EPILOGUE

25.6K 795 43
                                    

HARI yang tidak sabar aku tunggu dan hari yang paling mendebarkan dalam hidupku tiba juga. Hari ini hari paling bersejarah untuk kami berdua. Brianna dan Hannah dari tadi sibuk mengambil gambarku tanpa henti. Hannah pula menjadi jurugambar tidak bergaji hari ini. Nasib baik dia memang minat bidang fotografi jadi tidak payahlah aku mengupah jurugambar. Jimat kos sungguh. Mak andam pun dah ada yang 'segera'. Brianna menyambung kembali tugasnya merias wajahku. Sudah dua jam, aku dilarang sama sekali tengok cermin. Naik cuak aku dibuatnya. Takut memikirkan macam mana rupa aku nanti memandangkan waktu akad nikah semalam aku disolek sederhana sahaja oleh mak andam upahan Danial Spark. Bukan salahnya kerana aku memang alah dengan make up. Aku tidak suka bersolek. Dengan Brianna aku langsung tidak boleh bernegosasi. Dia siap ugut untuk conteng muka aku hodoh-hodoh jika aku banyak songeh. Sikap suka mengarah Danial Spark kini diwaris kepadanya.

"Dah siap. Silakan tengok cermin tuanku.." Kata Brianna dengan mata yang bersinar. Aku menoleh ke belakang memandang cermin.

"Waaa.. Kau siapa?" Jari terlunjukku sudah meruncing ke arah cermin. Tidak kenal dengan wajahku sendiri. Gila magik sentuhan kawan baik aku ni. Nasib baik aku kenal bibir seksi dan mata menggoda aku ni. Ceh, puji diri nampak. Brianna dan Hannah ketawa.

"Dah siap ke? Cepat pakai baju. Pengantin lelaki dah nak sampai.." Kak Felina muncul. Aku bangkit dan melangkah ke baju yang sudah sedia menanti untuk  disarungkan. Baju pengantin berwarna kuning itu perlahan-lahan disarung ke tubuhku. Veil pengantin warna senada juga turut dikenakan di kepalaku.

"Oh my god Chelsea. You are so beautiful.." Dipuji dan terus dipuji. Seronoknya. Gaun pengantin selamat. Nasib baik muat. Ingatkan dah gemuk tadi. Maklumlah sejak kebelangan ni aku makan banyak sangat. Danial Spark lah ni jadi tukang masak. Suka sangat pelihara aku.

Alhamdurillah, aku sudah mengenggam diploma dalam jurusan perniagaan. Begitu juga dengan kedua rakanku. Brianna dalam bidang perakaunan dan Hannah dalam bidang pegurusan. Danial Sparklah orang yang paling gembira dengan kejayaanku. Tidak sia-sia dia mengupah cikgu tuisyen untukku. Dan tidak sia-sia aku belajar bersekang mata selama ini.

Selesai sahaja sepatu kuning bertatah permata tersarung di kakiku, Brianna memaut lenganku ke pintu dewan. Menunggu kedatangan pengantin lelaki. Mr George menghampiriku sebelum tanganku aku lingkar memaut lengannya. Madam Jillian mengucupku penuh kasih sayang. Aku sudah berdebar menantikan kehadiran Danial Spark.

                ♡ ♡ ♡

            DANIAL SPARK POV

MATAKU terpaku sebaik sahaja kami bertentangan. Dia tunduk malu ketika aku leka menjamah wajahnya. Dia dibawa masuk oleh Mr George perlahan-lahan dengan rentak Perfect dari Ed Sheeran versi piano. Aku dapat rasakan mata semua tetamu melekat padanya. Kesempurnaan itulah yang memikat hatiku. Tiada yang lebih indah selain mampu menatapnya. Tangannya yang dihulur oleh Mr George aku sambut sebelum aku pimpin dia ke pelamin.

Aku pandang sekeliling mencari satu kelibat yang sedang aku tunggu. Akhirnya wajah wanita tua itu aku jumpa di barisan belakang. Kenapa dia di belakang sedangkan aku sudah sediakan kerusi VIP untuknya di hadapan.

