56

4.9K 518 35
                                    

(Author p.o.v)

Kaku, tiga pasang kaki yang tadinya ingin melangkah keluar berhenti secara drastik.

Dengan terpaksa aurora, jungkook dan laura memusingkan badan.

Kang daniel dapat mereka.

"Nak pergi mana ?" Soal lelaki itu tenang.

Tiada jawapan. Laura telan air liur, cuak dengan daniel. Kalau daniel tahu yang dia nak betray semata-mata sebab jungkook, memang mati dia kena bunuh.

"Er.." laura pandang jungkook mengharapkan jawapan namun jungkook sendiri angkat bahu.

"Aku tanya, kau nak bawa diorang pergi mana ? Jawab!" Daniel melenting, terhinjut bahu laura. Takut yang dia rasakan, memang tuhan sahaja yang tahu.

"Kau nak lepaskan diorang ?" Dari tadi hanya soalan yang diajukan, namun tiada jawapan yang diberi.

Daniel melangkah ke arah laura dengan muka selamba,

"Jawab, laura kim."

Gulp.

Tiada jawapan.

Pang!

Satu tamparan hinggap di wajah cantik wanita itu. Terkedu aurora dibuatnya, sampai macam tu sekali ? Kalau diikutkan dengan bunyi tamparan yang memang kuat, mesti rasa sakitnya juga kuat.

Tangan laura naik ke wajah, pedih.

"Berani kau tampar aku ?" Bergetar-getar suara itu. Sungguh, dia tak terima.

"Benda senang kan ? Aku tanya, kau kena jawab. Kau ada jawab ?" Nada suara daniel seperti mengejek, suka dia lepaskan geram dengan tamparan tadi.

"Kau nak aku jawab ? Ya, ya kang daniel. Aku memang nak lepaskan diorang dua. Aku nak kawin dengan jungkook, aku tak nak ikut kau lagi."

Mendengar jawapan itu, daniel ketap bibir. Wajah selamba dan seakan mengejek tadi bertukar drastik. Marah.

"Kau ikut aku." Lantas tangan laura ditarik kasar.

Dalam diam, jungkook tersengih sinis.

"John! Bawa aurora dengan jungkook." Kali ini daniel mengarah dan automatik seseorang bertubuh besar bergerak ke belakang mereka berdua. Mengarah untuk berjalan.

Jungkook dan aurora tidak dibawa ke bilik sebelum ini sebaliknya mereka berdua dibawa bersama dengan daniel dan laura ke dalam sebuah bilik yang agak besar. Entah macam mana bilik besar ni boleh dibentuk dalam rumah laura.

"Lepaskan aku la!" Sedaya upaya laura cuba untuk melepaskan cengkaman tangan daniel tapi sia-sia kerana terlalu payah.

"Kau nak khianat aku ? Kau tak nak ikut aku lagi ?" Tubuh laura ditolak kasar menyebabkan dia jatuh tersungkur. Berbirat lutut dan tapak tangannya.

aurora dan jungkook hanya menjadi pemerhati di belakang.

"Kau tak guna laura."

Sejurus selepas itu sepucuk pistol dikeluarkan dari kocek seluar. Membuntang besar mata aurora dan jungkook. Laura pun sama, menangis teresak-esak.

Jungkook langsung tak expect yang kejadian itu akan berlaku. Kiranya hanya bergaduh dan dia akan ambil kesempatan. Tapi ini dah teruk.

"Yah kang daniel! Michinnya ?!" Jungkook menjerit dari belakang,

Daniel pusing,

"Nae, kau fikir senang-senang orang nak berurusan dengan aku ? Kau tunggu sebab lepas aku bunuh perempuan penghianat ni, aku bunuh kau pula." Daniel senyum kemenangan.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now