34

5.4K 501 34
                                    

(Jungkook p.o.v)

Aku berjalan di koridor menuju ke tandas guru lelaki, jangan tanya nak buat apa. Nak basuh tangan je, dakwat pen tadi cair habis meleleh ke tangan.

Baru aku nak melangkah masuk, satu sosok yang berdiri membelakangkan aku menarik perhatian ,macam kenal.

Tinggi, badan maintain dan,

Rambut hitam kecoklatan.

Dia ke ?!

"Hagsaeng kat sana berhenti!" Aku terjah kuat, dia nampak kaku. Perlahan-lahan aku melangkah,

"Jungkook!" Panggilan itu menghentikan langkah aku. Toleh belakang, laura.

Pandang depan balik, pelajar tadi dah takda. Hilang! Shit terlepas,

Tapi aku tak pusing fikirkan, aku kembali pandang laura.

"What ?"

"Buat apa kat sini ? No class ?" Aish soalan dia ni, nak kata stupid tapi dia cikgu kan ? Aku lirikkan mata ke tandas dan dia angguk faham.

"Ah mianhae." Aku senyum sahaja. Makin manis pula ini yeoja pft.

"Ada apa cari aku ?"

"Saya nak ajak pergi beli barang untuk next public speaking competition memandangkan sekolah kita menang haritu. Dah minta excuse kat pengetua tadi. Awak pun tak ada kelas kan ?" Ini yang aku malas ni, aku tak ada kelas boleh la rehat sikit, bukan nak keluar. Em nak tolak, dia tayang muka berharap. Tak sampai hati pula.

"Bila nak pergi ?" Soalku sambil itu masuk ke dalam tandas, basuh tangan. Dia berdiri kat pintu.

"Em sekarang ?"

Aku angguk, iyakan je la.

"Okay sekejap saya ambil kunci kereta kat meja, pakai kereta saya tapi awak drive, okay ?" Aku angguk lagi. Betul-betul jadi kuli aku hari ni.

+++

(Author p.o.v)

Restoran china menjadi pilihan laura selepas berjaya pujuk jungkook tadi, barang-barang semua dah beli tadi. Fikirkan nak balik sekolah dah, rupanya tak. Sibuk singgah nak makan.

"Ala jangan la payung muka masam, kita nak makan ni kan ?" Lengan jungkook diraih dan dipeluk erat, jungkook biar. Malas hendak bertekak.

"Pelajar sekolah dah nak balik, cepat la makan. Aku tak nak." Mendatar suara jungkook bercakap.

"Apa kaitan pelajar balik rumah dengan awak ?" Laura tahu, tapi sengaja dia ajukan soalan sebegitu, nak tengok reaksi jungkook dan jelas air muka lelaki kacak itu berubah. Kelat.

"Sebab aku pun sepatutnya balik pada jam yang sama, kau je lambatkan aku." Jawapan pedas dia bagi. Kali ini laura yang berubah muka, masam mencuka.

"Yela tak payah la makan, jom balik." Tangan jungkook ditarik paksa keluar. Jungkook ikut sahaja, dia kesah apa ?

Kedua-duanya masuk ke dalam kereta, jungkook ke bahagian pemandu dan laura ke bahagian penumpang bersebelahan pemandu. Tali keledar di pasang dan pemanduan jungkook bermula menuju ke sekolah.

"Awak teman saya hari ni kat rumah kan ?"

"Tak, bagi aku masa." Laju jungkook geleng. Bodyguard untuk aurora pun dia tak dapat lagi, gila nak tinggalkan ?

"Masa sampai bila ? Kalau saya mati malam nanti macam mana ?" Suara wanita itu bertukar nada, rendah. Sengaja menarik perhatian jungkook.

"Laura tolong jangan buat aku serba salah boleh ? Takkan aku nak tinggal dengan kau selalu ? Isteri aku kat rumah macam mana ?" Tak bertapis ayat jungkook, semua dia keluarkan jujur. Mata pula tak beralih dari pandang jalan raya.

Wanita itu diam tak membalas. Suasana pula sunyi sampai kereta tiba di sekolah. Tepat waktu habis pembelajaran, semua pelajar dah berpusu-pusu keluar dari blok bangunan kelas masing-masing.

"Jungkook tunggu." Baru jungkook nak naik ke bilik guru, namanya di seru lagi. Nafas dilepas,

"Apa lagi ?" Tangan diseluk ke dalam poket. Berkerut dahinya melihat laura yang meluru sahaja ke arah dia berdiri.

Tanpa amaran bibirnya dicium sekilas,

"Yah! Kau dah gila ke ?" Membulat besar mata jungkook. Dia perhati sekeliling, ramai pelajar yang berhenti dan melihat adegan tadi.

Tapi matanya terpaku pada sekujur tubuh yang berdiri tidak jauh, yang juga sama berhenti melihat adegan laura tadi.

Dia aurora park.

Cepat dia berlari menuju ke bilik guru, nak ambil kunci kereta serta apa yang patut dibawa balik ke rumah.

+++

"Sayang.."

Dari tadi panggilannya tidak disahut. Padahal orang yang dipanggil ada di depan mata.

"Aurora.."

"Aurora park!" Terpaksa juga dia tinggikan suara apabila gadis itu buat pekak. Tapi tinggi macam mana pun, wajahnya langsung tak dipandang.

"Nak apa ?" Mendatar suaranya menyahut.

"Kenapa ? Marah sebab tadi ?" Jungkook mula mengagak. Dia tahu itu punca, sengaja ditanya lagi.

"Kena cium dengan kekasih, isteri mana je tak marah ?" Lepas keluarkan satu ayat itu, aurora menjauh, pergi ke bilik dan kunci pintu.

"Satu hal lagi kena pujuk."

Tbc

Makin hilang idea, ayat pun tahpape makin hambar je hahahah

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now