14

6.6K 641 76
                                    

(aurora p.o.v)

Kepala aku dah pening. Soalan apa dia bagi aku ni ? Aku selak muka hadapan,

Chemistry simple questions

Simple kepala otak dia. 

Dah dekat sepuluh minit jungkook bagi kertas ni tapi aku sama sekali tak lepas dari soalan pertama. Aku buka buku rujukan yang aku sediakan kat sebelah,

Tak faham.

Kepala yang tak seberapa gatal ni aku garu, YAISH JINJJA! IGE BWOYA ?

"aurora park, ada masalah ?" bahu aku terhinjut sedikit apabila ditegur jungkook.

"ah ani, ta-tapi saya tak faham sangat la. " aku pandang kertas soalan tu tak puas hati.

Jungkook datang dan duduk di sebelah aku.

"yang mana tak faham ?"

"semua. "

Dia geleng kepala, ha sabar la kau. Siapa suruh mengada nak buat extra class gini.

1) protons, neutrons and electrons are the subtomic particles that make up an atom.
Which particles have the smallest mass ?

Dia baca soalan tu dan pandang aku,

Ha kenapa ?

"saya tak tahu jawapan." aku balas malas. Aku tak akan tanya kalau aku faham. Gila betul.

"awak tak tahu jawapan ? Ini bab dua chemistry gred 4, tak tahu ?" dia besarkan mata.

"nae, molla. " pasrah aku jawab,

"macam mana awak boleh masuk kelas sains ni ? Kalau tak minat kenapa masuk ?" dia kecilkan mata pandang aku.

"sonsaengnim, jawapan dia electrons." bella menyampuk.

Nampak jungkook menganggukkan kepala, serius la betul ? Heol! Macam mana dia boleh tahu ni ?

Shit, free free kau dimalukan aurora.

"seonsaeng, saya tak faham soalan ni. Sini la, ajarkan~~"

Suara lunak dan cukup gedik itu keluar dari mulut bella. Jungkook pula senyum dan ikut sahaja. Pergi duduk sebelah dia.

Tapi memang dari tadi dia duduk sebelah budak tu. Entah apa-apa la.

Nak ajar dua orang ke seorang je ni ? Dasar pilih kasih,  dua-dua sama je. Gedik.

Aku fedup.

Kertas soalan yang tak terjawab aku biarkan. Iphone 7 aku capai, baik buka instagram.

Sambil aku buka tu, aku dengar bella tergelak. Aku pandang sekilas,

"hahahaha seonsaeng ni! Boleh buat lawak pula. " lengan jungkook dipukul.

Waegurae ? Apa yang lawak sangat ? Tak kuasa betul nak tengok adegan tak berfaedah ni. Nak belajar ke nak tergedik perempuan ni ?

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now