"Untuk menyempurnakan lagi majlis, pengantin lelaki ada kejutan. Dia nak nyanyi untuk wife dia. Nyanyian dari Billy Simpson, be my wife.." Suara pengacara majlis mengejutkanku. Chelsea yang berdiri di sebelahku senyum apabila aku mengenggam jemarinya dan mengapai microphone.

When i make mistakes..
You have what i takes..
To speak to me so i can change..
And be a better man..
When it feels to much all you do is
Touch me in my back..
Will calm me down inside..
Though i know few are your words..
But still i feel your love..
The way you hold yourself.
So i can be who i am..

I am the one for you..
You are the one for me..
Cause baby all you do is bring out what is best in me..
What was unseen to me
Now i see them with you..
You bring balance to my life..
So lemme ask if you would be my wife..

Setelah itu aku menarik tangan Chelsea ke kerusi barisan belakang. Dia hanya menurut terpinga-pinga. Semua mata menuju kearah kami.

When i am negative and too sensitive..
You help me open up my eyes to see what beautiful..
Babe you never lie even if sometime its very hurt to tell the truth
You'll find a way somehow..
Though i know few are your words..
But still i feel your love..
The way you hold yourself.
So i can be who i am..
I am the one for you..
You are the one for me..
Cause baby all you do is bring out what is best in me..
What was unseen to me
Now i see them with you..
You bring balance to my life..
So lemme ask if you would be my wife..

Aku melepaskan tangan Chelsea dan menarik tangan wanita tua tadi. Chelsea masih binggung.

"This is my mom.." Aku menjawab teka-teki yang berada di kepala Chelsea. Dia melopong tidak percaya.

"How?" Soalnya.

"Danial sentiasa cari siapa orang tuanya selama ini. Ibu pun tak kenal dia sampailah dia tunjukkan ibu kalung yang kamu pakai tu. Mak cik tak sangka dia masih hidup.." Ibu mengelap air matanya.

"Saya baru jumpa ibu sebelum kita menikah. Sebab tu saya pinjam kalung tu dari awak haritu. Masa nikah dia tak dapat datang sebab dia kata tak layak datang jumpa saya.." Terangku. Chelsea memandang ibu. Dia menarik ibu ke pelukannya.

"Ibu jangan cakap macam tu. Ibu tinggallah dengan kami nanti ya?" Pujuk Chelsea. Aku senyum memandangnya. Hati yang sentiasa ikhlas. Aku tahu dia pasti tidak sabar mahu mengetahui bagaimana aku boleh berjumpa ibu dan kenapa aku tak kongsi perkara gembira itu dengannya terlebih awal. Sebenarnya aku mahu bagitahu semalam akhirnya aku putuskan untuk membuat kejutan sahaja.

Aku juga tidak menyangka yang aku dapat kenal ibu setelah lama aku mencari jawapan atas siapa aku sebenarnya. Ibu pada mulanya malu untuk mengakuiku akhirnya memeluk aku dengan air mata.

"Maafkan ibu, Danial. Jangan cari ibu lagi. Ibu bukan ibu yang baik untuk kamu. Ibu malu.." Kata Ibu. Aku teringat kata-katanya tempoh hari.

"Ibu tak mampu lindungi kamu. Ibu tak mampu pertahankan kamu masa ayah kamu hantar kamu ke rumah anak yatim dulu. Kami tak mampu besarkan kamu sebab ayah banyak hutang.."

"Mana ayah sekarang?"

"Ayah kamu sudah meninggal lima tahun yang lalu terkena serangan jantung.." Terang ibu.

"Danial?" Suara Chelsea menyentapku ke alam nyata. Hilang perbualan aku dengan ibu semalam.

"Are you okay?" Soalnya. Yelah, majlis tengah berlangsung boleh pula aku melamun. Aku jawab soalannya dengan senyuman. Aku kecup keningnya di hadapan semua tetamu. Inilah kesayangan aku.

Semoga kebahagiaan yang aku miliki kekal selamanya. Aku tidak mahu kehilangan sedetik pun dari kegembiraan ini.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now