Selesai membersihkan diri aku kembali ke bilik sambil menyanyi kecil. Aku hairan sebaik sahaja langsir tingkap yang sememangnya terbuka kini terjuntai menutupi tingkap. Baru sahaja aku mahu melangkah ke tingkap, aku menangkap bayangan orang di katilku. Aku menjerit terkejut. Lelaki bertali leher biru itu senyum sinis memandangku yang menekup badan menggunakan kain langsir.
"Who are you? Macam mana kau boleh masuk sini?" Soalku kerana setahu ku setiap pintu dan tingkap rumah berkunci.
"Is that how you treat your guest Miss Caravalho?" Katanya sambil bangkit dan melangkah perlahan-lahan mendekatiku. Aku berundur. Tangan ku mengapai apa sahaja yang ada di meja untuk dijadikan senjata. Aku acukan kepadanya. Majalah? Apa ni? Aku lihat lelaki itu ketawa.
"You are so funny.." Lelaki berkepala botak itu memandangku sebelum mengeluarkan pistolnya. Aku mengigit bibir. Kenapa aku menjadi sasaran bunuh pula sekarang ini?
"Who are you?"
"My name is Button. A professional assassin. Someone hired me to kill you if you don't come with me.." Lelaki bernama Button itu bersuara lagi. Button? Code name ke apa ni? Pelik bunyinya!
"Oh, okay Button tolong bagitahu Danial Spark, saya tak akan balik ke sana.." Bantahku. Sampai hati Danial Spark hantar orang untuk membunuh aku. Si Button ni pun menyeramkan. Kepalanya botak dan berparut di mana-mana. Ugh!
"Aku tak peduli apa yang terjadi antara kau dan Danial Spark tapi boss aku nak kau ikut aku sekarang dan yang pasti aku bukan bekerja untuk Danial Spark!" Suaranya berubah keras. Aku telan liur. Orang mana pula ni? Rasa berdosa menuduh Danial Spark.
"Boss kau siapa?"
"Seth Cruz.."
Pang! Kaca ditingkap ku berkecai. Aku menjerit sebelum satu lengan menyambar badanku. Kedengaran bunyi tembakan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Aku tidak dapat melihat dengan jelas.
"Chelsea!" Suara itu aku kenal. Ben? Dia ke yang masuk ikut tingkap tadi? Hancurlah rumah Madam Jillian. Dia menarik lengan ku sebelum berpegang pada tali.
"Hold me tighter!" Katanya sebelum aku memeluknya erat. Dia sudah membawaku turun. Secepat itu? Ini movie Mission Impossible ke? Dah macam Ethan Hunt sahaja lagaknya.
"Go! Go!" Suara lain kedengaran. Aku di angkat masuk ke kereta sebelum pemandu itu meluncur laju. Tidak lama kemudian ada beberapa kereta mengejar dari belakang. Aku sudah ketakutan.
"Faster Arrow!" Bentak Ben.
"I'm trying boss!" Lelaki yang bernama Arrow itu menekan pedal minyak. Dua orang lagi melepaskan tembakan ke luar tingkap.
"How did you find me?" Soalku pada Ben. Dia tidak bersuara sebaliknya membuka jaket kulit bewarna coklat yang tersarung di badannya dan membaluti tubuhku yang hanya bertuala. Dia menundukkan kepalaku.
"Shit!" Arrow menyumpah sebaik sahaja kereta kuning disebelah menyaingi kami. Ben menundukkan badanku lalu membalas tembakan tadi.
"Come on man!" Marah lelaki disebelahnya. Aku tidak tahu siapa namanya. Bunyi tembakkan tiada hentinya. Nasib baik kereta ini kalis peluru. Tangan Ben masih lagi di belakang leherku. Sebelah pula merangkul pinggangku.
"Guys, we need help!" Lelaki di sebelah Ben bercakap di telefon bimbit. Tidak lama tiga buah kereta meluncur dari arah depan melawan arus diserai tembakan. Aku dengar Arrow ketawa. Aku menjerit kecil. Tidak menyangka akan menjadi sebahagian dari watak extra ini. Peristiwa ini sangat menakutkan.
"We safe.." Ben menarik nafas lega sebaik sahaja kereta kuning itu berundur laju. Dia menarikku dan membetulkan jacketnya yang masih tersarung di badanku. Aku juga turut membetulkan rambutku.
"Ben.." Panggilku. Dia memandangku.
"Please don't send me back to Danial Spark.." Rayuku yang masih mencengkam bajunya. Dia kelihatan serba salah. Rangkulan di pinggangku dia lepaskan.
"Okay. I'm not sending you back. Lets get you some clothes.." Dia menyuruh Arrow memberhentikan kereta di hadapan sebuah kedai pakaian. Tiga buah kereta yang baru muncul tadi turut berhenti disitu. Masing-masing keluar membawa senapang berjaga di kawasan kedai itu. Orang awan yang kebetulan berada di situ lari lintang pukang. Aku dibawa masuk.
