BAB 25

16.8K 612 6
                                    

SUASANA di rumah Danial Spark hari ini lebih meriah dari biasanya. Mungkin meriah untuk kali yang pertama, aku pun tidak pasti. Gelak tawa ada di mana-mana. Madam Jillian dan Mr George seronok berbual dengan Felina dan suaminya. Sekali-sekala terburai ketawa mereka, aku tidak pasti apa yang melucukan. Namun aku pasti hubungan erat persahabatan sudah mula terjalin. Sejak akhir-akhir ini kami sering berkumpul terutamanya ketika hujung minggu. Brianna pula leka berbual dengan Owen manakala Hannah dan Ben hanya membatukan diri. Aku ketawa kecil. Hannah memang nampak kekok jika berhadapan dengan lelaki. Berbeza sekali dengan Brianna yang lebih bersikap terbuka. Aku lupa juga nak tanya, siapa boyfriend dia sekarang? Kalau single, elok sangatlah dipadankan dengan Owen.

"Love.." Aku terkejut dengan sapaan Danial Spark. Bakal suami yang kemaruk sangat nak aku kena serangan jantung. Asyik muncul tiba-tiba macam halimunan. Tahulah sudah terlatih. Dia kelihatan segak dengan kot hijau lumutnya. Aku membetulkan kolar bajunya dengan senyuman.

"Why are you smilling?" Soalnya hairan. Penyakit dia lah ni. Sibuk je. Senyum pun tak boleh ke? Bahagialah.

"Thanks sebab sudi buka rumah ni untuk kumpulkan keluarga besar saya.." Kataku. Aku sendiri terkejut sebenarnya sebab Danial Spark sendiri tiba-tiba membuat rancangan mahu kami semua melepak disini. Selalunya ke mall, cafe Felina atau rumah Madam jillian selain dari apartmentku.

"They are my family too since kita berdua memang dah tiada sesiapa. Lagipun kita dah nak kahwin. Semakin seringlah diorang ke sini.." Dia mengucup dahiku. Ya, itulah persamaan kami. Sebatang kara.

"Kita kahwin kan lepas habis final exam? Lama lagi kot.." Kataku.

"Mana ada lama. Ada enam bulan lagi.."

"Yup. And before that you must help me study. Saya kena lulus semua exam tu demi masa depan saya. Lagipun awak bertanggungjawab atas ketinggalan saya dalam pelajaran selama ni. Kalau tak ajar saya, siap awak.." Ugutku.

"Nanti saya carikan guru tuisyen ya.? Kalau saya yang ajar alamatnya gagallah awak. Sebab saya bukannya ada sekolah.." Selamba dia mengutuk dirinya. Aku ketawa. Walaupun dia tidak ada kelulusan dalam pendidikan, dia sudah cukup bijak. Mampu menempa nama di dunia perniagaan bersaing lagi dengan jutawan lain. Memang tabiklah!

"By the way love, CARAVALHO HOLDING is waitting for you.." Dia menyerahkan satu fail padaku. Aku mengerut dahi.

"Maksud?" Soalku binggung. Aku sudah lupa pada urusan syarikat itu.

"Saya dah recruit new worker. Yang sekaki dengan uncle awak semua saya dah pecat.."

"Hah?" Bulat mataku. Kalau dah pecat semua siapa nak kerja?

"Untuk tujuan pembersihan. Saya dah suruh auditor SPARKLE HOLDINGS audit semua laporan kewangan untuk kemudahan awak nanti. Buat sementara ni awak fokus study dulu lepas habis exam, awak boleh belajar selok belok berniaga. Don't worry about anything sebab saya ada kat belakang awak sebagai tulang dan penyokong. Untuk masa dua bulan ni CARAVALHO HOLDING kena tutup sampai proses auditing selesai.." Katanya. Amboi! Pantas bertindak. Memang kena belajar banyak benda dari dia.

"Tak susahkan awak ke?"

"Nope. I will do anything for you. Awak study je. Urusan lain saya akan settle kan. Pengantungan gaji pekerja ladang tu pun sudah saya uruskan. Mereka sudah mula bekerja semula. Jadi jangan pening pasal apa-apa.."

"Wahh.. Hebat betul.." Aku ternganga. Nampaknya dia sudah uruskan semua masalah keluarga Caravalho sekelip mata.

"Nanti kita recruit fresh graduate. Kurang sikit peratus pengangguran negara kita." Dah macam ahli politik pulak dia. Aku ketawa.

"Lepas tu?" Soalku sengaja mahu mengenakannya. Seronok tengok gaya bossy dia tu.

"Lepas tu, rumah awak saya akan suruh orang bersihkan dan ganti apa-apa kerosakan yang ada. Cat balik dan saya nak stor di dalam tu dikosongkan. Basement pun buat balik. Letak lampu semua. Bilik pun kosongkan sebab saya nak gantikan perabot baru.." Semangat dia. Aku ketawa. Betul-betul teruja dengan cara bekerjanya yang sentiasa mahukan kesempurnaan.

"Lepas kahwin kita tinggal situ nak?" Ajakku. Terbayang rumah besar yang sunyi itu. Reka bentuknya unik ala istana british. Di dalam sahaja ada mempunyai sepuluh bilik. Sewaktu ada ayah, rumah itu meriah kerana pembantu rumah dibenarkan tinggal disitu. Walaupun selepas itu, segala kenangan yang ada adalah pahit-pahit belaka rasanya tidak salah untuk aku mulakan kenangan manis disitu.

"Saya ikut je.. Asalkan awak bahagia.." Dia mengusap rambutku. Puitis sungguh ayat dia.

"Chelsea.. Sinilah berbual dengan aku. Lepaskan dulu bakal suami kau tu. Aku bosan.." Hannah merengek. Aku ketawa dan berlalu ke arahnya. Danial Spark sudah melangkah menuju kelompok Madam Jillian.

"Ben kan ada. Kenapa tak berbual?" Soalku memandang Ben yang asyik bermain candy crush di telefonnya. Tak boleh harap pikat awek betullah mamat ni. Aku duduk di antara mereka.

"Bestnya kau dah nak kahwin.." Hannah menyandarkan kepalanya ke bahuku.

"Lama lagilah.."

"Lepas graduate, aku nak kerja dekat company kau boleh?"

"Takkan aku nak biarkan korang menganggur. Mestilah boleh. Kau jadi secretary aku, Bri jadi account clerk.." Kataku. Dia melonjak suka. Aku dengar Ben sudah merengus disebelahku.

"Kenapa?" Soalku. Dia tunjuk telefon bimbitnya.

"Level ni susah sangat.." Keluhnya. Aku sedekahkan pandangan simpati sebab aku sendiri tak main permainan tu.

"Sini saya tolong.." Kata Hannah. Ben menjeling dari sebelahku.

"Awak boleh main ke?" Soalnya.

"Mestilah. Level candy crush saya nak dekat 300.." Balas Hannah. Ben kelihatan teruja. Pantas dia bangkit dari tepi ku dan beralih ke sebelah Hannah. Aku sembunyikan senyum. Tadi jual mahal sangat. Dengar Hannah pro candy crush dia pula yang teruja.

Aku senyum. Akhirnya kebahagiaan yang aku impikan sudah berada di depan mata. Pandanganku tertuju pada Danial Spark yang sekali-sekala memandangku. Apabila pandangan kami bertaut, dia melarikan wajah.

Semoga kebahagiaan ini akan terus  erada di genggamanku selamanya. Dan semoga aku terus menjadi kesayangan Encik Mafia hingga ke akhirnya.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now