19

6.1K 600 8
                                    

(Jungkook p.o.v)

Dia, dia muncul tiba-tiba.

Seorang perempuan yang pernah menjadi segala-galanya dalam hidup aku, pernah menjadi kepentingan dan tanggungjawab aku, pernah menjadi orang yang paling aku sayang,

Dia laura kim.

Kenapa dia muncul kembali lepas apa yang dia dah buat ?

Flashback empat tahun lepas

"Oppa, jangan laaa" dia merengek manja minta aku lepaskan pelukan,

"Jom kita pergi lunch, mesti lapar kan ? Jom jom." Aku genggam erat dan mula berjalan bersama menuju ke cafe universiti, tahun ni tahun terakhir aku dan dia sebagai pelajar universiti.

"Lepas kita habis belajar, oppa cadang nak buat apa ?" Dia pandang aku, aigoo yeppuda.

"Em, cikgu ? Kalau tak pun, oppa duduk diam sekejap sampai aboji suruh jaga syarikat dia." Aku tergelak selepas itu, dia angguk kepala tanda faham.

"Tapi oppa tak tinggal saya kan ?" Langkah aku terhenti, pantang betul bila dia buka topik macam ni tiba-tiba.

"Berapa kali nak cakap ? I will never let you go thats it. Sudah jangan cakap benda macam ni lagi, tak suka." Aku sambung langkah, tangan masih setia berpaut antara satu sama lain.

Padahal nak ke cafe je, sweet kan seyya.

+++

Mana dia ni ? Dah setengah jam tunggu, tak selalu lewat macam ni. Risau pula aku,

Aku bangun keluar dari perpustakaan, berdiri di koridor memandang orang-orang yang berada di bawah. Mana pula kesayangan aku ni, ey tak punctual betul.

Selalunya tak lambat, apa pula tiba-tiba lambat ni ? Ada masalah ke ? Aku keluarkan handphone dan mula dail nombor dia.

Tit tit

This is the voice mail box for the number,

Tak berjawab.

Okay aku dah rasa tak sedap hati.

Lantas aku masuk kembali ke dalam perpustakaan dan kemaskan semua barang. Tak kesah barang berterabur dalam beg, lepas dah masuk semua barang aku lari keluar dan turun ke bawah.

Blok dimana dia ada kelas tadi aku pergi. Takkan cikgu tak keluarkan pelajar lagi ?

Tiba di depan kelas, kosong.

Dah keluar, habis tu mana laura ?

Aku keluarkan handphone dan cuba dail lagi.

Sama tak berjawab. Holy,

Aku lari pergi ke hujung blok, semua kelas kosong,

Baru sahaja aku nak patah balik, takjadi apabila aku terdengar suara yang,

Sangat-sangat aku kenal.

Laura.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah mencari punca suara. Got ya, dalam stor.

"Promise me baby girl ?"

Suara garau itu menghentikan langkah aku, aku kenal suara ni, jackson.

Aku cuba dail nombor laura untuk kali yang ketiga,

Tit tit,

Bunyi telefon berdering kedengaran kuat di telinga aku. Tak salah lagi, laura ada dalam ni.

Aku sepak pintu stor,

What the,

"Op-oppa." Perempuan itu gugup sambil datang mendekatkan diri. Aku langkahkan kaki ke belakang. Dia cuba nak pegang tangan aku, tapi cepat aku tepis.

"Oh, so ini kerja kau ? Good job." Aku tepuk tangan beberapa kali. mata aku berkaca, aku tahu itu.

Satu-satunya perempuan yang aku sayang, percaya,

Tipu aku hidup-hidup.

"No, ni bukan macam apa yang oppa fikirkan. Please let me explain." Dia betulkan baju yang terselak,

"No need, start from now on kita tak ada hubungan apa-apa lagi. Dan ingat, aku tak kenal kau." Aku ambil langkah, menjauh dari manusia terkutuk tu.

End flashback

Sejak dari hari tu, setiap kali aku jumpa dia aku mengelak sampai la habis belajar.

Dan sekarang, dia muncul depan aku lagi.

"Awak kenapa ni ? Ada masalah ke ? Kenapa dari petang tadi muka monyok je ni ?" Suara lembut menghentikan lamunan aku,

Aurora park, dia lah satu-satunya gadis yang berjaya gantikan posisi laura lepas aku dah tawar hati dengan perempuan.

"Tak ada apa-apa, ni kenapa tak tidur lagi ? Kan dah lewat ni." Dia letak milo panas di meja kemudian pergi ke belakang aku. Bahu aku dia urut perlahan.

"Esok kan cuti."

"Habistu kalau cuti boleh bangun lewat lah ?" Aku dongak pandang dia, dia tersengih tayang barisan gigi putih.

Gwiyo.

"Alaa saya nak teman awak la, lagipun mata tak ngantuk lagi. Takpe biar saya urut awak, awak sambung kerja." Balasnya sambil tangan ligat pukul dan urut bahu aku.

Pandai pula isteri aku ni mengurut, sedap je rasa. Tengah lenguh macam ni, memang ngam.

"Awak saya nak cerita ni."

Aku berdehem tanda mengiyakan ayat dia tadi, sedia nak dengar.

"Memandangkan petang tadi awak emo, so saya nak cerita sekarang." Ujarnya lagi, aku angguk sahaja.

"Pasal cikgu baru tu, awak kenal dia ke ?"

Riak wajah aku berubah teruk, baru je aku nak buang semua flashback, dia buka cerita lagi. Kang marah macam petang tadi, nangis pula dia.

"Tak, tak kenal. Dah cakap kan tadi." Balas aku acuh tak acuh, masih fokus semak kerja pelajar.

"Takde la, time dia intro tadi. Universiti dia sama dengan awak, sebab tu saya tanya awak kenal ke tak."

"Kau fikir kat universiti tu ada aku dengan dia je ? Ramai okay, aku tak pernah nampak muka dia. Dah jangan tanya lagi." Aku jeda perbualan,

Macam tak ada topik lain.

"Tapi dia kata dia kenal awak."

Tbc

Maaf jika ada typo,

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now