BAB 23

14.9K 622 4
                                    

SEMINGGU peristiwa hitam itu telah berlalu. Aku dan Danial Spark sudah bebas mahu kemana-mana. Aku juga sudah kembali semula ke apartmentku. Perabot-perabot disitu sudah di ganti yang baru oleh Danial Spark tanpa pengetahuanku. Sistem keselamatan juga di pasang. Alarm dan CCTV jangan ceritalah. Diluar bilik ada, di balkoni pun ada. Just in case ada orang meroyan nak bunuh aku sanggup naik ikut tingkap ke tingkat tujuh. Hebat tak imaginasi dia? Pengaruh movie kuat.

Di dalam apartment juga sudah di cat cantik dan diserikan lagi dengan dekorasi mewah. Semuanya atas jasa Danial Spark dan juga pengikutnya. Aku ingat lagi pada hari dia memberi kejutan kepadaku, aku tidak tahu mahu berkata apa. Apartment aku yang sebelumnya sederhana berubah menjadi elegant. Bahagian pertama yang menarik perhatianku mestilah sudut membaca. Buku-buku berada di rak baharu dan juga ditambah lagi satu rak novel bahasa english yang dia hadiahkan untukku. Kalau dah hadiah satu rak novel jangan ceritalah kegembiraan aku macam mana. Melompat-lompat sampai lupa kewujudan dia. Dia macam biasalah, ketawa tak ingat dunia.

"I have something for you.." Danial Spark mendekatiku ketika aku membancuh kopi untuk kami berdua. Aku memandangnya. Apa lagi? Semuanya sudah dia berikan padaku.

"Is it another surprise?" Tekaku. Entah berapa kali dia mahu buat kejutan untuk aku.

"Yup!" Dia menarik pinggangku sebelum menghulurkan sebuah fail berwarna hijau. Aku mengerut dahi. Apa dalam fail ni?

"What is it?" Soalku sebaik sahaja terpandang namaku di muka hadapan fail tadi. Aku mula membelek satu persatu. Wajahku berubah.

"Ini bukan ke harta peninggalan papa yang direbut oleh uncle Thomas?" Soalku. Danial Spark mengangguk. Aku menekup mulut.

"It's all yours now.."

"How is it possible?" Sangkaanku aku sudah kehilangan semua ini belasan tahun yang lalu.

"Sebab semua tu memang atas nama awak. Dia tak pernah tukar pun ke nama dia sebab original copy of this wasiat ada pada madam Jillian. He can't change anything kalau tak dapat persetujuan atau pengesahan dari awak. Sebenarnya bodoh dia sendiri sebab dia tak terfikir nak tukar nama awak masa awak tinggal dengan dia dulu. Lepas awak keluar barulah dia tahu. Dan dia tak boleh cari awak sebab dia tak tahu pun awak ke mana.." Danial Spark mengusap pipiku. Aku mengangguk. Nasib baik sentiasa menyebelahiku tanpa aku sedar.

"Dia dah banyak kali pujuk Madam Jillian serahkan dokumen tu tapi Madam Jillian tetap tak nak bagi. Saya minta tolong Mr George untuk dapatkan arahan makamah dan halau keluarga Thomas dari rumah tu. Kalau mereka ingkar, makamah akan saman. Dia tak boleh usik satu sen pun dari harta tu.." Aku merenung Danial Spark sebelum memeluknya. Terlalu besar jasanya. Pandanganku kembali menerjah fail yang berada di tangan. Rumah tempat ku membesar kini berada di genggaman. Ladang, tanah dan juga syarikat CARAVALHO HOLDING turut menjadi milikku semula.

"Thank you.." Bisikku. Dia senyum.

"Ah, you don't need to thank me for this.."

"Awak dah banyak tolong saya. Saya tak dapat balas jasa awak, Madam Jillian dan Mr George.." Kataku sayu. Tak terbayang macam mana hidup aku sekarang tanpa ketiga insan ini.

"We just doing our job honey.." Suara itu membuatku menoleh. Aku menjerit riang sebaik sahaja sepasang suami isteri itu melangkah masuk. Ben melambai di belakang mereka sebelum keluar dan menutup pintu.

"Kenapa tak cakap nak datang?" Aku memeluk Madam Jillian sebelum beralih ke Mr George. Danial Spark turut bangkit dari sofa dan bersalaman dengan keduanya. Aku senyum melihat tingkahnya yang sudah mula terbiasa dikelilingi orang lain.

