BAB 03

21.6K 895 1
                                    

Suasana hingar bingar di dalam rumah Ivory memaksaku untuk keluar mencari ketenangan. Sejak dari parti bermula aku mahu berlari ke luar pagar namun bila memikirkan perasaan Ivory, aku gagahkan diri. Kelibat Brianna dan Hannah tidak kelihatan. Aku menurunkan sedikit dressku ke lutut walaupun sebenarnya dress merah ini hanya mampu menutup tubuhku hingga paras paha sahaja. Aku merasa sangat tidak selesa. Aku menekan telefon bimbitku dan menghantar pesanan ringkas pada Hannah mengatakan yang aku menunggu di luar sahaja. Kelibat kedua sahabatku itu hilang di telan sekian banyaknya tetamu yang datang. Kali terakhir aku melihat Brianna ketika dia sedang menari dengan Mexswell, pemuda kacukan Belanda yang kebetulan satu course denganku.

Beberapa pelajar kolej yang mengenaliku senyum padaku. Walaupun setengah dari mereka aku tidak kenal, senyuman itu aku balas juga. Aku melangkah ke luar pagar mencari kalau-kalau ada teksi yang lalu lalang. Aku mahu mencari kedai runcit untuk membeli sebotol mineral water. Air yang ada di majlis Ivory tidak sesuai dengan tekak ku. Tidak terasa sudah sepuluh minit aku berjalan meninggalkan keriuhan kawasan perumahan elite itu.

"Hai.." Dua orang lelaki yang agak berusia dan kotor menghampiriku. Aku berundur sedikit sebelum mencuba untuk lari namun seorang diantara mereka mengepungku dari belakang. Aku panik. Difikiranku bermain macam-macam aksi mempertahankan diri yang pernah aku lihat di kaca television.

"Jangan takut. We just wanna have fun with you.. " Kata yang dihadapanku sambil mendekat sedikit demi sedikit. Bau alcohol yang melekat padanya meloyakan tekakku.

Aku mahu menangis. Tidak pernah aku alami situasi seperti ini. Seorang daripada mereka menarik lenganku. Aku meronta sambil menjerit minta dilepaskan. Tangannya aku gigit.

"You bitch!" Pang! Satu tamparan kuat menjadi habuanku. Pipi ku perih. Pandanganku berpinar.

"Be nice and we would be nice with you.. " Tangan itu mencengkam mukaku kasar. Air jernih mengalir dari tubir mata ku.

"Let her go!" Satu suara kasar kedengaran di sertai dengan bunyi tumbukan dan erangan.

"You touch what is mine. I'm gonna kill you! " Suara garau itu membebel disertai dengan tumbukan demi tumbukan. Tidak sampai seminit tiada bunyi kedengaran. Lututku lemah. Pandanganku beransur gelap. Terasa pinggangku ditarik. Kepalaku diletakkan ke dadanya dengan berhati-hati. Wajah lelaki yang menyelamatkan aku tidak dapat dilihat dengan jelas namun aku gagahkan diri untuk mengucapkan terima kasih.

"T-thanks.. "

"You are safe my love. I'm here. " Sayup-sayup suara itu menyapa cuping telingaku. Setelah itu aku tidak sedar apa-apa.

♡ ♡ ♡

DANIAL SPARK POV


Badannya yang lemah aku papah perlahan. Pandangan mataku tidak lari dari wajahnya. Nafasku bagai terhenti seketika apabila melihat cairan merah di bibirnya. Tanganku aku gumpal menandakan rasa marah yang membuak-buak. Air jernih di tubir matanya yang terpejam rapat membuat aku mahu menamatkan sahaja riwayat dua lelaki yang sedang terbaring kaku itu. Berani mereka menyentuhnya? Aku akan bunuh sesiapa sahaja yang berani menyakiti bidadari ku. Jika aku tidak memikirkan keadaanya saat ini, aku akan menghapuskan kedua lelaki itu. Namun aku tidak mahu gadis ku terlibat lebih jauh.

Wajah yang tidak sedarkan diri itu aku tatap lama. Sudah tiga tahun berlalu, inilah kali pertama aku melihatnya semula sejak kali terakhir di Cafe dahulu.

