BAB 22

14.7K 637 3
                                    

SELESAI sahaja majlis perkebumian Seth Cruz, aku dan Danial Spark melangkah ke kereta. Dia masih diam tidak beriak. Aku serba salah mahu bertanya. Dia memandu Lamborghini merahnya dengan mata fokus menerjah jalan raya.

"Are you hungry?" Tiba-tiba dia bersuara memecah kesunyian.

"Err.."

"Kita pergi makan okay?" Dia memandangku sekilas. Aku mengangguk.

"A..are you okay?" Aku teragak-agak bertanya.

"Im fine love. Kenapa? Saya nampak macam tak okay ke?" Soalnya lagi. Sudah gaharu cendana pula.

"Yeah that's why im asking.."

"Saya okay. Cuma entahlah. Sedih, terkilan, terkejut semua ada. Terpaksa bunuh kawan sendiri. Can you imagine it? Its my fault by the way. Kalau saya kembali untuk dia dulu, mungkin semua ni tak akan berlaku. Mungkin dia tak akan benci saya sampai macam ni. He's not that kind of person you know.." Danial Spark akhirnya meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Aku hanya mampu mendengar. Tidak mahu komen lebih-lebih sebab dia lebih kenal Seth Cruz dari aku.

"Macam mana dengan Nest?" Entah kenapa nama orang kanan Seth Cruz terpancul dari bibirku.

"He's found dead in his apartment semalam before my mans could find him. I guess somebody else got him sebab melalui apa yang saya siasat, Nest dan Seth banyak berurus niaga dengan underground group. Bila banyak business banyak juga hutangnya. That is why they kill him.." Terangnya. Aku hanya mengangguk.

Ring. Bunyi dan juga getaran telefon mengejutkan kami berdua. Dia menyelok sakunya sebelum menghulurkan telefon itu kepadaku. Aku menyambut binggung.

"Hello?" Telefon itu aku lekap ke telinga.

"Danial.." Kedengaran suara Brianna di hujung talian. Biar betul. Macam mana mungkin?

"Bri?"

"Yelah. Lama lagi ke on the way tu? Dah lapar tunggu tau? Cepatlah Danial!" Rengek Brianna macamlah dia bukan tengah bercakap dengan aku. Aku memandang Danial Spark tanda tidak faham. Dia ketawa.

"Cakaplah nak sampai dah.." Katanya. Aku menurut dan turut menyampaikan ayat yang sama pada Brianna. Setelah telefon dimatikan aku pandang Danial Spark.

"A..awak ada apa-apa dengan Bri?" Soalku teragak-agak. Tawanya meletus. Tangannya yang tadi mengawal stereng mengelus rambutku.

"Cemburu ke?"

"T..tak. Buat apa nak cemburu. Baguslah kalau macam tu.." Aku sedaya upaya megawal nada suaraku. Mahu sahaja aku terjun dari kereta. Aku bagaikan kekurangan udara. Tidak senang duduk aku dibuatnya. Danial Spark memarking kereta dihadapan sebuah restoran. Dia melangkah keluar menuju pintuku. Belum sempat dia membuka, daun pintu aku buka terlebih dahulu. Wajahku sudah kelat. Dia mengerut dahi. Setelah mengunci kereta dia mahu menarik tanganku namun cepat-cepat aku tepis. Dia senyum.

Dari jauh aku lihat Brianna dan Hannah melambai-lambai. Aku balas namun senyumanku tawar. Kenapa ni? Aku mengeluh sendiri. Takkan jumpa kawan sendiri pun tak suka. Bukankah kedua insan ini yang paling aku rindu sejak aku 'dipenjara' oleh Danial Spark?

"Babe.." Hannah memelukku erat. Aku membalas. Lama kami berpelukkan. Brianna turut merangkulku namun rangkulan itu aku balas bersahaja. Danial Spark mengambil tempat di sebelahku sebelum memanggil pelayan.

"Kau macam mana sekarang?" Soal Hannah sambil mengusap lenganku.

"Okay je.."

"Kami risau sangat pasal kau. Nasib baik tak ada apa-apa. Kalau aku dapat Naila tu aku cekik jugak dia.." Brianna meramas penumbuknya.

