30

5.9K 525 18
                                    

(Aurora p.o.v)

Aku berjalan selamba badak masuk kelas, yela tak ada cikgu lagi. Dah lewat sepuluh minit sebenarnya tapi aku kesah apa ? Nak tulis nama aku ? Ha tulis la tulis, nanti aku minta tolong jungkook padamkan

Hidup aurora park!

Tapi kalau dia nak berkerjasama la, dia tu angin-angin orangnya, kadang nak tolong kadang tolak, em biasa la manusia darah keling.

"Guys, cikgu ada meeting so dia suruh sambung kerja semalam."

Okay hidung aku dah kembang kempis tahan diri supaya tak bersorak. Tapi malangnya, aku tak boleh.

"HOORAYYYY!" Terlepas juga sorakan kuat aku, ada yang pandang tak puas hati, ada yang ikut bersorak sekali.

Aku siku lengan yein kat sebelah,

"Kau nak sambung kerja semalam ?" Aku soal tak percaya bila tengok dia buka buku. Wuish jarang-jarang ni dia rajin.

"Hm." Gumamnya.

"Seres ah wei ? Aku baru nak ajak kau round satu sekolah." Kata aku sambil betulkan rambut,

"Kau tak bosan ke ? Dari awal kita sekolah sini sampai tahun terakhir kita, kita asik round sekolah je. Muak tahu muak ?" Dia payung muka toya dia, nak acaca la tu.

Aku roll eyes,

"Kalau tak nak ikut tak apa, lagi muak duduk sini. Khanda." Aku berdiri, ketua kelas yang panggil nama aku, aku endah.

Tak apa aurora, bukan selalu jelajah sekolah ni seorang diri. Enjoy your journey.

Aku jalan di taman sambil petik bunga mana aku nak ikut suka bapak aku, tapi langkah aku terhenti apabila terasa bahu aku disentuh.

Jangan kata ini makcik kebun, naya aku.

Lambat-lambat aku toleh belakang.

"Annyeong!" Terkejut aku bila dia lambai. Saited naw jumpa aku ya ?

Dia kang daniel.

"Eh, buat apa kat sini ?" Aku soal even aku tahu jawapan dia. Mesti kes sama dengan aku,

"Cikgu meeting." Balasnya ringkas, dah hagak.

"Tak baik tau ponteng." Nasihat paling baik dan bertauladan aku bagi, dia pandang aku hairan.

"Awak tak ponteng ?" Dia soal, kena batang hidung aku sendiri dengar soalan dia.

"Hehe." Aku sengih.

Aku perhati sekeliling cari kerusi kosong, banyak sebenarnya kerusi kosong kat taman ni, tapi aku nak cari yang terletak kat kawasan strategik dan satu kerusi menarik perhatian aku.

Perlahan-lahan aku mengatur langkah menuju ke kerusi yang aku maksudkan, daniel ikut je bontot aku dari belakang.

Aku duduk, dia pun duduk.

"Cikgu tak tinggalkan kerja ke ?" Aku pecahkan kekekokkan yang menyelubungi suasana.

"Tak ada, saya dah siap semua."

Peh budak baik.

"Awak ?"

Aku ? Aku nak siap kerja ? Hoho mimpi la.

"Dah siap juga." Aku tipu dia, jatuh lah saham aku kalau aku cakap aku ponteng lepastu tak buat kerja.

"Err aurora-shhi." Dia seru nama aku, aku pusingkan kepala menghadap dia.

"Hm ?"

Dia diam, aku sabar tunggu apa dia nak cakap. Nampak macam hal serius. Suspen pula bila dia diam lama-lama ni.

"Kalau saya cakap,"

Ayat dia tergantung lagi,

"Ye cakap apa ?" Tak sabar betul aku nak tahu.

"Saya suka awak."

Senyuman aku hilang, pengakuan tadi betul-betul mengejutkan aku.

Maaf daniel, awak lambat. Saya dah jumpa cinta sejati saya.

"Err." Sumpah aku tak tahu nak jawab apa.

"Tak apa, take your time. Saya boleh tunggu jawapan awak bila-bila masa." Dia senyum tunjuk barisan gigi putih.

Kalau dulu, senyuman tu yang made my day, senyuman tu yang aku tunggu, senyuman tu yang buat aku gila, tapi sekarang dah tak.

Aku dah lama move on dari crush bernama kang daniel dan sekarang crush aku hanya jeon jungkook.

"Maaf daniel, saya tak boleh." Aku jujur, jujur yang teramat jujur. Aku tak boleh sakitkan hati dia dengan bagi harapan. Aku tak boleh.

Aku perasan air muka dia berubah tapi sekejap sahaja sebelum wajah itu dihiasi senyuman lagi.

"Tak apa, saya faham. Tak apa lah, saya nak masuk kelas. Byee." Dia berdiri, bercakap pun tak pandang aku dah.

Aku tak bermaksud nak tolak dia. Tapi dia yang lambat. Kenapa baru sekarang nak mengaku ? Kenapa baru sekarang nak balas bila aku dah berubah hati ?

Jinjja mianhae kang daniel-shhi.

+++

(Author p.o.v)

Aurora termenung sendiri di bus stop. Rasa bersalah mungkin dengan kelakuannya pagi tadi.

Kelakuan menolak kang daniel tadi.

Lamunan jauh tadi terhenti apabila sebuah kenderaan yang cukup mewah berhenti dan membunyikan horn.

Kenal sangat aurora dengan tuan punya kereta. Tersenyum dia, hilang rasa nak mengelamun.

"Awak ?"

"Naik cepat." Arah jungkook.

Aurora akur dan masuk ke dalam kereta.

"Buang tebiat ke ? Tiba-tiba jemput." Perli aurora, jungkook pandang dia sekilas kemudian pandang depan lagi.

"Salah ke nak jemput isteri sendiri ?" Soalnya.

Aurora gelak kemudian laju geleng.

"Tak salah, saya lagi suka ada lah!" Excited benar dia.

Tersenyum dibuatnya jungkook. Sabar je la dapat isteri mengada-ngada lebih macam aurora.

"Aku nampak tadi kau mengelamun panjang ya ? Dah sampai mana ? London ?" Tiba masanya si lelaki pula yang memperli.

Tersentak aurora, teringat kembali tentang kang daniel.

"Tak ada la. Saya terfikir tentang daniel je." Jujur betul dia, jungkook hentikan kereta di tengah jalan dan hidupkan double signal.

"Kang daniel ? Kenapa dengan dia ?" Jelas, intonasi orang cemburu.

"Dia, dia confess tadi. Dia suka saya." Polos sahaja cara aurora jawab. Dia tahu jungkook sebenarnya cemburu tapi tak ada masa nak sakat, fikirannya sekarang hanya tertumpu pada daniel.

"Habis tu ? Couple ?" Lagi sekali soalan berintonasi cemburu.

"Tak ada lah, saya tolak dia." Lega rasanya hati bila dengar jawapan aurora. Dia senyum lalu tangan gadis itu dibawa ke peha.

"Habis tu kenapa fikir panjang ? Menyesal tolak dia ? Dah, kau buat benda betul." Aurora diam.

Yakin tiba-tiba dengan tindakannya lepas dengar cakap jungkook sebentar tadi.

'Maafkan saya daniel.'

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now