"CHELSEA!!"
Suara itu bergema. Aku yang sedang bersembunyi di belakang tangga terketar-ketar menekup mulut. Namaku dilaung berkali-kali oleh Uncle Thomas dengan nada yang sangat mengerunkan. Kecut perut aku dibuatnya.
"Mana budak tak guna tu?" Kali ini kedengaran pula suara Auntie Rose diselang-seli dengan tangisan Allamanda. Allanna turut mencari ku di setiap pelusuk garaj. Aku mengesat air mata ku perlahan cuba mengawal sendu. Aku tahu hukuman apa yang bakal menanti ku kali ini.
"Daddy, Chelsea di sini.." Allanna menunjuk ke arah tempat persembunyianku. Laju sahaja Uncle Thomas mendapatkan ku.
"Sini! Budak sial!" Sekejap sahaja tubuh kecil ku direntap. Aku menjerit kuat apabila tali pinggang Uncle Thomas menjamah badanku. Libasan demi libasan aku terima.
"Bukan salah saya.. Sakit.. Saya minta maaf.." Rayu ku namun semua itu bagai angin lalu. Lelaki berbadan tegap itu terus memukul tubuh ku tanpa belas kasihan.
"Padan muka kau! Menyusahkan aku!" Tidak cukup dengan itu kepala ku ditunjal oleh Auntie Rose. Allamanda dan Allanna hanya ketawa kecil melihat aku dibelasah. Aku lemah. Air mata mengalir lagi sebelum pandangan ku kabur. Aku tidak mengerti kenapa seisi keluarga ini sangat membenciku. Badan ku terasa diseret dan pandangan ku sudah gelap. Tubuh kecil ku tidak mampu lagi membendung rasa sakit yang mencucuk hingga ke tulang.
Aku bangun sambil memandang sekeliling. Ya, aku dikurung lagi di stor. Stor yang kini sudah menjadi bilikku memandangkan bilikku sudah menjadi milik Allamanda setelah keluarga Uncle Thomas mengambil alih tugas menjagaku.
Badanku yang tidak pernah surut dari lebam aku belek perlahan. Peristiwa petang tadi berlegar di ingatan. Aku hanya memerhatikan kedua sepupu ku bermain dan melompat-lompat di garaj sebelum Allamanda jatuh lalu teluka. Aku pula pantas mendapatkan sepupu ku yang sedang menangis itu dengan niat membantu namun Allanna telah berbohong kepada ibu dan bapanya kerana takut dimarahi. Akhirnya aku yang terpaksa menanggung segalanya.
"Chelsea!!" Jerit Auntie Rose dari luar bilik. Aku bergegas membuka pintu sebelum aku dipukul lagi. Pernah juga aku tidak mengendah kan panggilan mereka dan tidak mahu membuka pintu, Uncle Thomas memukulku dengan batang penyapu. Hampir riuk tulangku dia kerjakan. Semenjak itu aku tidak berani membantah.
"Ya?" Soal ku takut-takut.
"Pergi beli barang!" Auntie Rose menghulurkan sekeping duit bernilai lima puluh ringgit dan juga sekeping kertas yang mengandungi senarai barang yang harus aku beli. Aku menurut. Aku ada terdengar perbualan Uncle Thomas dan Auntie Rose tadi memaklumkan hari ini rakan sekerja Uncle Thomas datang untuk makan malam bersama. Mungkin inilah sebabnya kenapa aku kena beli barangan dapur.
Dalam perjalanan ke kedai aku melintas beberapa orang budak-budak nakal yang kebetulan melepak tidak jauh dari situ. Salah seorang dari mereka menghalang langkah ku sebelum merampas kepingan kertas dan duit tadi. Aku merayu agar mereka menyerahkan kembali duit dan kertas tadi namun aku hanya diketawakan. Akhirnya aku kembali ke rumah dengan tangan kosong. Di situlah aku menjadi mangsa amarah Uncle Thomas dan Auntie Rose.
"Aku nak pakai barang dapur untuk masak malam ni kau tahu tak?" Rambutku ditarik kasar.
"Maaf Auntie Rose.." Hanya itu yang aku mampu ucapkan sebelum tangisan ku bergema sebaik sahaja badan ku dicucuh dengan puntung rokok oleh Uncle Thomas. Tangan ku diheret ke bilik bawah tanah.
"Budak tak guna! Kau matilah dalam ni!"
"Jangan.. Jangan kurung saya di sini. Saya minta maaf." Aku meronta. Lengan gagah itu dihulur ke leherku sebelum aku dicekik.
"Selagi kau tinggal dengan aku, kau kena ikut peraturan aku. Lepas ni kau akan tinggal di dalam bilik busuk ni!" Tengking Uncle Thomas lalu melepaskan cekikannya sebaik sahaja dia melihat aku terkial-kial mencari udara. Aku terbatuk-batuk mencari nafas.
YOU ARE READING
KESAYANGAN ENCIK MAFIA
ActionSebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Ch...