11

7.3K 667 25
                                    

(author p.o.v)

Aurora park termenung memandang siling bilik jungkook. Jam baru menunjukkan pukul 612 pagi namun dia sudah terjaga.

Lama dia pandang siling,

Malam tadi, malam di mana dia dan jungkook hanyut dalam sebuah permainan yang membawa hubungan mereka berdua bergerak semakin jauh.

Dia sendiri tak dapat kawal nafsu dan mengiyakan sahaja perbuatan jungkook, bila dah terjaga pagi ini nak menyesal pun tak boleh. Dia cuba bergerak sedikit, rasa sakit dan pedih di bahagian bawah.

Dia betulkan selimut yang menutup dua kujur tubuh itu kemudian pusingkan kepala pandang lelaki yang masih nyenyak di sebelahnya.

Rasa sayang dan cinta terbit tiba-tiba. Perlahan-lahan dia tersenyum, comel pula rasa.

Lama dia pandang dan akhirnya memutuskan untuk berpusing tubuh menghadap jungkook. Wajah lelaki kacak itu dipandang lagi. Tangan kanan halus miliknya diangkat dan diletakkan ke wajah jungkook.

Perlahan-lahan anggota wajah jungkook menjadi permainan aurora. Jari telunjuknya digerak-gerakkan dari hidung kemudian ke bibir, lalu ke mata. Suka pula dia.

Berkerut wajah lelaki dihadapannya itu menahan geli. Mata yang tadinya tertutup kelihatan terbuka sedikit,

"gatal eh tangan. " suara serak dan garau itu keluar. Perlahan sahaja, hanya dia dan aurora yang dapat dengar.

"tidur la dulu." jari telunjuk aurora sekali lagi bermain di mata jungkook, memaksa agar mata itu tertutup lagi. Malu sebenarnya.

Aktiviti aurora tadi terhenti. Baru dia teringat,

Sekolah.

Cepat dia bangun,

"aww! " terjerit dia menahan sakit.

Jungkook yang baru sahaja ingin terlelap, bangun secara mengejut.

"gwenchana ?"

"sakit. " aurora balas sepatah.

"nak pergi mana ?" jungkook soal perlahan.

"sekolah. " balas aurora sepatah lagi.

"no, hari ni ambil cuti." tegas jungkook bersuara. Bukan dia tak tahu, dia tahu aurora ngilu.

"tapi, "

"ani, biar aku yang pergi sekolah. Kau duduk rumah diam-diam. Aku nak teman, tak boleh. Nanti cikgu-cikgu pula perasan. " rambut diserabutkan, malas betul dia. Dia tak datang seminggu pun dah dipanggil ke bilik pengetua, dah macam pelajar. Salah dia juga sebenarnya, tak datang mengejut.

Aurora angguk, mengalah dengan jungkook.

"pergi la mandi, dah nak pukul 7." aurora kembali ingin baring namun ditahan oleh jungkook,

"eh, aku larang kau sekolah bukan semestinya kau tak mandi. Sini."

+++

(aurora p.o.v)

God, dah hampir sejam aku duduk atas sofa ni. Aku nak bergerak kemana-mana, sakit dia tu pergh.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now