73

4.1K 480 184
                                    

(Aurora p.o.v)

Selepas tiga minggu aku tak berjumpa, hari ni dia muncul depan aku.

Jungkook.

Kenapa hari ni ? Kenapa mesti restoran yang sama ? Aku perhati langkah mereka berdua menuju ke meja yang hanya selang satu meja dari tempat aku.

Dekat. Diorang pilih tempat yang dekat dengan kedudukan aku. Nampak macam sengaja nak sakitkan hati.

Huh sakit hati ? Tak.

Muka jungkook kelihatan mendatar, tiada senyuman. Apabila pelayan mengambil pesanan, hanya ariana yang bercakap while jungkook ? Diam macam orang bisu.

Lama aku pandang dia sampai la dia balas pandangan aku.

Dia perasan, aku cepat-cepat larikan pandangan ke tempat lain.

"Err jongsuk ah, aku nak pergi toilet kejap." Aku meminta diri.

Kalau ikutkan hati aku nak je lari dari sini, tinggalkan tempat ni tapi aku kesiankan jongsuk. Dia dah susah payah pujuk plus bawa aku ke sini. Takkan senang-senang nak keluar ?

Wajah aurora park aku pandang melalui pantulan cermin . Kenapa aku tak boleh ? Dia takkesah pun pasal aku. Kenapa aku kena ingat dia ?

Paip aku buka dan aku basahkan wajah.

Betul cakap jongsuk, aku kena cuba mulakan hidup baru dan sekarang masa yang tepat. Aku mesti tunjukkan yang bukan dia seorang je boleh bahagia, aku pun boleh.

Lalu aku keluar dari tandas tapi langkah aku terhenti bila ada sekujur tubuh yang menghalang jalan aku.

Aku dongak,

Jeon jungkook.

Aku cuba bergerak ke kanan, dia pun bergerak ke kanan. Aku cuba ke kiri, dia pun gerak ke kiri.

"Heih, awak nak apa ?" Aku mengeluh berat.

Diam dan takda jawapan. Aku cuba nasib lagi untuk melepasi dia namun sama. Dia tak bagi aku jalan langsung.

"Patutlah tak balik kan ? Ada lelaki lain. Dasar murah."

Zzup!

Baru pertama kali aku dengar suara dia dan ayat pertama, ayat macam ni.

Jangan nangis aurora.

Jangan nangis,

Jangan

Ja— ah aku tak boleh. Aku nangis juga.

Aku kuatkan kudrat aku untuk pandang wajah sinis dia,

"Awak cakap apa ? Murah ?" Bergetar suara aku. Sebak dengan perangai lelaki yang dulunya sayang dan cintakan aku sekarang tukar jadi macam ni. Bertukar 360 darjah.

Dia jongket kening sambil senyum senget.

"Habis awak ? Duduk serumah dengan perempuan murah tu nak gelar apa ? Mahal ? Ha ?!" Aku menjerit di situ. Aku tak boleh kawal perasaan aku, sakit yang menjalar bukan main.

"At least ariana ada waktu aku susah, kau ? Tahu lari entah dengan jantan mana."

Lagi sekali. Suara perlahan namun ya tuhan intinya terlalu pedas.

"Mana awak tahu saya lari dengan jantan ?" Aku kesat air mata aku guna belakang tapak tangan.

"Tch." Dia mendengus.

" maksud awak jongsuk ? Jongsuk tu kawan saya, yang hibur saya waktu saya menangis sebab suami saya sendiri buang saya, yang hibur saya waktu saya susah nak ketawa. Sekurang-kurangnya dia ada dengan saya waktu anak saya gugur, awak ? Awak pergi mana ? Awak pergi dengan perempuan takguna tu." balas aku dalam. Dia nampak tak terkesan langsung dengan kata-kata aku. Riak wajah dia sama, tak berubah. Ketat.

"Enough aurora park. Stop acting, kau fikir aku tak tahu kau sengaja nak gugurkan kandungan kau sebab nak lari dengan jantan jongsuk tu ?"

"Sekarang aku tahu kenapa kau beria-ia nak sambung belajar. Sebab lee jong suk kan ?konon nak sambung belajar, padahal ?"

"Dulu aku bodoh sebab sayang kau lebih dari nyawa aku tapi takpe sebab sekarang aku dah sedar. And I'm fucking sure aurora park, im not in love with you anymore."

Dan dia berlalu pergi.

Lidah aku seolah-olah dipotong, kelu. Aku tak tahu nak balas apa. Aku hanya perhati belakang badan dia yang perlahan-lahan hilang dari pandangan aku.

Mana dia dapat fakta tu ? Aku—

Aku terduduk di situ.

'I'm not in love with you anymore.'

Betul ke ?

Kalau memang betul, sanggup ke aku ? Tiada senyuman yang terbit di wajah dia, tiada ayat manis yang keluar dari mulut dia,

Semuanya dah hilang.

Dia dah jumpa kehidupan baru dia.

Hanya disebabkan aku salah sebab tak jaga anak aku, aku hilang suami aku.

Aku hilang kasih sayang seorang jeon jungkook.

Bodoh aurora.

Tbc

Pendek dan merapu. Nak sis panjangkan cerita dan happy ending atau pendek tapi sad ending ?

Kalau pandang pun mungkin paling banyak dalam 100++ je tak lebih.

Kalau pendek ha lagi berapa chapter boleh habis tapi endingnya sad la hoho

Goodluck exam kepada yang ambil exam sama seperti saya,

Tunggu la next chapter ya ? Hestek sis taktau kenapa lately ni sis rajin update. Tak rajin mana tapi bole la masuk kategori rajin

K bye

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now