BAB 19

14.5K 574 0
                                    

                     DANIAL SPARK POV

Aku membuka mata perlahan sebaik sahaja terasa ada jemari kecil mengelus pipiku lembut. Wangian ceri memenuhi rongga hidungku. Sungguh menenangkan. Aku tersenyum menatap wajah Chelsea yang sudah bersimpuh disebelah ku. Rambut basahnya aku elus perlahan. Baru hari ini aku bangun dengan senyuman. Sudah berapa hari dia hilang dari pandangan, tidurku tidak keruan. Wajahnya merona merah apabila aku menatapnya tajam. Laju sahaja dia bersuara menyuruhku bangun dan turun sarapan. Aku mengalihkan kepalaku ke pangkuannya berpura-pura tidak ambil peduli. Wajahku aku sembam ke perutnya. Aku dengar Chelsea membebel bila aku tidak mengendahkan arahannya. Apa yang dia bebelkan kurang jelas di pendengaranku.

"Hei.." Dia menepuk belakangku lembut. Aku senyum sendiri bagai menguji kesabarannya.

"What?" Aku menjawab malas. Posisiku tetap sama tidak berganjak. Dia menolak badanku. Aku tetap diam merangkul pinggangnya.

"Wake up.. Dah pukul berapa dah ni. Hantar saya ke kolej. Nanti lambat.." Rayunya. Aku melihat jam di pergelangan tanganku sebelum mengalah. Aku bangkit perlahan. Bajuku aku buka. Chelsea berpaling ke luar. Pipinya sudah merah. Aku senyum. Hal yang paling aku suka bila dia jadi salah tingkah.

"Awak dah siap ke?" Soalku sebaik sahaja melihat penampilannya. Rambut panjangnya dibiarkan mengurai. Dia mengenakan black off shoulder blouse dan juga ripped jeans biru disertakan solekan tipis.

"Dah.." Balasnya pendek. Aku duduk menghadapnya. Mata kami bertemu. Dia berdehem sebelum berpaling semula ke luar. Mungkin malu melihat aku tidak berbaju.

"Siapa cakap awak boleh ke kolej? Awak kena teman saya sepanjang hari.." Usikku. Wajahnya mencuka.

"Dah hampir seminggu saya tak ke kolej.."

"Siapa suruh awak larikan diri?" Aku masih galak mengusik nya. Dia mencebik. Masam. Aku ketawa sebelum tangannya aku bawa ke dada. Dia kembali kekok. Aku memang sengaja membuat nya salah tingkah.

"You know, even in your casual clothes, you still look like a goddess. It's make me want you more.." Aku mendekatkan wajahku dan mengucup bahunya yang sedikit terdedah. Setelah beberapa kucupan, dia menolakku kuat sebelum turun dari katil. Aku meraup wajahku.

"Pergi mandi. Pervert!" Arahnya sebelum hilang disebalik pintu. Tuala di dinding dia baling ke mukaku. Aku ketawa kuat. Takut betul dia bila aku sudah mula menggodanya.

                                  ♡ ♡ ♡

Aku masih termanggu memerhatikan keretanya meluncur laju meninggalkan pangkaran kolej sebelum masuk diikuti oleh dua orang lelaki berkot hitam Ngu dan Fox yang ditugaskan oleh Danial Spark mengawasiku.

"Chelsea? Oh my goodness!" Brianna dan Hannah meluru ke arahku. Hannah menangis di pelukkanku. Ah, akhirnya aku boleh berjumpa keduanya. Rindu!

"Aku risaukan kau! Kau pergi mana? Danial Spark cari kau merata-rata tahu tak?" Brianna mengelap sisa air matanya.

"Dia macam orang gila.." Terang Hannah dengan sendunya. Aku mengerut dahi. Danial Spark memang dah gila nak buat macam mana?

"Kau okay ke?"

"Aku okay.. Jangan risaulah. Tak ada apa-apa.." Aku merangkul pinggang kedua-duanya sambil melangkah ke lobi kolej.

"Ni siapa?" Soal Hannah. Dua orang lelaki berkot hitam itu dia jeling.

"Bodyguard Danial Spark.." Bisikku.

"Bukan main kau sekarang wahai Mrs Spark to be. Siap ada bodyguard lagii.." Usik Brianna.

"Panjang ceritanya. Lunch time nanti aku jumpa korang kat kantin.." Aku melambai sebelum berlari anak ke kelas sebaik sahaja loceng berbunyi. Kedua pengawal itu mengikuti belakang ku. Aku dapat rasakan semua mata sedang tertuju kepadaku. Aku mengambil tempatku manakala keduanya berdiri tegak di belakangku.

"Chel.." Jaszle memanggilku separuh berbisik.

"Apa?"

"Kenapa kau bawa diorang ni?"

"Takut kena culik.." Jawabku masih berbisik. Dia ketawa.

"Chel, kau dengan Danial Spark macam mana sekarang?" Jenny menguis kakiku disertai senyuman nakal.

"Mana kau tahu?"

"Semua orang tahulah Chel. Bukan student je, dengan lecture-lecture lagi dah tahu.."

"Ya?"

"Yelah. Korang hot dalam gossip sekarang tau? Untunglah kau. Dapat usahawan yang kaya dan kacak." Jenny menolak bahuku lembut. Untung ya? Seandainya kau alami apa yang aku alami rasanya kau tak akan anggap diri kau beruntung.

"Morning class.." Professor Desmond melangkah masuk. Kaca matanya dibetulkan sebelum memandang sekeliling.

"Hah, Chelsea suruh dua orang di belakang awak tu duduk boleh?" Pintanya. Aku mengangguk sebelum mengarahkan Ngu dan Fox duduk. Keduanya menurut.

"Chelsea, nota-nota awak saya akan hantar ke rumah petang nanti.." Kata Professor Desmond. Aku melonggo. Perlu ke hantar ke rumah?

"Tapi prof.."

"Bukan untuk subjek saya sahaja tapi subjek lain juga. Kamu dah banyak ketinggalan. Hujung tahun ni kan ada final? Saya harap kamu dapat kejar kami pada topik baru nanti.." Sambungnya. Aku mengangguk. Hairan juga dengan layanannya yang sedikit berbeza. Selalunya hanya kata-kata sinis aku terima. Hari ini dia nampak baik pula.

                                ♡ ♡ ♡

Selesai mencuci tangan aku mengemaskan ikatan rambutku. Jam sudah menunjukkan angka dua belas. Aku mahu keluar mendapatkan Brianna dan Hannah yang berkemungkinan besar sudah menunggu. Beg dan buku ku aku ambil. Aku dikejutkan dengan pintu belakang tandas dibuka. Naila masuk dan melemparkan senyuman padaku.

"Hello, Chelsea.." Sapanya.

"Hi Naila.." Jawabku sedikit pelik. Dia tidak pernah bercakap denganku walaupun kami sekelas.

"Mana bodyguard kau?" Soalnya.

"Tunggu kat lobby.." Aku senyum ramah. Aku tidak mahu diekori saat ke tandas jadi aku menyuruh keduanya menunggu sahaja di lobi hadapan.

"I'm sorry then.." Dia mengeluarkan tuala dari beg tangannya.

"For what?" Soalku kehairanan.

"For this.." Dia menekup hidungku mengunakan tuala tadi. Aku cuba meronta namun tenagaku semakin lemah hingga akhirnya pandanganku gelap.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now