Dia membesar menjadi seorang gadis yang sangat cantik. I know that she would. Ciptaan tuhan yang satu ini terlalu sempurna. God sure take times on this one! Selama tiga tahun aku belajar untuk menjadi se-sempurna dia tapi aku masih tidak layak untuk berdamping dengannya.

Telefon bimbitku aku keluarkan. Kameraku menghala ke arah dua lelaki yang masih terbaring aku kerjakan sebelum butang capture aku tekan, Gambar itu aku hantar sebelum menelefon seseorang. Setelah beberapa saat berdering kedengaran suara garau di hujung talian.

"Arrow, i want you to go to Lavender street, Block B number 3481. There's two guys in the picture that I send you. Finished them off.." Kataku sebelum menamatkan panggilan.

Aku duduk kan Chelsea di kerusi sebelah pemandu dengan penuh berhati-hati. Tali pinggang keledar aku kenakan di tubuhnya. Anak rambut yang terjuntai sedikit di dahinya aku betulkan. Lama aku menatap wajahnya sementara ada peluang. Bibir nipisnya bagaikan sentiasa tersenyum. Alis matanya melentik cantik. Sayang aku tidak dapat menatap mata biru kepunyaannya hari ini. Aku selalu berangan untuk menatapnya secara dekat namun aku tidak mampu. Aku takut kalau aku mendekatinya, dia akan menjauhkan diri. Aku tidak punya kekuatan untuk itu. Baju kot ku aku buka dan balutkan di badannya. Baju yang dia pakai sedikit terdedah. Aku tahu pasti ramai mata memandangnya sepanjang parti itu berjalan. Hatiku di jentik rasa cemburu yang membuak-buak. Tapi itu bukan salahnya. Aku tahu dia tidak suka berparti. Dia tidak suka mencari keseronokan dengan cara seperti itu. Mungkin itulah yang menyebabkan dia di timpa masalah malam ini.

Aku bangkit dan melangkah masuk ke kereta. Lamborghini Gallardo Spyder merah milikku meluncur menuju ke apartment nya. Sampai sahaja di lobi, Ben mendekatiku manakala Owen membantu ku menekan pintu lif. Aku melangkah mengusung bidadari ku perlahan-lahan. Takut lenanya terganggu.

"Kenapa dengan dia boss?" Bisik Ben padaku. Pintu lif tertutup. Owen menekan butang lif ke tingkat tujuh.

"Some guys attack her. Nasib baik aku cepat sampai. I already call Arrow to finished them off.." Bisikku lagi. Aku bergegas ke kawasan yang dimaksudkan oleh anak buahku sebaik sahaja mereka mengatakan Chelsea sudah pun keluar dari rumah kawannya. Beberapa anak buahku cuba menjejakinya namun hampa.

"Open the door!" Arahku pada Owen. Pengikutku itu menekan combination code di pintu apartment Chelsea. Tidak lama kemudian pintu terbuka. Aku melangkah masuk sementara Ben dan Owen menunggu di luar. Haruman ceri menyambut kedatangan ku.

Badan kecil itu aku baringkan di katil. Aku mengapai selimut dan menyelimutinya. Sempat aku memerhatikan sekeliling biliknya yang di penuhi dengan buku dan beberapa anak patung beruang serta arnab. Bibirku menguntum senyuman. Semua serba merah jambu. Comel. Aku menarik nafas panjang. Haruman ceri turut memenuhi ruang bilik ini. Haruman yang sama dengan Chelsea. Dia bagaikan ada dimana-mana. Aku rasa mahu tinggal disini selamanya. Bersama dengan malaikat ku ini. Namun, itu hanyalah angan-angan yang susah untuk jadi kenyataan.

"Goodnight love! I'll see you tomorrow morning.." Wajah tenangnya aku perhatikan. Tidak berani sedikit pun menyentuh kulit wajahnya.

Chelsea mengeliat kecil. Aku panik. Takut dia menyedari kehadiranku. Cepat-cepat aku melangkah keluar dari biliknya menuju ke pintu utama. Pintu aku tutup. Kami bertiga melangkah ke lif.

"Aku balik dulu. Tolong tengok-tengokkan dia macam biasa.. " Pesan ku pada mereka. Owen dan Ben mengangguk. Sebaik sahaja tiba di tingkat bawah, aku melangkah ke kereta. Aku mendapat panggilan daripada Arrow yang telah pun menyelesaikan tugasnya. Aku senyum. That's what they will get if they ever touch my women!

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now