46

5.2K 486 27
                                    

(Author p.o.v)

Jungkook tergesa-gesa keluar dari rumah milik daniel, tak salah lagi memang daniel dalang di sebalik kehilangan aurora.

"Saya hantar awak balik, kalau dapat call dari aurora atau apa-apa yang berkait terus bagitahu saya, arasseo ?" Jungkook dalam perjalanan menghantar yein ke rumah, yein pula hanya mengiyakan semua tindakan jungkook.

Terimbas sekali lagi setiap kata-kata daniel melalui panggilan tadi,

Future wife ? Heh.

"Seonsaeng dah tahu aurora kat mana ?" Soalan spontan keluar dari mulut yein, sunyi betul suasana, dia tahu cikgunya itu jenis yang tak banyak cakap dan beku tapi sejak kawin dengan aurora, banyak perubahan yang dia tengok.

"Awak ni yein, soalan tak boleh bonus lagi ?" Suara jungkook sedikit tenang dari tadi, lepas dengar suara aurora yang dalam keadaan tenang dia okay.

"Mana la tahu lepas bercakap tadi hubungan telepathy tu muncul." Seloroh yein kemudian ketawa. Bila lagi nak bergelak ketawa dengan jungkook kalau bukan sekarang kan ?

"Ye telepathy memang ada, sweet kan ?" Kali ini jungkook pula berseloroh.

Suasana kembali senyap, yein biarkan jungkook fokus layan perasaan. Dia tahu even cikgu kacak itu gelak, hatinya tetap diselubungi rasa risau.

+++

Location aurora berjaya membawa jungkook ke sebuah tempat yang jauh tak jauh dari kawasan sekolah, hampir 30 minit juga dia memandu ke kawasan tersebut.

Sampai la dia tiba di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat yang hanya ada satu di situ. Kawasan yang mengelilingi rumah itu pula hanya la kawasan hutan.

Dia menghentikan kereta di kawasan yang agak tersembunyi. Lama dia perhati rumah itu sampai la badan bertindak secara refleks menyorok ke belakang apabila satu sosok kelihatan keluar dari situ.

Kang daniel.

Hampir meletup dia melihat daniel, mahu sahaja dia keluar dan tumbuk sepuas hati wajah tersebut namun di tahan, perkara yang dia patut tumpukan perhatian sekarang ialah aurora.

Dia memerhatikan daniel yang masuk ke dalam kereta dan sport car tersebut laju meninggalkan kawasan tersebut.

Green light.

Dia perhati sekali lagi kawasan sekeliling sebelum menghubungi aurora.

"Hello ?" Suara aurora menyahut panggilan.

"Dalam rumah tu ada orang lain selain daniel ?" Laju jungkook soal, kalau lama dia bercakap silap haribulan daniel sampai dulu sebelum dia sempat keluar dari kereta.

"Saya tak tahu, dari awal sampai akhir saya mereput dalam bilik ni. Mana saya tahu ada orang ke tak kat luar selain dia."

Jungkook diam. Betul juga, nak tak nak dia kena bertindak.

Panggilan dimatikan dan dia keluar dari kereta. Melihat rumah tersebut, sunyi.

Dia mendekati pagar, berkunci. Mujur la pagar tak tinggi mana. Kalau pagar serupa pagar penthouse dia, tak ke naya kena panjat ? Dia ambil langkah memanjat pagar dan berjaya masuk ke halaman rumah.

"Hm not bad." Jungkook bermonolog sendiri. Rumah dua tingkat yang agak cantik dan mewah. Namun sayang, dijadikan tempat penculikan orang.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now