BAB 18

15.9K 699 24
                                    

Pintu bilik pejabat yang baru sahaja dikunci dari luar itu aku ketuk dari dalam. Berharap salah seorang dari pengikut Danial Spark berubah fikiran dan membuka kembali pintu itu untukku. Tiadakah terselit sedikit rasa simpati di hati mereka untuk orang teraniaya seperti aku?

Oh, aku bukan mahu berdrama tapi tidak keterlaluan untuk aku katakan tindakan Danial Spark ini agak mementingkan diri sendiri. Bunyi deheman di belakang membuat aku kecut perut. Serta merta aku berpaling. Kelihatan wajah sugul tanpa perasaan milik lelaki itu merenungku. Bibirku aku gigit perlahan. Rasa takut dan marah bercampur baur. Takut memikirkan tindakan apa yang bakal Danial Spark lakukan padaku nanti dan marah memikirkan bagaimana dia begitu mudah menjejaki tempat persembunyianku. Yelah tu berpecah bak kata Ben, entah-entah memang dirancang. Tidak ada lagi ke tempat yang aman bagiku di negara ini? Ah, aku lupa. Dia yang berkuasa disini. Lagipun dia tahu aku tiada siapa-siapa untuk berlindung selain dari Brianna dan Hannah atau Madam Jillian. Oh ya, apa agak reaksi Madam Jillian nanti jika mendapati tingkat atas rumahnya hancur? Aku kembali mengetuk pintu tanpa memperdulikannya. Sekali-sekala tombol pintu itu aku pulas.

Danial Spark bangkit dari kerusi dan berjalan ke arahku. Aku berundur perlahan walaupun aku tahu dibelakangku sudah tiada ruang untuk melarikan diri. Aku mengetuk kembali pintu tadi walaupun aku tahu pintu itu tidak akan dibuka. Aku menoleh, tangannya seperti biasa, santai menyeluk saku. Aku sudah terketar. Dia mengeluarkan dua pucuk pistol dari poketnya. Aku memejamkan mata. Bersedia sekiranya lelaki itu mahu menamatkan riwayatku hari ini. Selamat tinggal novel-novelku. Selamat tinggal Hannah dan Brianna. Sebaik sahaja terasa ada jemari mengelus rambutku, aku mendongak. Ternyata sangkaanku meleset. Pistol yang tadi ditangannya hilang entah ke mana. Danial Spark buat persembahan magik ke?

"I've put that gun away. I know that scared you. Please don't be afraid of me, love.." Bisiknya sambil menarik aku ke pelukan. Aku kaku membiarkan tangan itu mengelus rambutku sementara sebelah lagi sudah melingkar di pinggangku. Pelukannya ku biar sepi tidak berbalas. Semakin lama semakin erat. Aku biarkan.

Mahu menolak, takut juga bila memikirkan jika Danial Spark bertindak kasar padaku. Walau dia belum pernah sekali pun mengasariku. Selama ini aku begitu tabik dengan sikapnya yang aku anggap sangat penyayang.

"Let me go.." Kataku separuh berbisik. Aku tahu itu cukup jelas di pendengarannya. Dia menghentikan perbuatannya serta-merta. Pandangannya menikam anak mataku sayu.

"I'm sorry dear love. I can't. You have to stay with me okay? I promise i'm not gonna hurt anybody as long as you stay with me. I can't live without you. Just stay with me. I'm begging you Chelsea.." Dia merayu sambil perlahan-lahan melutut dihadapanku. Tidak menyangka bahawa raja dunia gelap itu sanggup merendahkan egonya untukku. Aku diam. Kepalanya disandar pada perutku. Gila ke apa Danial Spark ni?

"What are you doing?" Soalku hairan. "Stay away, i'm not your pregnant wife or something.." Aku menolak kepalanya. Terbit senyuman dari hujung bibirnya.

"Okay but promise you will never run away from me again.." Soalnya mendongak mengharapkan jawapan dariku. Aku malas bertekak. Tanpa berfikir panjang aku mengangguk.

"Fine. Tapi kena janji jangan bunuh atau pukul orang lagi.." Aku cuba untuk 'bernegosasi' dengannya. Sempat juga aku kagum dengan keberanianku memberi cadangan.

"Yang tu saya tak boleh janji sebab itu memang kerja saya tapi i promise i won't kill or hurt anybody in front of you. Tapi kalau orang tu cuba menyakiti awak or lay a finger on you i will hunt and kill them no matter what or where. Because you're under my protection. I will die for you!" Ujarnya sambil bangkit menghadapku. Aku diam kemudian mengangguk perlahan.

"Okay Mr Spark.." Balasku singkat. Dia senyum dan menarik aku kembali ke pelukannya. Entah kenapa setiap kali mendengar degupan jantung itu aku rasa selamat. Bunyi nafasnya seperti symphony yang sangat menenangkan. What happen to me? Tadi beria-ria tak nak balik sini. Sekarang kena peluk sikit dah cair.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now