BAB 13

16.2K 673 8
                                    

Sampai sahaja di rumah aku terus duduk di sofa. Kepalaku semakin pening. Dari pagi aku memang tidak sedap badan namun aku gagahkan diri ke kolej memandangkan aku ada ujian hari ini. Sepanjang hari di kolej aku sudah tidak bermaya. Aku menggosok hidungku. Achoo! Aku bersin lagi. Mataku ku pejam rapat. Berharap rasa sakit yang mencucuk itu berkurangan. Di kereta sahaja sudah berapa kali aku bersin. Nasib baik Ben yang ditugaskan menjemputku tidak cerewet. Yelah, takut berjangkit. Buatnya dia yang selesema, teruk lah. Ben banyak berceloteh bercerita macam-macam hal padaku namun kepalaku terlalu sakit untuk memperdulikan nya.

"You home love?" Suara Danial Spark membuat aku berpaling. Dia memakai baju sejuk hijau lumut dan berseluar panjang warna maroon. Baru kali ini dia berpakaian santai. Aku mengangguk tidak larat menjawab. Dia menghampiri ku.

Achoo! Aku bersin lagi. Kali ini aku menekup wajahku malu. Tidak sengaja terbersin di hadapannya. Aku tidak pernah nampak dia bersin atau batuk. Jangan-jangan kentut pun tidak pernah. Is he even human?

"Look at me.." Dia sentuh dahiku. Wajahnya berubah. Pantas dia berlalu ke dapur dan membawa sepapan ubat selesema dan juga secawan air.

"What are you doing?" Soalku bila dia melekapkan cool fever di dahiku. Rasa macam budak kecil pula dia perlakukan begitu.

"Makan ubat okay? Awak deman. Lepas ni kita pergi hospital.." Arahnya. Aku menggeleng. Demam sikit terus pergi hospital? Buang masa doktor dan jururawat sahaja. Masih banyak yang sakit parah perlukan khidmat mereka.

"Jangan degil please.."

"Tak apa. Sikit je ni. Lepas makan ubat ni sihatlah. Selesema je pun.. " Aku membantah.

"Baby, please!"

"Mr Spark, i'm fine. Saya dah biasalah. Setakat demam ni apalah sangat.. " Aku senyum. Ubat selesema yang dia hulurkan aku telan bersama seteguk air.

"I don't know how you survive by yourself selama ni.. " Keluhnya. Aku ketawa kecil. Macamlah aku baru keluar dari kem tawanan Zombie. Apa nak hairan?

"Because i'm strong and independent.. " Aku menunjukkan muscleku yang memang sekeping. Dia ketawa. Rambutku digosok.

"Jom saya hantar naik bilik. Kejap lagi saya call doktor.. " Dia membantu ku bangun walaupun sebenarnya tulangku masih kuat.

"Saya boleh jalan sendiri.. " Kataku mendahului langkahnya menaiki anak tangga. Sampai di atas, entah bagaimana kakiku tersadung. Cepat sahaja tangannya memaut pinggangku. Dia mengosok belakang ku.

"You're safe baby. I got you. It's okay.. Shhh.." Dia meredakan kesal dihatiku. Aku diam. Dia membuka pintu bilik dan memimpin ku masuk.

"Baring ya? I'll cook something for you.. " Dahiku dikucup. Kelibatnya aku hantar dengan ekor mata. Danial Spark melayanku dengan baik. Aku takut pada layanan itu. Aku takut terbuai dengan rasa bahagia yang dia kongsikan bersama denganku. Aku takut kecewa. Maksud aku, aku takut salah tafsir pada layanannya. Setelah semua ini selesai, pasti aku dihantar kembali ke apartment dan menjalani hidup seperti biasa. Tiada lagi dia. Tiada lagi semua ini.

Sejak beberapa hari ini, perasaan ku sering tidak keruan melihatnya. Setiap kali mata kami bertentangan, aku seakan-akan lupa pada dunia sekeliling. Aku takut jatuh cinta padanya. Semua ciri-ciri yang aku idamkan ada padanya. Itulah yang membuat hati ku tidak tenang. Dia dan aku jauh berbeza. Mendampingi orang seperti dia sangat mustahil. Aku bagaikan tanah manakala dia langit yang indah. Sulit untuk digapai.

Semenjak tinggal disini, apa sahaja dia lakukan untukku. Apa sahaja kemahuan ku dia tunaikan. Aku sendiri binggung dengan sikapnya yang terkadang melebihkan aku dari semua hal. Oh, tolonglah! Aku tidak boleh jatuh cinta pada mafia ini.

KESAYANGAN ENCIK MAFIAWhere stories live. Discover now