BAB 20

15K 585 7
                                    

Pipiku terasa ditepuk. Berat kelopak mataku terbuka. Namun tepukan itu memaksaku bangun. Pandanganku semakin jelas. Aku memandang sekeliling. Banyak timbunan simen dan batu tidak jauh dariku. Mungkin ini bangunan yang belum siap sepenuhnya.

"Finally, aku dapat jumpa kau Chelsea Caravalho. You are so pretty, no wonder he'll do anything for you.." Wajah berparut itu menatapku dengan senyuman. Wah.. Menakutkan! Apa aku nak buat ni? Aku cuba bergerak namun hampa apabila kaki dan tanganku terikat di kerusi yang aku duduki sekarang.

"Excuse me, who are you?" Soalku. Aku cuba mengingat kembali kejadian tadi sebelum aku pengsan. Apa yang Naila sudah lakukan padaku? Bertuah punya perempuan. Kau tunggu kalau aku jumpa kau lagi! Sampai hati dia jual aku.

"My name is Seth Cruz. I bet Danial Spark have warn you about me didn't he?" Lelaki itu cuba menyentuh pipiku. Jadi dialah dalang disebalik semua kejadian yang berlaku dalam hidup aku sekarang? Wajahnya sedikit menyeramkan namun jika ditilik betul-betul he's good looking. Masih muda. Ingatkan orang tua botak ke perut buncit ke. Kan? Biasanya watak antagonist selalu macam tu.

"You were very hard to find dear.."

"I bet i hide well.." Ceh, kemain aku menjawab. Ini berguru dengan Danial Spark lah ni.

"Well but not good enough.." Dia senyum mengejek. Aku mengigit bibir.

"Nest, Bring me that girl.." Arah Seth Cruz pada pengikutnya. Lelaki bernama Nest itu mengangguk sebelum masuk semula bersama Naila. Apakah pelik nama penjahat jaman now? Perasan tak sejak dari awal nama watak dia pelik-pelik?

"Give me my money.." Naila bercekak pinggang. Amboi kemain demand!

"You want your money?"

"Kau janji aku akan dapat duit kalau aku bawa Chelsea Caravalho ke sini. So, aku nak duit aku.." Naila merengus. Aku melopong. Kiranya aku kena jual lah ni? Siap perempuan ni nanti.

"How could you do that?" Soalku. Dia membawa ku kesini kerana mahu mendapat duit dari Seth Cruz? Bravo!

"Shut up Chelsea. Kau bukannya baik sangat. Kalau kau baik kau takkan terjebak dengan gangster-gangster tak guna tu.." Cemoh Naila.

"Young, greedy, selfish.. Tsk.. Tsk.." Seth Cruz bangkit dan melangkah ke arah Naila.

"You sold your friend just for money. The type of person that I don't like. Kau ingat aku akan lepaskan kau macam tu saja? Lock her.." Arah Seth Cruz kepada Nest. Padan muka! Naila meronta di heret entah ke mana. Aku hanya memerhati.

"Don't hurt her.." Kataku pada Seth Cruz. Bukannya kesian tapi sengaja aku 'tapau' Naila untuk diriku. Tahulah aku macam mana nak mengerjakannya. Dia ketawa kecil sebelum kembali mendekatiku.

"Kau sepatutnya risau pasal diri kau sendiri bukannya pasal orang lain.."

"What did you want from me?" Soalku. Aku sebenarnya naik muak asyik kena tangkap je.

"Danial Spark.." Bisiknya ke telingaku.

"Well you know where to find him.."

"No dear. I don't have to waste my time looking for him. He will come to you.." Dia berbisik lagi sambil bermain dengan buah rantaiku.

"How could you be so sure?" Aku menyoal lagi. Dia ketawa kecil.

"Did you know where did he get this?" Rantai Danial Spark yang aku pakai itu dia sentuh.

"No.."

"This was his mother. He never take it off. From the moment that i saw this, i know he would do anything for you.." Seth Cruz bangun dan meninggalkan ku. Dia mengarahkan beberapa orang lelaki lagi disitu berkawal.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now