BAB 14

15.1K 574 6
                                    

Aku masuk ke dalam rumah mewah milik Danial Spark dengan senyuman. Ben menjinjing barang keperluan dapur yang baru sahaja aku beli sebentar tadi. Aku rancang untuk masak sesuatu sebagai membalas budinya yang bersusah payah menjagaku selama ini. Walaupun aku tidaklah sepandai mana tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Sudah seminggu, demamku kebah. Selama seminggu juga Danial Spark tidak ke pejabat sebab terlalu risaukan keadaanku.

Buah-buahan yang aku beli tadi aku bersihkan dan letak di bakul. Ben sudah hilang entah ke mana. Baru sahaja mahu menyimpan sayur di peti sejuk aku terdengar sesuatu di tingkat atas. Danial Spark sudah balik ke? Bukan dia ada meeting ke tadi? Aku terdengar bunyi erangan seperti orang yang sedang dalam kesakitan. Aku bergegas ke tingkat atas. Dadaku berombak kencang. Danial Spark sakit? Pagi tadi sebelum keluar aku tengok dia sihat sahaja.

"Mr Spark, are you okay?" Panggilku dari luar biliknya namun tiada sahutan. Aku menolak daun pintu sedikit. Mataku membulat sebaik sahaja terlihat sesuatu. Seorang lelaki berlumuran darah terbaring dengan mata terbuka memandangku. Aku nampak Danial Spark mengacukan pistol ke kepala lelaki itu sebelum melepaskan sedas tembakan. Matanya kosong. Tanpa sedar aku terduduk dan menjerit kuat. Lututku lemah. Ini bukan Danial Spark yang aku kenal. Sebaik sahaja terdengar suaraku, Danial Spark mendongak dan berlari ke luar pintu mendapatkan aku.

"Baby love.. You're home?" Dia mencangkung mahu menyentuh pipi ku. Aku menggeleng sambil menahan esakan. Kedua belah tanganku menutup telinga. Peristiwa tadi terbayang di mata. Aku tidak lupa pada mata si mati yang menatap ku tadi. Tanganku mengeletar ketakutan. Aku menangis.

"D-don't t-touch me p-please. S-stay away.. " Aku mengigil. Dia meramas rambutnya. Ben dan Owen menghampiri Danial Spark.

"Get out! Both of you!" Arah Danial Spark keras. Dua lelaki itu menurut.

"Love, please. It's me baby. It's me. Don't be afraid baby. I'm not gonna hurt you.." Dia mendekatiku perlahan-lahan. Pistol di tangannya dia humban keluar. Aku menjauh. Air mata berjuraian di pipi. Tersedu-sedu aku menangis. Aku takut. Nafasku bagai tersekat di kerongkong. Tangan Danial Spark yang berlumuran darah cuba menyentuhku.

"D-don't touch m-me.. Don't t-touch me.." Ulangku. Muka ku aku tekup dengan kedua tapak tangan. Dia mengusap pipiku lembut sebelum menarikku ke pelukannya. Aku cuba meronta tapi tenaganya lebih kuat menahanku. Semakin kuat tangisanku bergema di rumah banglo miliknya. Takut, cemas dan trauma bercampur baur.

"Shhh.. Let me explain. Apa yang terjadi tak macam apa yang awak bayangkan. I'm sorry to scared you sweetheart. I didn't mean to. I'm sorry. It's me. No more devil. I'm not evil.. " Dia bersuara sayu. Aku menggeleng. Apa yang aku nampak tak macam yang aku bayangkan? Yeah right! Habis tu aku nak bayangkan Danial Spark berlari berkejaran penuh bahagia bersama lelaki yang sedang terbujur kaku di lantai itu? That's not gonna happen! Never!

"Y-you k-kill him.." Aku masih cuba melepaskan diri. Dia merangkulku lebih kuat.

"I have my reason. I'm sorry love. I promised not doing anything like this again. Please don't cry angel. It's hurt me. You can hit me but please don't cry. I can't stand the pain when i see you cry.. " Dia mengucup ubun-ubun ku. Aku rasa ada titisan air jernih mengalir ke pipinya. Tangisanku reda serta merta. Aku diam. Danial Spark menangis? Lelaki ini masih ada perasaan rupanya. Ah, pedulikan. Kalau sebelum ini mungkin aku terbuai dengan layanannya tapi tidak hari ini.

"Let me go!" Aku menolak dadanya. Tidak mahu hatiku lembut sebaik sahaja tahu dia menangis. Rasa terharu aku tolak jauh-jauh.

"No i can't.. "

"Why? I'm not telling anyone apa yang saya nampak. Saya janji. If i broke that promise, you can hunt me or kill me. Just let me go.. " Aku memberanikan diri untuk bersuara. Dia menggeleng lagi.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now