"Saja buat kejutan.." Madam Jillian mengusap rambutku.

"Duduklah dulu. Saya buat air.." Aku bergerak ke dapur meniggalkan mereka bertiga berbual mesra.

"Honey.." Aku terkejut apabila Madam Jillian menyentuh bahuku. Aku mengambil dua cawan lagi dan juga semangkuk biskut.

"He's such a lovely.." Dia melempar pandang ke arah Danial Spark yang berada di ruang tamu. Aku senyum.

"Yes, he is.."

"He's even come to my house dan minta maaf atas kerosakkan rumah haritu dan tanggung semua kos pembinaan.." Madam Jillian ketawa. Aku menoleh.

"I'm really sorry about that.. Masa tu tiba-tiba orang datang lepas tu tembak-tembak.."

"It's okay honey. We're in shocked too. We're very worried about you. Tiba-tiba Danial call George and apologized about our house. Esoknya dia datang dan nak ganti rugi semua kos. And he said you are safe with him.. He take a good care of you didn't he?"

"Yes, he did.." Aku senyum dan mengajaknya kembali ke ruang tamu. Aku lihat Danial Spark ketawa. Entah apa yang dia dan Mr George ceritakan. Madam Jillian mengambil tempat di sebelah suaminya manakala aku di sebelah Danial Spark. Kopi panas dalam teko aku tuang ke dalam cawan satu persatu.

"Apa yang lucu?" Soal Madam Jillian pada suaminya. Aku meletakkan mangkuk biskut tadi di tengah sebelum menghulurkan secawak kopi untuk Mr George, Madam Jillian dan Danial Spark.

"Tak ada apa. Danial cerita pasal golf tu.." Mr George menjuihkan mulutnya ke kaca tv. Aku memandang Danial Spark mencari pengesahan. Setahu aku tiada apa yang lucu pada rancangan golf itu. Danial Spark mengangkat keningnya mengusikku. Aku menggeleng.

"Eh, ni uncle ada plan. Kebetulan esok cuti. Apa kata esok kita semua tengok wayang?" Mr George bersuara memandang Danial Spark.

"Saya okay je.." Danial Spark bersetuju. Aku juga mengangguk. Teringin juga nak tengok wayang beramai-ramai.

"Saya nak ajak Anna dan Bri.." Kataku teruja.

"Good. Makin ramai makin seronok.." Madam Jillian pula sudah menunjukkan tanda-tanda suka. Biasanya jangan harap Mr George dapat ajak isterinya itu tengok wayang.

Hampir setengah jam berbual, pasangan suami isteri itu meminta diri. Aku dan Danial Spark menghantar mereka hingga ke pintu.

"Kita nak buat apa?" Soal Danial Spark memandangku. Aku angkat bahu.

"Baca buku?" Cadangku sambil berjalan ke rak buku. Aku mencapai buku dongeng Beauty and the beast yang agak tebal dan duduk di sofa.

"Bookworm. Awak bacalah untuk saya.." Dia selamba baring dan berbantalkan pahaku. Aku mencebik.

"Once upon a time there was a prince who is very selfish and arrogant. They call the unkind prince dark devil.." Laju sahaja tangannya menarik buku ditanganku. Aku ketawa kuat apabila dia terpancing dengan cerita yang sengaja aku reka.

"You made it up? Mana ada prince beast macam tu" Katanya. Amboi nampak sangat suka fairy tail. Mafia tahi kucing!

"Yang awak percaya kenapa? Terasa ke?" Usik ku. Dia menyembamkan wajahnya ke perutku sebelum mengeletek pinggangku. Aku ketawa kuat.

"No la. Prince beast tu kan sombong. Lepas tu picky.. Mana ada selfish dan devil.." Dia sudah duduk dan menuncungkan bibirnya. Aku ketawa lagi.

"Pandai sangat buat reaksi macam-macam sekarang ya?" Pipinya aku cium. Geram.

"Of course la. Tengok siapa ajar.." Dia menujuk ke arahku.

"Bila masa dan ketikanya saya ajar?" Aku tidak mahu kalah.

"Awak kan selalu muncung macam haiwan mamalia tu, platypus. Lepas tu suka julingkan mata. Herot bibir kiri kanan. Saya copy and paste la.." Dia mengejekku. Aku menjerit geram. Suka sangat dia dapat kenakan aku.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now