"Tak apa.." Balasku pendek. Danial Spark yang tadinya fokus ke telefon di tangan mula menjeling. Mungkin dia mengesan perubahan pada nada suaraku.

"Kau tak rindu kami ke? Hampir dua bulan kau kena 'penjara'. Kau 'keluar' pun bukan nak inform. Tau-tau dah masuk 'penjara' balik.." Hannah mencebik apabila melihat aku bersahaja. Amboi bukan main ayat dia nak kenakan aku yang kononnnya 'banduan' ini.

"Aku mana ada handphone. Sampai sekarang pun 'warden penjara' tak bagi balik handphone aku yang dia sita dulu.." Keluhku dengan sedas sindiran. Danial Spark mencebik. Hannah dan Brianna ketawa. Seorang pelayan menghampiri kami bersama menu. Setelah memesan makanan dan minuman kami sambung berbual.

"Danial yang call semalam suruh kitorang tunggu sini, lunch sama sebab dia kata nak bawa kau sekali. Dia cakap kau rindu kat kitorang.." Brianna senyum semanis selalu. Aku memandang Danial Spark.

"Macam mana dia dapat number kau?" Perhatianku berpusat lagi pada Brianna.

"Err, dalam contact kau?" Balas Brianna seolah-olah binggung.

"Handphone aku ada passwordlah. Aku sendiri pun lupa password aku apa.." Balasku. Kedua rakanku ketawa.

"Takkan password sendiri pun lupa?" Hannah hairan. Memang lupa pun.

"Yelah. Sebelum dia sita phone aku, aku tukar password baru yang maha panjang. Sekarang aku tak ingat. Kau rasa aku kena beli phone baru ke?" Soalku pada Hannah. Aku lihat dia angkat bahu.

"Your password is 'ihatemylifeandihatethatmafia' how can you forget?" Sampuk Danial Spark. Aku cepat-cepat memandangnya. Hannah dan Brianna tidak menunggu masa yang lama untuk terbahak-bahak sehingga beberapa pasang mata di restoran itu memandang ke arah kami. Mungkin rasa terganggu.

"How did you know?" Aku pandang dia. Yelah, memang betul itu password aku. Masa tu aku tengah emo sebab kena tinggal dengan dia.

"You may not know one thing about me. I'm a professional hacker.." Dia mengenyitkan sebelah matanya. Aku menampar lengannya kuat. Mati-mati aku ingat phone aku selamat. Nasib baik tiada benda pelik disitu.

"How dare you!" Marahku.

"Kenapa? Takut boyfriend awak call?" Dia mengujiku.

"Saya mana ada boyfriend!"

"Habis yang depan ni siapa?" Dia maksudkan dirinya sendiri? Perasan punya mafia!

"Tak malu.." Aku mencebik.

"Bri, i think she's got jealous masa awak call tadi.." Adu Danial Spark. Brianna ketawa. Aku mencubit Danial Spark sehingga dia mengaduh kesakitan.

"I knew it! Aku sengaja buat macam tu supaya kau sedar yang kau sayang dia.." Brianna tersengih menang sebelum berhigh five dengan Danial Spark. Hannah ketawa. Aku menggeleng. Sejak bila Danial Spark se'casual ini?

"I'm not jealous okay?" Aku membela diri. Not jealous sangat. Macam tak yakin je nak cakap macam tu.

"You're not?" Soal Brianna menduga. Aku mengganguk.

"Well see.." Balas Danial Spark. Aku mencubitnya. Ada idea lainlah tu nak kenakan aku! Dasar penjahat.

"Don't even think about it!" Ugutku.

"Why? Say you love me then.." Dia mendekatkan wajahnya padaku. Aku menolak pipinya. Hannah dan Brianna sudah senyum penuh makna. Wajahku merona. Sengaja betul nak kenakan aku.

"Stay away.." Aku menolak badannya yang sudah mula mengasakku. Gila! Ini tempat awam! Betul-betul tak malu.

"Not until you say it.." Dia pula mengugut. Aku merengus geram.

"Fine! I love you.." Aku mengalah. Kedua rakanku itu sudah ketawa.

"Good girl.." Rambutku diusap. Aku pandang sekeliling. Ada yang senyum memandang kami. Senyuman itu aku balas sebelum tunduk. Malu betul.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now