BAB 16

13.7K 555 0
                                    

                    DANIAL SPARK POV

Kereta yang dipandu oleh Owen hampir hilang kawalan sebaik sahaja sebuah prado biru berhenti betul-betul di hadapan. Beberapa orang lelaki bersenjata keluar dari kereta biru itu diikuti oleh seorang lelaki berparut dan berkot biru.

"Danial Spark, my old friend.." Dia menghulurkan tangannya sebaik sahaja pintu keretaku dibuka dari luar. Aku melangkah keluar menerima kedatangannya. Owen dan Ben bersedia untuk melawan namun belum sempat, pistol di badan dan tangan mereka sudah dirampas. Begitu juga dengan senjata ku. Aku merengus. Tidak sangka pengikutnya pantas bertindak.

"Seth? Long time no see. I thought you're dead. And by the way, you look horrible with that scars.." Aku cuma senyum. Kisah lama berulang kembali di pita minda.

"Mana barang aku?" Dia buka kaca matanya. Mungkin dia malas mahu berbasa-basi.

"Barang kau dah masuk tempat aku maknanya barang kau dah jadi barang aku.." Butang vest ku aku betulkan. Muka Seth Cruz memerah.

"Kau tahu tak aku rugi berapa juta sebab barang tu? Empat puluh juta Danial! Give it back or i will kill your sweet little!" Ugutnya. Serentak dengan itu tumbukan aku lepaskan ke pipinya sebelum Ben dan Owen menarikku ke belakang. Begitu juga pengikut Seth Cruz yang cuba menenangkan ketua mereka. Seth Cruz membetulkan rahangnya yang hampir patah akibat tumbukanku.

"Don't you dare touch her!" Amaran itu aku hambur. Dia ketawa. Aku kenal maksud ketawa itu. Nampaknya dia tidak percaya dengan amaranku.

"Oh, so that is your weak point? What happen to Danial Spark yang tidak takutkan sesiapa sebelum ini? Aku dah banyak dengar cerita pasal kau. Semua orang takut dekat kau. Tapi sekarang kau dah semakin lemah Danial Spark. I like it. Maksudnya kalau aku dapat budak tu, kau akan buat apa sahaja untuk dia kan? Rancangan awal aku memang nak habiskan kau tapi where's the fun in it? Aku akan balas perlahan-lahan.."

"I will kill you! I swear!" Aku sudah mula hilang sabar.

"Try me Danial. Will you kill your own brother? Aku tak rasa kau sanggup bunuh aku. Aku yang patutnya berdendam dengan kau. Kau tinggalkan aku macam tu je dan selamatkan diri kau? Kau tak dapat bayangkan apa yang aku alami lepas tu!" Bentaknya.

"Aku tak dapat patah balik!"

"Kau tipu! Kau terlalu takut untuk patah balik Danial. Selama aku disitu, aku bersumpah kalau aku jumpa kau aku akan bunuh kau. Aku sengaja suruh budak-budak aku jual barang dekat kawasan kau tapi tak sangka kau rampas semua dadah tu!" Kali ini Seth Cruz menyerang balas. Sakit pipiku akibat tumbukannya.

"Sekarang mana dadah tu?" Sambungnya. Aku ketawa sinis.

"Kau memang tak tahu cara berniaga ke? Kalau barang tu aku dah ambil maknanya aku dah trade kan dengan orang lain.." Ya, aku sudah jual semua kepada Sir Gulak, drug lord Thailand. Sir Gulak pula sangat berbesar hati dapat berurus niaga denganku.

"Kalau kau nak duit tu balik aku boleh bagi kau. Tapi jangan pernah muncul balik di depan aku. You know, we still could be friend Seth, but you just cross your line.."

"Kau memang tak guna Danial! Kau tunggu! Aku tak nak duit tu. Aku akan cari budak tu. Biar kau tahu erti kehilangan. Masa tu kau akan tau erti penyesalan.." Seth Cruz melangkah ke keretanya sebelum kereta itu meluncur laju meninggalkan kami bertiga. Aku menjerit marah. Kenapa dia tidak hapuskan sahaja aku sekarang sedangkan dia mampu bunuh aku!

"Boss! Dia cuma nak pancing emosi boss je. Kita akan jumpa Chelsea. Boss jangan risau. Budak-budak kita ada di seluruh tempat.." Pujuk Ben. Bahuku ditepuk. Pintu kereta dia bukakan untukku.

"Tapi kenapa sampai sekarang tiada yang jumpa dia?" Marahku. Aku sudah tidak boleh bersabar. Badanku aku hempas. Owen melangkah ke tempat duduk pemandu.

Beep! Telefon bimbitku berbunyi. Aku menjawab. Anak buahku menelefon menyatakan rumah yang sedang aku tuju sekarang kosong. Maknanya Chelsea masih lagi di bandar. Aku mengarahkan Owen agar berpatah balik. Kepalaku yang sudah mula pening aku picit. Tidak pernah aku sekusut ini. Biasanya apa sahaja masalah, aku hadapi dengan tenang. Chelsea benar-benar membuat aku hilang akal. Pandanganku berkalih pada accessories yang bergantung di cermin hadapan. Bintang berwarna kuning keemasan.

"Mr Spark, percaya tak pada bintang?" Soalnya ketika aku dan dia melepak di balkoni semasa aku menjaganya ketika demamnya belum kebah. Aku angkat bahu.

"Kenapa?" Soalku ingin tahu.

"Kata orang tahi bintang tu mampu tunaikan hajat.. Tapi dari kecil saya cross my fingers and make a wish, hajat saya tak tercapai.."

"Mungkin hajat awak sukar ditunaikan? Apa kata you wish for something possible? Cadangku. Tak pasal-pasal aku terjebak dengan kisah dongengnya. Aku tahu setiap kali dia minta hajat, pasti dia nak jumpa dengan ayah dia. Dia mengangguk dan mula mengikuti cadanganku.

"I wish Mr Spark all happiness and may god protect you everytime.."Bisiknya namun sangat jelas di telingaku. Aku senyum sambil menatap wajahnya yang masih memejamkan mata. Dia memang malaikat yang dikirimkan Tuhan untukku agaknya. Sejak dia hadir, aku tidak seperti dulu.

"Boss.."

Suara Ben menyentapku ke alam nyata. Hilang semua bayangan tentang Chelsea. Aku mengangkat kepalaku.

"Kita balik dulu, nanti saya arahkan budak-budak saya ke bandar. Saya sendiri yang akan pergi. Saya janji sebelum gelap, saya akan dapatkan Chelsea. Kalau saya gagal, boss boleh bunuh saya.." Katanya. Aku mengerut dahi sebelum mengangguk.

Aku tahu dia juga dihantui rasa bersalah terhadapku. Sebaik sahaja aku tahu Chelsea hilang, teruk dia aku kerjakan. Mungkin sebab itu dia rasa bertanggungjawab untuk membawa Chelsea kembali. Dan jika dia gagal, nyawanya tidak teragak-agak aku cabut.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now