39

5.6K 477 59
                                    

(Aurora p.o.v)

Pejam celik, pejam celik, lagi lebih kurang empat minggu nak hadap final exam dan tunggu result,

Kalau result okay dan jungkook benarkan, aku fikir nak sambung belajar, kalau result pun tahap jadi maid je baik aku duk rumah.

Senang rupanya ada suami ni, terjaga hidup aku.

Lamunan aku terhenti mendengar bunyi kerusi di tarik. Jungkook. Baru lepas berenang, ye aku duduk kat kerusi tepi kolam sekarang.

"Awak lapar ?" Aku ajukan soalan typical bini baik.

"Lapar tapi tak payah masak." Aku jongket kening, habis tu dia nak makan apa ? Makan sisa pagi tadi ?

Tau mungkin aku tak faham, dia sambung "kita makan kat luar la sayang."

Ooooo baru aku faham.

"Arasseo seonsaengnim." Sakat aku sedikit. Dia hanya senyum, eh aku fikir dia nak gelak.

"Oh lagi satu, lepas makan nanti balik kita belajar kimia."

HAIS INI YANG AKU TAK SUKA NI! Boleh dikatakan setiap hari aku hadap kimia, tapi ada bagusnya juga sebab aku dah makin bijak hehe.

Bila dia tanya aku soalan kat kelas, confident aku bangun jawab soalan tu and guess what ? My answer is always right.

Rupanya kimia ni best, lagi-lagi bila ada eksperimen. Part tak best tu yang kena hafal formula je.

+++

(Author p.o.v)

Satu hentakan meja menarik perhatian orang sekeliling,

"Ni semua sebab kau! Waktu aku sibuk jauhkan aurora dari dia, kau buat apa ? Kau duduk diam kan ? Ha sekarang kau nak salahkan aku pula ?!" Tak habis dengan meja, dia menengking.

"Kau yang bodoh, kau fikir dengan ajak aurora pergi rempit macam tu mampu buat dia bercerai ? Tch." Wanita itu mendecit sinis.

Daniel kembali duduk, malas hendak bertekak dan menarik perhatian orang di sekeliling.

"Habis tu apa plan kau ?" Suara kembali diturunkan.

"Kau tanya aku apa plan aku ? Eh kau la yang fikir." Laura silang tangan ke dada. Daniel ketap bibir geram, betul-betul geram dengan wanita yang duduk di hadapannya itu.

Nak je dia tampar tapi apa pula orang kata nanti, tak pasal-pasal heboh satu cafe dengan kes lelaki dayus.

"Aku busy dengan final exam aku. Kau pepandai la." Kerusi tertolak ke belakang, daniel bangun.

"Amboi, budak tak guna macam kau ni pun pentingkan exam ?" Sindiran keluar lagi,

"Well at least kalau aku tak dapat aurora, aku boleh sambung belajar cari perempuan kat universiti nanti, kau ? Kau dah bekerjaya pun masih terhegeh kat suami orang. Tak malu."

Kena dengan batang hidung laura, sentap.

+++

"Awak~~ saya dah penat la. Tidur jom ?" Lengan jungkook digoncang. Memang dari tadi mulut tak berhenti menguap.

"Baru cadang nak bagi soalan lagi, dah penat ?" Jungkook pandang wajah aurora, menyoal manja gadis itu.

"Hm." Aurora menguap lagi.

"Eh tutup mulut la, tak senonoh betul isteri orang ni." Hidung aurora dicuit.

"Ala depan awak je saya gini, dengan orang saya senonoh la. Kenapa ? Tak suka ke ?" Kening dijongket.

"Mana ada la sayang. Dah kemas cepat lepastu naik tidur." Arah lelaki itu, dia dah sedia bangun.

Bukan main gembira aurora dengar greenlight itu. Cepat tangan buat kerja, kemas apa yang patut. Lagipun esok kena bangun awal juga, kenapa ? Sebab sekolah la.

"Awak, kalau saya gagal chemistry final exam nanti kan, awak marah tak ?" Soalan itu tiba-tiba keluar. Aurora kini berdiri, bersedia untuk naik ke atas.

Jungkook yang tadi fokus dengan telefon kini alihkan pandangan ke gadis itu.

Nice question.

Dan jungkook angguk, laju dia angguk.

"Marah macam mana tu ? Sampai tahap nak cerai tak ?" Pinggang jungkook diraih, mereka berdua pilih untuk naik menggunakan tangga.

"Maybe.." jungkook sengaja membuat aurora cuak, dia tundukkan kepala pandang aurora yang berjalan seiringan dan memang betul, muka aurora berubah cuak.

"Gagal chemistry buat awak nak ceraikan saya ? Tergamak betul." Bibir mungil itu mencebik, manja betul.

"Tak ada la sayang, tapi aku tak nak kau gagal." Dalam masa ingin bersayang, amaran turut dikeluarkan.

"Ish yela." Aurora menjawab kasar.

"Hah marah ? Marah lagi aku kalau kau tak dapat score."

Ayat jungkook aurora endah, tiba di bilik dia terus menuju ke katil. Biarkan jejaka itu terkebil-kebil melihat tingkah lakunya.

+++

"Aurora! Tunggu kejap!" Laungan dari belakang menghentikan langkah aurora yang sedang berjalan menuju ke padang. Baru siap salin baju dan sekarang nak bersukan pula.

Tersungging senyuman nipis di wajah aurora melihat gerangan yang memanggil.

"Ah daniel shi ? Waeyo ?" Lembut aurora bertanya. Dia fikir daniel marah disebabkan tindakannya menolak semua pelawaan ingin mengikuti aktiviti lumba motor tapi hatinya lega apabila melihat daniel yang datang sendiri kepadanya.

"Hari ni birthday saya, malam nanti awak datang rumah okay ? Omma ada buat majlis dan celebrate." Sehelai kertas dihulur dan disambut hairan oleh aurora. Dia baca sekejap tajuk kertas itu.

Jemputan majlis.

"Ah arasseo. Nanti saya datang." Lembut jawapan aurora bersetuju dengan jemputan itu.

Daniel senyum dan pusing, baru sahaja dia nak jalan menjarakkan diri dari aurora, aurora seru lagi namanya.

"Seingil chukka hamnida, daniel shi [happy birthday, daniel]" ucapan itu keluar ramah.

Daniel senyum dan angguk.

Tapi senyuman manis itu tidak bertahan lama apabila dia berpusing. Pusing sahaja, automatik senyuman manis tadi bertukar sinis.

'Thank you for the wish aurora park. But unfortunately its not my party girl, it yours.'

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now