21

6K 574 6
                                    


(Jungkook p.o.v)

Dari tengah hari tadi sampai sekarang dah dekat pukul 9 dia tak bercakap, dingin tiba-tiba ni kenapa ?

Bukan aku ke sepatutnya yang dingin beku ?

Makan malam tadi pun dia diam, bunyi sudu garfu sahaja yang buat bunyi. Tiada suara manusia langsung.

Nak aku tegur dulu ? Hey hey no. Aku tak tahu apa punca lepastu aku pula kena pujuk dan tegur ? Hamboi not my style.

Tapi sampai bila ?

Kalau aku pujuk, confirm saham aku drop teruk. Kalau tak pujuk, kang merajuk lari rumah mak dia tak ke sadis ?

"Kau kenapa masam je ni ?" Aku buka pintu bilik dan tanya terus, dia yang sibuk nak tidur memang confirm terganggu tapi aku kesah apa ?

Dia pandang aku sekejap kemudian betulkan selimut dan baring membelakangkan aku.

Berani kau budak palau aku ?

Aku ambil tempat kat sebelah dia, baring dan peluk badan molek kecil itu

"Kenapa ni ?" Aku soal lembut, sebab biasa perempuan nak berlembut je kan ?

Krik krik.

"Hey im asking you, something wrong ?" Aku paksa dia pusing hadap aku.

"Eeee saya nak tidur la." Dia minta aku lepaskan pegangan tapi aku berkeras pegang juga.

"Tak biasa kau tidur awal macam ni, ada masalah ke sini meh cerita." Aku dekatkan badan lagi rapat dari tadi.

"Awak ada sembunyikan apa-apa ke kat saya ?" Dia tiba-tiba soal. Soalan kbat ni, aku tak tahu ada ke ?

"Hmmm, eobseo." Aku geleng dan senyum.

Dia jeling aku.

"Dah la keluar, saya mengantuk." Dia pejam mata. Aik aku salah jawab ke ? Memang tak ada kan ? Ingat jungkook ingat.

"Aku tak tahu, cakap la kalau ada benda yang kau tahu. Aku jelaskan."

"Serius ?" Dia celik mata kembali.

"Yeee."

"Apa hubungan awak dengan laura seonsaeng ?"

Dup!

Berubah terus muka aku.

Kenapa perlu buka topik pasal perempuan tu lagi ?

"Kenapa dengan dia ? Tak bosan ke nak cerita pasal dia ? Dari semalam sampai sekarang, dia penting sangat dalam hidup kau ke apa ?" Aku yang baring terus duduk di birai katil.

Nak keluar.

"Dia bekas kekasih awak kan ?"

Aku duduk kaku. Mana dia tahu ?

"Mana kau tahu semua ni ?" Aku berpaling pandang dia balik.

"See, awak tak bagitahu saya pun." Aurora duduk juga, bersila.

"Aku tanya mana kau tahu benda tu, jawab la." Suara aku agak tinggi, aku perasan bahu dia terhinjut sedikit.

"Di-dia cerita."

"Kau tak perlu tahu pasal ni semua, aku tak suka. Kau buka lagi topik pasal dia, aku halau kau keluar dari penthouse."

Aku berdiri dan bertapak keluar.

Sumpah bengang.

(Aurora p.o.v)

Keluar sahaja dia dari bilik, air mata aku terus jatuh.

Sampai macam tu sekali dia marahkan aku ? Aku buat apa ? Salah ke aku tanya dia pasal kisah silam dia ?

Aku isteri dia kan ?

God help me.

Baru lima minit lepas dia berlembut dan sekarang tiba-tiba menengking ? Sebab satu soalan je ?

Dalam sangat ke bekas yang laura seonsaeng tinggalkan dalam hidup dia ?

"Kau tak perlu tahu pasal ni semua, aku tak suka. Kau buka lagi topik pasal dia, aku halau kau keluar dari penthouse."

Sampai nak halau aku ?

No jungkook, aku tak akan berhenti sampai aku tahu semua perkara ni dengan terang.

Nak halau aku ? Aku tak kesah.

+++

(Author p.o.v)

"Alamak dah lambat!"

Aurora menjerit sendiri apabila melihat angka yang tertera pada jam digital.

Lagi sepuluh minit pintu pagar nak tutup, dia lari ke tingkap,

Kereta jungkook dah tak ada. Sah kena tinggal.

"Adu macam mana aku nak gi sekolah ni ? Naik bas memang tak masuk sekolah lah jawab dia, dengan acik guard yang tak suka aku tu ? Huh mimpi la boleh masuk."

Aurora ramas rambut kasar.

Terpaksa dia cuti sehari. Rugi.

Ip6+ dicapai, nombor jungkook didail.

"Hello ?" Dingin suara itu menjawab panggilan.

"Awak kenapa tak kejut saya ?"

"Jadi isteri, harap suami yang kejut ?" Soalan dibalas soalan. Terkedu sekejap aurora dengar balasan jungkook tadi.

"Kalau ye pun kejut je la, tengok saya dah tinggal kelas awak, kalau saya tak faham nanti awak jangan marah."

"Salah sendiri." Ringkas jawapan jungkook sebelum mematikan panggilan.

Meletup juga aurora di situ, ip6+ dibaling ke tengah katil. Geram.

Tbc

I know its hambar but nvm 😂

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now