29

5.5K 527 99
                                    

(Laura p.o.v)

Mana dia ni ?! Dah malam tak nampak muka lagi.

Jumpa isteri budak dia tu ?

Tak sangka betul, orang yang aku cari, orang yang bergelar isteri kepada jeon jungkook yang aku cari selama ni ada depan mata aku je.

Dia aurora park.

Flashback

Aku terlihat kelibat jungkook dan aurora, aik buat apa berdua kat situ ? Adegan itu tarik perhatian aku apabila aku perasan gadis itu menjatuhkan air mata, jangan cakap jungkook pukul dia ?

Gila ke pukul pelajar ?

Aurora lari dari jungkook, makin pelik pula aku rasa bila jungkook kejar dia. Aku tengok jam tangan, okay awal lagi nak masuk kelas. Patut ke aku ikut sekali ?

Okay ikut je, mana tahu ada benda yang aku kena tahu.

Aku ikut perlahan dari belakang, sedaya upaya aku cuba sorokkan diri. Sampai lah adegan kejar mengejar tadi terhenti, aku perhati sekeliling,

Ini bukan bangunan terbiar yang pihak sekolah  tak benarkan datang dekat ke ? Okay makin bertambah kuat firasat negative aku.

Aku cuba datang dekat lagi. Selagi diorang tak perasan, selagi tu aku rasa aku selamat.

"Saya tak boleh.."

"Saya sakit.."

"Sakit sangat.."

"Awak tak faham perasaan saya.."

"Tolong.. tolong jangan halang jalan saya." suara gadis itu bergetar, dia tersedu. Apa dah jadi sebenarnya ?

"Hey, kenapa ni ?" Jungkook soal dia, tapi soalan tadi berbalas senyuman senget.

"Awak tak perlu formal kat sini, takda siapa dengar, takda siapa tahu awak suami saya."

DUM! membulat besar mata aku,

Apa dia ?

Su-suami ?

Aku ta-tak s-salah dengar kan ?

Aku berlindung dibelakang tembok apabila jungkook memerhati sekeliling. Selepas itu dia raih pula tangan aurora.

"Kau kenapa ? Kenapa macam ni huh ?" Panggilan formal tadi betul-betul bertukar.

"Awak tanya saya kenapa ? Soalan apa awak ni hahahaha."

"Sini." Makin sakit hati aku bila jungkook peluk dia. So betul la ? Aurora park, dia isteri jungkook ?

"Kau ingat apa aku cakap sebelum ni ? Mesti tak ingat kan ? Aku buat semua ni bersebab, bukan sebab aku nak kawin lagi, bukan sebab aku suka dia, bukan." Ujar jungkook. Hati aku sakit, terguris teruk. Penjelasan jungkook, dia tak cintakan aku ?

"Aku buat semua ni sebab,"

"Laura kim, dia ada kanser."

Bulat mata aurora mendengar ayat terakhir jungkook, terkejut mungkin dengan cerita rekaan yang aku buat untuk tarik jungkook.

"A-awak serius ?"

"Ya serius. Kanser dia dah tahap tiga."

Tch, so maknanya dia bertahan dengan aku sebab alasan yang aku reka, hanya itu. Bukan sebab cintakan aku. Kau salah laura, kau perasan.

"Aku janji, lepas semua ni dah okay semua akan kembali macam biasa balik."

"Tapi masa tu aku tak tahu sama ada dia hidup lagi atau dah, mati."

Tak jungkook, benda ni takkan kembali seperti semula. Aku tak akan mati dan aku akan pastikan, kau kembali dengan aku, kembali cintakan aku macam dulu. Aku akan gunakan penyakit yang aku reka ni selagi aku boleh.

Aku janji jungkook, aku janji.

End flashback

Baik aku call dia, tanya dia dekat mana.

"Ya laura ?" Tersenyum aku sebaik mendengar sahutan dari dalam telefon. Dia angkat juga telefon aku, sekali cuba dah angkat.

"Aw-awak kat ma-mana ? Saya sakit." Aku sengaja keluarkan suara serak, aku yakin dia tengah risau sekarang. Maaf jungkook, aku buat semua ni untuk kebaikan kita, hubungan kita.

"Okay tenang, lagi sepuluh minit aku sampai."

Talian terputus. See ? Aku dah kata sekejap je nak tarik dia.

+++

(Author p.o.v)

"Kau okay ? Nak pergi hospital ?" Risau jungkook menyoal apabila melihat keadaan laura yang entah macam mana nak jelaskan,

Dia sampai rumah sahaja, badan laura dah terlentang depan tangga. Bukan main terkejut dia.

"Tak, tak perlu. Saya okay." Wanita itu balas lembut, mata nampak puyu, muka nampak layu.

"Okay apanya ? Macam ni pun kata okay lagi, jom pergi hospital." Jungkook agak paksa tapi paksaan itu terhenti apabila lengan sasa miliknya dicengkam lembut.

"Awak risaukan saya ?"

Jungkook angguk,

"Awak cintakan saya ?"

Lambat-lambat jungkook geleng.

"Aku dah lama lupakan kisah kita. Jangan ungkit perkara lama laura." Jujur jungkook bertutur tapi masih dalam intonasi yang terkawal.

"Awak tak kasihan kan saya ?"

"Cinta bukan hal yang boleh dipaksa atas dasar belas kasihan." Lancar jejaka itu membalas, tak selindung langsung.

"Habistu, nama siapa yang ada dalam hati awak ?" Soalan cepu mas, tersenyum jungkook mendengar soalan itu, laju dia jawab

"Isteri aku."

Laura pejam mata, kuat, paksa. Sakit hati bukan kepalang lagi-lagi dia tahu siapa orang yang dimaksudkan.

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now