BAB 02

22K 801 1
                                    

Seperti yang dijanjikan aku dan Hannah berjumpa di Cafe. Brianna masih belum kelihatan. Menurut Hannah dia sudah pun mengajak Brianna sekali. Kami memilih meja yang selalu menjadi tempat aku bertapa. Meja ini bagaikan sudah dicop menjadi zon lepak setiap kali kami berkunjung ke sini. Pengunjung lain tidak ada yang berani duduk di sini kerana sudah sedia maklum bahawa kami lah penghuninya. Hahaha! Felina datang menghampiri kami berdua dengan senyuman.

"Kak, Bri belum sampai lagi ke?" Soalku. Pandanganku merata mencari kelibat Brianna siapa tahu ada di sekitar kaunter.

"Ada kat belakang. Tengah kena ceramah dengan abang dia.." Adu Felina. Aku dan Hannah saling berpandangan. Kenapa pula dengan abang Khai? Rasanya tak
pernah dia marah pada adik kesayangan nya itu. Pasti adalah masalah yang Brianna timbulkan.

"Sebab apa kak?" Soal Hannah. Felina angkat bahu. Aku menguis kaki Hannah dari bawah meja mengisyaratkannya agar tidak menyibuk urusan keluarga orang lain. Hannah tersengih mengerti maksudku.

"Korang nak pesan apa? Macam biasa or tukar order?" Soal Felina.

"Macam biasalah kak. Coffee and Latte. Cheese cake dua! " Kata Hannah. Felina mengangguk sebelum berlalu menyediakan minuman. Tidak lama kemudian Brianna muncul dari belakang dan melangkah ke arah kami. Wajahnya sedikit sugul. Aku dan Hannah berpandangan sesama sendiri.

"Hai dear. Kenapa ni?" Soalku. Brianna menggeleng. Bahunya aku gosok lembut. Biasalah kalau dah kena marah. Mungkin ada lah silap yang Brianna dah buat sampai abang dia kena bertindak.

"Nak makan or minum something?" Soal Hannah. Brianna geleng lagi. Dagunya di tongkat ke meja. Macam orang yang baru kematian suami.

"Bri, kalau kau ada masalah share please. Kan kita dah janji tak boleh ada rahsia? Mana tahu kitorang boleh tolong.. " Pujuk ku sambil mengingatkan janji kami bertiga. Brianna menarik nafasnya. Mungkin mencari kekuatan untuk bersuara.

"Abang marah sebab semalam aku bawa Jacob balik rumah. Kantoi pulak. Aku bukan buat apa-apa pun dengan dia. Lepas tu abang suruh aku call Jacob dan minta putus dengan dia.." Brianna membebel. Aku dan Hannah berpandangan sebelum ketawa Hannah meletus. Aku mengeleng. Memang dasar Brianna!

"Janganlah ketawa. Orang tengah sedih. Aku kena denda kerja dekat Cafe selama seminggu tahu?" Brianna mencebik. Kali ini aku yang ketawa.

"Padan muka! Memang patut pun kau kena marah! Kau kerja sebulan pun kat Cafe ni tak apa. You deserve it!" Aku menolak bahunya.

"Alah, it's okay honey, mana tahu kau boleh kenal dengan customer handsome. Boleh tambah koleksi.. " Hannah mengenyitkan sebelah matanya ke arah Brianna memberi semangat. Sekali lagi aku mengeleng kepala.

"Betul jugak tu. Lagipun aku ada crush kat seorang mamat ni. Selalu nampak dia singgah beli cappuccino. Kadang diorang datang berdua. He looks yummy!" Brianna teruja. Hilang segala kekusutan dikepalanya. Aku ketawa. Brianna ni kalau dilahirkan sebagai lelaki memang sah-sah buaya darat! Ini dah jadi buaya betina!

