BAB 21

13.8K 601 2
                                    

PANG! PANG! PANG!

Bunyi tembakan bergema secara tiba-tiba. Aku terkejut apabila Seth Cruz merengus sebelum mengheret lengan ku. Pistol yang berada di tanganku tadi terpelanting entah ke mana. Aku cuba meleraikan pegangannya namun sia-sia apabila dia mengangkatku ke atas bahunya. Aku menjerit memanggil Danial Spark yang sedang meronta-ronta cuba melepaskan ikatannya. Aku dengar dia turut teriak memanggilku.

"Let me go!" Aku memukul belakang Seth Cruz. Dia dan Nest membawaku ke sebuah bilik sebelum menyumbat mulutku dengan tuala. Tanganku diikat kuat ke belakang. Aku masih cuba bersuara namun gagal.

"You..son..o..f a..bi..s..cuit.." Gumamku dengan mulut tertutup tuala. Nest menggeleng.

"Seriously, you don't know how to curse?" Nest mempersendakan ku. Mahu sahaja aku menyepaknya.

"I..do..y..o..u.. bab..boon.." Gumamku lagi. Benci betul aku.

"Shut up or i will smash your pretty face.." Ugut Seth Cruz. Aku merengus.

"You..c..oup..le of i..dio..t.." Aku masih menyumpah. Seth Cruz hanya menjeling. Bunyi tembakan di luar membuatnya kembali fokus pada pistolnya. Nest juga sama.

"Sini.." Seth Cruz mengangkat lenganku sebelum menarik aku ke depan mendahului langkahnya. Pistol dia acukan ke kepalaku. Ini memang kes tebusan. Semoga sahaja tiada perluru sesat mengenai badanku. Jantung berdebar jangan cakaplah. Tiba-tiba takut mati. Adakah hari ini penamat untukku? Aku mencari kelibat Danial Spark namun hampa. Kerusi tempatnya terikat tadi kosong. Aku syak mesti pengikut-pengikutnya datang menyerbu tempat ini. Bunyi tembakan masih kedengaran.

"Seth Cruz!" Suara itu menghentikan langkahku. Danial Spark? Seth Cruz menyentapku sebelum berpaling ke tingkat atas.

"Kau nak sangat tengok apa yang aku boleh buat kan?" Kata Seth Cruz sambil ketawa. Pistol diletakkan tepat di kepalaku. Mataku dipejam rapat.

PANG! PANG! Dua das tembakan kedengaran. Aku terkejut sebelum terduduk sebaik sahaja badan itu rebah menimpaku. Mataku dibuka. Aku menjerit. Seth Cruz sudah berlumuran darah di pangkuanku. Luka tembakan di dadanya aku tutup dengan tangan. Nafasku turun naik. Aku sudah cemas.

"Danial!!" Teriakku takut. Tidak mampu mengalihkan badan lelaki yang sudah tidak bernyawa itu. Anak mata Seth Cruz masih terbeliak memandangku.

"Come" Danial Spark mengangkat badanku yang lemah. PistolAku mabuk darah. Setelah membiarkan aku berdiri, dia mendekati mayat Seth Cruz dan mencangkung di situ. Tangannya dihulur dan menutup mata yang sudah tidak bernyawa itu dengan tapak tangannya. Lama dia diam sebelum berganjak.

"Boss.." Ben muncul dari belakang.
"Orang kanan Seth Cruz berjaya loloskan diri.." Sambungnya.

"Suruh budak-budak cari dia. Jangan berhenti selagi tak jumpa. Dia masih belum jauh lagi.." Danial Spark mengeluarkan amaran. Ben mengangguk sebelum berlalu.

"Ada rakan kolej Chelsea di dalam kurungan.." Arrow muncul bersama Naila. Aku melangkah mendapatkan perempuan itu sebelum satu tamparan aku layangkan ke pipinya. Kuat. Membalas segala rasa yang berbuku di hati.

"That's what you get!" Aku tidak tahu macam mana mahu melampiaskan amarahku. Danial Spark terkebil-kebil. Naila mahu membalas namun lengannya direntap kasar oleh Arrow.

"What?" Soalku hairan. Danial Spark ketawa. Entah apa yang hairan. Tak pernah tengok orang tampar orang ke?

"Kenapa tampar dia?" Soalnya.

"She's the one who kidnapped me and sold me to Seth.." Aduku. Wajah Danial Spark berubah serius. Dia melangkah menghampiri Naila namun aku tahan. Habislah.

"Don't.." Aku mengusap lengannya.

"If you dare do it again i will definitely kill you.." Danial Spark sudah mengancam. Naila diam sambil mengangguk. Aku mencebik. Suka sangat guna kuasa veto.

"Hantar dia balik.. Make sure she shut her mouth up. Kalau dia bagitahu orang pasal kejadian ni, bunuh je. And suruh budak-budak uruskan semua mayat tu. And Seth too. We will do the funeral later.." Arah Danial Spark pada Arrow. Lelaki berbadan tinggi itu mengangguk. Danial Spark menarik bahuku mendekatinya.

"Are you okay?" Soalnya. Aku mengangguk. Kami melangkah keluar dari bangunan ini. Aku dapat menangkap riak sugulnya dalam masa yang sama. Mungkin dia sedih atas kematian kawan baik dia? Aku pun tidak pasti.

KESAYANGAN ENCIK MAFIADonde viven las historias. Descúbrelo ahora