku menoleh terkejut. Jantungku bagai mahu berlari keluar. Semua mata memandangku. Macam mana dia boleh tahu nama aku?

"No Mr Spark.." Jawabku tergagap-gagap. Kaki Jaszle disebelah ku aku kuis. Gugup aku seketika. Dia senyum sebelum berlalu ke hadapan. Beg labtop dan kertasnya dikemas.

"Oh hell no! Did he just smiling at you?" Soal Jaszle tidak percaya. Aku tidak rasa perkara itu ajaib. Bukan kah Danial Spark selalu tersenyum? Or not.

"How did he knows your name?" Jenny dibelakang menguis aku. Aku angkat bahu. Dia tanya aku macam mana Danial Spark tahu nama aku? Habis itu aku nak tanya siapa untuk dapatkan jawapan? Rasanya aku dengan Danial Spark tidak pernah berkenalan.

"That's all fo today. Jika ada kesempatan di lain waktu, kita akan berjumpa lagi di topik yang lain.." Danial Spark bersuara. Kebetulan loceng berbunyi menandakan waktu pembelajaran sudah tamat. Semua pelajar berlumba-lumba keluar dari dewan kuliah. Aku seperti biasa, orang yang terakhir. Tidak pernah terbit rasa hati mahu bersesak-sesak. Beg sandangku aku capai, dan beberapa buah buku aku bawa ke pelukan.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now