"Tak habis-habis dengan crush. You've got a very long list of ex lover Bri. That was insane.. " Balasku. Ambik kau, keluar ayat Taylor Swift dari lagu Blank Space. Sebulan lima kali tukar boyfriend. Setahun berapa ramai kekasih dah? Kau ada?

"Kali ni betul-betul. Aku tak pernah rasa macam ni dengan mana-mana lelaki. Aku rasa dah jatuh cinta pandang yang keberapa aku lupa. But i know it's love. Dia macam ada aura tersendiri. Aku tergoda aku terpesona.. " Jelas Brianna bagaikan sedang membaca sajak.

"Oh really?" Soalku sambil ketawa.  Makin di layan makin menjadi karenahnya.

"Yup. He's was so fine.. " Brianna masih lagi berkhayal.

"Dah-dah. Aku nak minum.." Sampukku apabila Felina menghampiri meja kami bersama tiga cawan kopi panas. Dia letakkan latte dihadapan Hannah dan Brianna manakala black coffee diletakkan dihadapanku. Aku memejamkan mata menikmati aroma kuat dari kopiku. Ah, indahnya dunia. Kopi pekat itu aku hirup perlahan. This is life!

"Thanks kak.. " Ucap Brianna pada kakak iparnya. Felina mengangguk dengan senyuman. Tidak lama kemudian dia muncul bersama tiga piring kek keju kesukaan kami bertiga.

"Malam nanti kita pergi party Ivory nak?" Soal Hannah sambil menekan sesuatu di telefonnya. Brianna angguk setuju sebelum keduanya berpaling ke arahku menanti jawapan yang mereka sudah sedia maklum. Aku geleng dengan sengihan.

"Oh come on Chel!" Brianna menghentakkan kakinya. Aku tidak ambil tahu. Kopi panas aku hirup lagi. Membiarkan Brianna protes semahunya.

"Chel, Ivory would be very mad if you didn't come. She even put our name in VIP list. Takkan kau nak hampakan dia.." Hannah menunjukkan sesuatu di telefonnya padaku. Aku baca sekilas. Dibawah tertulis tema pakaian untuk parti itu. Red! Aku mana ada baju. Takkan nak pakai pajamas warna merah? Mahu satu kolej ketawakan aku kelak.

"Aku tak ada baju.." Aku beralasan.

"Aku ada. Saiz kita kan lebih kurang walaupun kau pendek sikit tapi takda masalah. Lepas ni kita pergi rumah aku dan carikan dress untuk kau.." Hannah teruja.

"Tak payah lah. Aku tak nak susahkan kau.."

"Alaaa.. Chelsea, please lah. First and last aku ajak kau ikut party kalau kau nak pergi. Please!" Rayu Brianna.

"Janji ya kalau aku pergi, lepas ni tak ada dah bawa-bawa aku ke party hari jadi lah, party apa-apa lah! Janji?" Aku pandang keduanya. Perlahan-lahan mereka mengangguk. Akhirnya aku bersetuju. Nampaknya aku tidak dapat mengelak kali ini. Brianna bertepuk tangan.

"Aku akan makeup kan kau. Dah lama aku berangan nak solekkan kau.. "

"I'm not gonna wearing makeup. Cukuplah lip tint sikit. Tak naklah aku macam badut.. " Bidasku yang sememangnya tak reti bersolek.  Aku tidak yakin tampil di hadapan orang ramai dengan solekan.

"Mana ada. Takkan kau tak percayakan aku?" Soal Brianna tidak berpuas hati. Aku sengih. Bukan tak percaya. Kemampuan Brianna bermain dengan makeup tidak boleh dipersoalkan lagi. Sudah bertaraf professional. Sesuai sangat dengan cita-citanya untuk menjadi makeup artist suatu hari nanti.

"Yelah.. " Aku malas membantah. Biarlah. Cheese cake aku kuis dengan sudu sebelum aku suap ke mulut sambil memerhati ke luar tingkap.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now