"Carilah apa yang sesuai.." Kata Ben. Aku memilih sehelai dress putih paras lutut dan juga pakaian dalam sebelum menghilang ke dalam bilik persalinan. Rambutku yang masih basah aku ikat messy bun.
"Ben.." Panggilku. Aku tahu dia diluar bilik.
"Hmm?" Sahutnya.
"How did you find me?" Soalan tadi ku bangkitkan semula. Dress tadi aku kenakan.
"Secara tak sengaja. Kami berpecah. Semua tempat kami pergi. Owen lead the other team and i lead my team. Mungkin saya bernasib baik sebab tuju tempat yang betul.." Katanya. Aku menyandarkan badanku ke pintu.
"I'm so glad that i found you. I'm sorry that i couldn't keep you safe.." Sambungnya. Aku masih diam. Kenapa dia yang harus meminta maaf. Adakah aku telah menyusahkan nya?
"No, I'm sorry if I get you in trouble.." Kataku. Dia diam.
"You done?" Soalnya setelah beberapa detik sunyi.
"Who is Seth Cruz by the way?" Aku tidak ada tanda-tanda mahu keluar dari bilik persalinan. Perasaan ku berkecamuk.
"Kawan lama boss.."
"Yang dia ceritakan dulu?" Aku teringat sesuatu. Rasanya Danial Spark pernah menceritakan kisah lamanya.
"Ya. Ada kisah hitam dalam persahabatan tu dan membawa dendam hingga ke sekarang.."
"Barang yang Danial Spark maksudkan hari tu?" Aku masih ingin mengorek rahsia.
"Seth Cruz pernah masuk kawasan kami dan berurus niaga jual beli dadah dengan geng lain. Dadah tu boss rampas dan jual ke Thailand. Seth Cruz nak dadah bernilai empat puluh juta tu ada kat tangan dia semula.."
"Kenapa Danial Spark tak bagi empat puluh juta? Dia kan kaya?" Aku ketawa sinis. Rasanya nilai empat puluh juta tu celah kuku Danial Spark sahaja.
"Seth Cruz bukan jenis orang yang akan berpuas hati macam tu je kalau dia dah dapat empat puluh juta tu balik. Dia tetap akan bunuh boss atas dendam lamanya dan bunuh awak sekali sebab dia tahu awak istimewa untuk boss.." Aku diam mendengar penjelasan dari Ben. Perlahan-lahan aku bangkit dan melangkah keluar.
"Satu lagi, maafkan boss saya atas kejadian sebelum awak melarikan diri hari tu. Lelaki tu yang selongkar aparment awak. Lelaki tu orang suruhan Seth Cruz.." Dia memandangku. Aku telan liur. Tidak tahu mahu balas apa.
"Sini.." Ben mengangkat ku. Aku terkejut dengan tindakannya.
"Turunkan saya.." Aku menolak badannya.
"Awak tak ada alas kaki. Nanti kalau apa-apa jadi, awak terluka ke saya yang kena bunuh.." Bisik Ben tegas. Aku diam. Dia mengendongku keluar dari kedai pakaian tersebut sebelum memasukkan aku ke dalam sebuah kereta bercermin gelap kereta yang berbeza dari yang tadi .
"Where did you take me?" Aku menarik lengannya sebelum dia berlalu.
"Balik jumpa boss.."
"You've promised me Ben! Awak tak akan hantar saya balik ke sana!" Aku bersuara keras.
"Memang bukan saya yang hantar tapi Cloud dan kawan-kawan lain. Dia dan tiga buah kereta ni akan bawa awak ke sana.." Dia mengukir senyum paksa. Aku melopong.
"Awak tipu saya.." Tubir mataku mula mengeluarkan cecair. Hujung bajunya aku tarik sebelum seorang lagi pengikutnya melepaskan genggaman tanganku. Selepas kereta yang aku naiki bergerak meninggalkan tempat itu mataku masih lagi tidak lepas memandang Ben. Air mataku aku seka. Aku masih lagi menoleh ke belakang melalui cermin.
"Cik.." Lelaki itu menghulurkan sekotak tisu kepadaku namun aku hanya menjeling.
"No? Okay.." Katanya perlahan. Aku menyandarkan kepalaku ke kerusi. Sampai hati Ben. Bila difikirkan semula, aku tidak boleh menyalahkannya memandangkan Danial Spark yang berkuasa kerana dia ketua. Ben hanya ikut arahan. Dan aku juga telah menyebabkan Ben ditimpa masalah. Nampaknya aku kembali lagi kepangkuan lelaki itu. Oh tidak! Pasrah la.
YOU ARE READING
KESAYANGAN ENCIK MAFIA
ActionSebut sahaja nama Danial Spark, orang akan terbayang wajah beku tanpa perasaan miliknya. Dia dijolok sebagai dewa kematian. Dia adalah dark devil. Tidak pernah ada khabar baik yang tersebar bila melibatkannya. Segalanya berubah sejak dia terlihat Ch...