BAB 15

13.9K 563 1
                                    

Kepulan wap dari mug kopi yang aku minum aku tiup perlahan. Pemandangan di luar tingkap rumah dua tingkat milik Madam Jillian ini aku nikmati. Walaupun hanya dihiasi taman mini, ia sudah berbaloi untuk menenteramkan hati yang masih gundah. Rambutku yang sedikit kusut aku sanggul. Tidak selesa rasanya apabila angin pagi berebut-rebut menyapa mengerbang kan rambutku yang memang tidak terurus.

"Morning honey.." Madam Jillian menghampiri ku sebelum bibirnya yang sudah dicalit gincu coklat itu menyentuh ubun-ubunku. Suaminya Mr George yang juga merupakan seorang peguam melangkah di belakang isterinya.

"Morning dear.." Sapa Mr George yang sememangnya rapat denganku sejak kali pertama aku menjejak kaki ke rumah ini dulu.

"Morning.." Balasku pendek. Senyuman aku ukir semanis mungkin.

"We're going to work. Don't go anywhere. Nak makan or minum semua ada kat dapur. Jangan beli keluar. They'll find you. And if you need anything just call me, i'll buy it balik dari office nanti.." Pesan Mr George. Aku mengangguk tanda faham.

"Bye honey. Rehat banyak-banyak. Jangan buka pintu pagar kalau ada orang mencurigakan. Lock every door.." Pesan Madam Jillian sebelum keluar. Aku mengangguk.

"Okay. Take care.." Aku melambai keduanya. Sempat mereka melayangkan flying kiss kepadaku. Sejak tiba di sini semalam aku sudah menceritakan semuanya. Bagaimana aku terjebak dengan Danial Spark setelah apartment aku dipecah masuk dan bagaimana huru-haranya hidup aku sekarang. Madam Jillian dan Mr George bersetuju untuk menyembunyikan aku disini. Lagi pula mereka sentiasa mengalu-alukan kedatangan aku ke sini. Kata Mr George, kalau mahu tinggal disini terus lagilah dia suka. Boleh aku temankan dia main golf atau main futsal. Dan seperti biasa idea suaminya akan ditentang habis-habisan oleh Madam Jillian yang sememangnya mahu menyemai hobi yang berunsur kewanitaan dalam diriku seperti menanam bunga, menjahit dan memasak. Dari keduanyalah aku merasa indahnya hidup berkeluarga.

Fikiranku kembali ke Danial Spark. Aku mengeluh. Entah apa yang dia lakukan sekarang? Sudah makan kah dia?

"Kenapa kau fikir pasal dia.." Aku mengurut dahi. Lebih baik aku mandi. Badanku juga sudah tidak bermaya. Tidurku semalam tidak lena. Berkalih ke kiri kanan, wajah Danial Spark bagai menghantui setiap penjuru bilik berwarna merah jambu ini. Akhirnya aku memutuskan untuk berjaga hingga ke pagi. Danial Spark macam hantu yang sentiasa muncul di ingatan ku.

Aku tidak faham dengan diriku sendiri. Bukankah seharusnya aku senang hati kerana boleh lari dari mafia itu? Tapi hakikatnya aku seolah-olah menyeksa perasaanku sendiri. Aku salah dengan definisi lari darinya boleh membuat hidupku kembali tenang. Kenyataannya dia tetap menghantuiku hingga ke mari siang dan malam.

"Who's picture is that in your room? Did you draw it yourself?" Soalku suatu hari ketika kami duduk di ruang tamu menonton sebuah dokumentari tentang angkasa lepas. Aku tiba-tiba teringat lukisan poster yang berbingkai besar di dinding atas katilnya yang mirip denganku. Dia serba salah menjawab.

"Well, that is Monalisa but in my version. That's my Monalisa. She's the most beautiful girl that could ever imagine.." Katanya. Aku mengangguk.

"Okay.." Balasku singkat sebelum mataku kembali fokus ke tayangan di depanku. Dia menarik lengan ku menghadapnya. Aku terpinga-pinga.

"Are you jealous?" Soalnya tiba-tiba.

"What? I'm not! Buat apa nak jeles. Kita bukan ada apa-apa pun. That's your own business.." Dalihku. Aku malas mahu ambil tahu. Biarlah dia mahu ber Monalisa ka, Monalisi ke. Danial Spark ketawa sambil membawa tanganku ke bibirnya. Sikapnya itulah yang buat aku binggung.

Belakang tanganku aku belek perlahan. Setelah ini, tiada lagi Danial Spark dalam hidup ku. Tiada lagi kucupan mengejutkan yang akan aku terima. Tiada lagi sentuhan tangannya menghiasi hariku. Wajahku aku raup. Move on! Aku bangkit ke bilik mandi.

KESAYANGAN ENCIK MAFIATempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang