51

5.3K 530 48
                                    

(Author p.o.v)

Telefon jungkook berdering menyebabkan kerja menyemak tadi terhenti seketika.

Rambut yang jatuh ke dahi di'flip ke belakang.

Unknown number. Tapi bukan private number, nombor itu lebih kurang nombor pejabat.

Berkerut dahi jejaka kacak itu.

"Hello ?" Jungkook sapa dulu.

"Encik jeon jungkook ?" Soal seorang perempuan di talian.

"Ya saya." Lancar jungkook membalas.

"Saya nurse dari hospital seoul. Nak bagitahu cik laura sekarang ada kat sini,"

Jungkook berdiri.

"Dia kenapa ?"

"Dia pengsan tadi waktu buat check up, ni baru sedar dia suruh saya tolong call'kan encik jungkook." Ujar nurse itu.

"Okay baik, saya ke sana sekarang." Panggilan mati. Pen merah diletakkan ke tepi dan dia berlalu keluar.

Aurora yang baru sahaja ingin menghantar milo panas ke ruangan jungkook terbantut langkahnya apabila lelaki itu jalan meluru.

"Nak pergi mana ?"

"Hospital."

"Kenapa ? Awak kenapa muka gusar semacam je ni ?" Kebetulan ada meja pasu di sebelah mereka, aurora letakkan sebentar dulang yang dia tatang di meja itu.

"Laura, dia masuk hospital." Jawab jungkook.

"Jinjja ? Saya nak ikut."

"Takpe ke keluar lewat malam ? Nanti mengantuk kat sana, hospital tu bosan." Sekali lagi rambut yang jatuh diselak ke belakang.

"Ye takpe, tak salah nak lawat madu sakit." Perlian kedengaran di situ.

"Sayang.." jungkook kecilkan mata, kecik besar kecik besar je si aurora ni dia tengok.

"Im joking, dah jom." Aurora tarik tangan jungkook.

Dia sebenarnya tak nak tinggal berdua dengan ariana. Sebab itu dia nak ikut jungkook, ikutkan hati nak jumpa laura pun tak ingin tapi takpe memandangkan perempuan itu sakit.

Tapi jungkook tak bergerak membuatkan aurora pusing badan balik.

"Jom la ? Tunggu apa lagi ?"

"Tak nak salin baju ?" Soal jungkook lain macam.

Aurora perhati diri sendiri.

"Kenapa ?"

"Amboi amboi nak keluar pakai pijama ? Heh kang orang kata saya culik anak dara orang ha saya nak cakap apa ?" Jungkook cekak pinggang,

Aurora buat muka poker,

"Bukannya ada orang nak tengok saya malam-malam macam ni, lagipun pergi hospital je."

Dan seperti biasa, jeon jungkook mengalah dengan si aurora park.

+++

(Aurora p.o.v)

Aku dan jungkook tiba di hospital. Hospital tak ramai memandangkan dah lewat malam,

Aku ikut sahaja langkah jungkook memandangkan aku memang tak tahu apa-apa. Bukan aku yang nak melawat, tapi jungkook yang nak. Aku pun sebenarnya tak nak ikut tapi kalau aku stay kat penthouse confirm jahanam.

"Tumpang tanya, patient yang bernama laura kim ditempatkan di mana ya ?" Jungkook soal nurse yang menjaga kaunter itu sopan. Namun ekspresi biasa sahaja.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now