36

5.4K 523 36
                                    

(Aurora p.o.v)

Mati aku.

Aku leka sangat keluar jalan-jalan dengan daniel sampai tak perasan dah lewat malam, dah dekat pukul 11.

Lepas dari kyongju cafe tadi, daniel ajak pergi pembukaan kedai buku. Aku pun ikut je, tak sangka pula boleh leka aish.

Buka pintu, gelap. Satu penthouse gelap. Aku syak dia dah tidur, bagus la kalau tidur tak ada la nak marah.

Aku jalan jengket-jengket,

tap!

Lampu hidup. Terang benderang penthouse yang tadinya gelap dan langkah aku turut terhenti,

Mati la kau aurora park.

"Ingatkan dah lupa jalan balik." Aku pejam mata rapat, salah sendiri siapa suruh balik lewat.

Aku cuba berlagak biasa, pusing belakang dan betulkan baju.

"Dari mana ? Lewat macam ni baru balik, kau tu perempuan, sedar sikit." Dia mula membebel,

"Tak pergi mana-mana pun. Pergi kedai buku baharu tu je." Balas aku berani, betul la kan ? Jangan ingat sebab aku dah buat salah balik lewat gini aku nak berbaik dengan dia, hell no.

"Pergi dengan siapa ?"

Gulp,

"Ye-yein la!"

"Jangan nak tipu, sejak bila yein ada kereta sport hantar depan rumah ?" Dia cekak pinggang, dasar stalker.

"Saya keluar dengan daniel, puas ? Dah la saya nak naik, nak tidur." Aku pusing balik dan jalan ke arah tangga, malas nak bertekak lama-lama. Kalau nak layan memang tak akan habis sampai besok.

"Aurora park, aku tak habis lagi." Suara mendatar itu cukup buat aku gerun tapi aku buat tak kesah, jalan menonong je.

Tapi langkah aku terhenti bila dia rentap tangan aku kasar.

"Sakit la!" Aku tinggikan suara, aku angkat muka pandang dia, muka dia merah padam.

Dia marah.

Tak pernah aku tengok dia merah padam macam ni,

"Aku tak kesah kau marah aku, tapi perlu ke nak jadi liar keluar dengan lelaki ? Dah gatal sangat ?" Pedas, pedas ayat yang dia ajukan.

Jujur aku kata, aku sentap dengan ayat dia.

"Lepas." Sepatah perkataan yang keluar dari mulut aku, tapi tangan aku masih dia genggam. Kuat.

"sakit la! Saya kata lepas kan ?!" Aku menjerit,

Pang!

Di-dia t-tampar aku ?

Terteleng kepala aku sebab tamparan itu. Jatuh juga air mata yang aku tahan lama,

"Awak tampar saya jungkook ?" Aku soal, bergetar, dia nampak tahan perasaan. Perlahan-lahan tangan aku yang dicengkam tadi terlepas, lepas sahaja aku terus lari naik.

Pertama kali dia berkasar dengan aku.

Sakit kena tampar, sakit lagi hati aku.

Sebab keluar dengan daniel je, dia berani tampar aku ? Lempang aku ? Tak apa jungkook tak apa, kau buat aku macam ni.

+++

(Author p.o.v)

Seminggu berlalu dan hubungan mereka tetap sama. Dingin, tak bertegur,

Aurora pula setiap malam keluar, balik bila dah dekat pukul satu pagi. Tunjuk perasaan mungkin, jungkook pula langsung tak tanya.

Puas dia minta maaf malam itu namun diendah dan sekarang dia berkeputusan untuk diam. Dibiarkan aurora keluar tak ingat dunia. Bukan dia tak tahu aurora keluar dengan siapa, dia tahu.

Tahu sangat la dia aurora keluar dengan daniel. Aktiviti yang aurora ikut pun dia tahu, sengaja dia pasang spy untuk gadis itu.

Pagi itu, aurora dah gerak dahulu ke sekolah. Dengan siapa ? Jangan tanya la, dengan kang daniel.

Itupun jungkook diamkan juga. Dia nak tengok sampai mana gadis itu bergerak, sampai mana gadis itu berarah tuju.

"Aurora, kau ikut daniel pergi lumba motor ?" Soalan itu menyentakkan aurora, terus diam dia apabila yein memandangnya.

Dia angguk, jujur.

"Kau dah gila ke ? Sejak bila kawan aku jadi 'awek besi' ni ?" Sengaja ditekankan perkataan 'awek besi' itu, nak sentapkan aurora mungkin.

"Tak gila, apa salahnya ?" Selamba aurora menjawab.

"Salah la aurora shi, kau tahu tak lumba motor bawah umur tu haram ?" Serius sahaja nada suara yein, sambil itu kuih beras dimasukkan ke dalam mulut dan kunyah.

"Bising la kau." Baru dia hendak berdiri dan berlalu dari kantin sekolah, kedengaran namanya disebut dari belakang. Jeritan kecil itu membuatkan aurora pusing.

Agak terkejut dia bila jungkook yang datang.

Dia pandang sekeliling, sah ada pelajar yang perasan dan tumpukan perhatian. Yein pula diam.

"Malam ni ikut pergi event, jangan singgah mana-mana pula lepas balik sekolah ni." Selamba namun perlahan nada suara jungkook, seolah-olah tiada yang melihat adegan mereka walhal hampir semua pelajar perasan akan kehadirannya di situ.

"Malam ni ? Tak boleh. Saya nak keluar." Balas aurora. Perlahan, sangat perlahan.

"Aku tak benarkan kau ikut aktiviti haram daniel. Jangan bantah cakap aku." Jungkook flip rambut ke belakang, menunggu apa jawapan yang aurora bagi. Namun gadis itu diam sebentar sebelum bersuara agak kuat.

"Sebagai cikgu, seonsaeng tak ada hak nak halang saya ikut aktiviti luar sekolah." Jungkook pandang sekeliling, pelajar lain dah fokus dengan mereka berdua.

So aurora nak malukan dia ? Besarkan suara sebab nak malukan jungkook ?

Memang betul kerana terbit senyuman puas hati di wajah gadis itu.

"Siapa cakap saya halang awak ikut aktiviti tu sebagai cikgu ?" Kali ini jungkook pula balas, tiada lagi nada perlahan.

Air muka aurora berubah teruk, jangan cakap dia nak jujur kat sini sudah.

"Saya halang awak sebagai suami aurora park."

Membuntang besar mata aurora mendengar sambungan ayat jungkook, pelajar lain jangan cakap.

"Suami ?!"

"Jeon seonsaengnim suami aurora ?"

"Diorang suami isteri ?"

"Diorang dah kawin ?"

"Heol! Sejak bila ?!"

Terkejut,

Kedengaran macam-macam suara dan ayat yang keluar. Ada yang tutup mulut tak percaya, ada yang tumpahkan air. Macam-macam reaksi.

"Awak dah gila ke ?" Gerutu aurora, volume suara kembali diperlahankan.

"Kau mula dulu."

Tbc

Last update untuk minggu ni okay. Maafkan saya kalau ada kesalahan ejaan, ssesungguhnya saya tak semak.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now