42

5.2K 471 11
                                    

(Author p.o.v)

Lama yein bertandang di penthouse milik jungkook. Bertandang kat bilik aurora pula tu. dari pukul 11 pagi dia datang sampai sekarang dah lewat malam mereka tak keluar.

Lapar ? Memang tidak la. Aurora dah pesan dengan yein suruh bawah snack dengan makanan berat berbungkus. Tunjuk perasaan.

Pasal yein yang tak balik pula tak menjadi kerisauan memandangkan yein dah bagitahu yang dia akan bermalam dengan aurora. Dia faham keadaan aurora sekarang, kalau bukan dia siapa lagi yang nak tolong kawan baiknya itu.

"Aku lupa bawak baju. Kau la ni asik gesa aku suruh cepat." Yein mula membebel. Badan yang masih dibalut dengan tuala diperhati. Takkan dia nak tidur berkemban pula ?

"Banyak baju aku dalam tu, saiz kita bukannya jauh, ambil je." Bersinar mata apabila mendapat kebenaran dari tuan punya baju. Cepat dia menapak ke arah almari dan pilih pijama milik aurora. Memang bergadang la mereka berdua malam itu. Mentang-mentang esok masih cuti, apa salahnya.

Tok tok tok,

Ketukan pintu dari luar menyentakkan mereka berdua, gelabah yein masuk ke dalam bilik air bersama pijama. Aurora pula teragak-agak menghayun kaki ke pintu.

Pintu dikuak separuh,

"Aku nak keluar, ada hal. Jangan merayap kemana-mana pula." Lelaki itu masih bersuara dingin. Aurora diam tak berkutik, dalam hati dah sumpah seranah lelaki kacak yang bergelar suami itu.

'Motif bagitahu nak keluar ni apa sebenarnya ?'

Macam-macam persoalan timbul di benak fikiran sebaik sahaja pintu kembali ditutup rapat. Yein yang siap berpakaian pijama biru keluar. Wajah aurora ditenung dalam,

"Apahal tadi ?" Soalan yang memang dijangka keluar.

"Dia bagitahu yang dia nak keluar." Ringkas jawapan aurora.

"Ooo." Yein hanya anggukkan kepala. Entah kenapa dia rasa pasangan itu nampak romantik walaupun dalam keadaan dingin.

"Tapi kenapa nak bagitahu aku ?" Lama mereka berdua diam dan akhirnya aurora bersuara lagi. Keluarkan apa yang bermain di fikirannya sejak tadi.

"Kau ni betul-betul lemau ya ? Memang la dia bagitahu! Dah kau isteri dia, kang kau juga yang risau hilang suami tengah malam." Yein mula bercakap seperti makcik bawang. Hairan betul dengan aurora yang lembab tak ada hujungnya.

"Lepastu kata 'jangan merayap kemana-mana' heol aku nak kemana malam-malam macam ni ?" Aurora duduk bersila di atas katil memandang yein yang duduk di meja sambil memegang telefon yang dicas di suis sebelah meja tersebut.

Sekali lagi yein tepuk dahi.

"Dah kau semalam pergi party daniel tak bagitahu dia memang la dia pesan lagi."

"Kenapa nak pesan ? Aku tahu la, fikir tak serik ke suami berdingin dengan kita ?" Tangan memeluk dada sendiri, bibir dijuihkan ke depan. Tak puas hati.

"Dia perli kau la tu!" Suara yein naik satu oktaf. Kali ini aurora malas nak bertekak, dia baring semula dan selimut ditarik hingga ke paras dada.

"Aku tidur dulu la, kang disangka merayap kemana-mana pula. Kau kalau mengantuk tidur la mana-mana kau nak, sebelah aku pun boleh memandangkan tak ada orang tidur sini." Berdas-das sindiran keluar dari gadis aurora. Yein hanya ketawa, bukan dia yang makan hati dengan suami. Dia free!

+++

"Hancur semua hancur!" Laura menyinga sebaik sahaja mengetahui apa yang terjadi semalam. Tidak disangka daniel membuat rancangan sendiri,

Sudah la bertindak sendiri, gagal pula tu. Bukan gagal sahaja, tapi kantoi. Full package mereka dapat.

"Sekarang macam mana nak teruskan plan ?! Kau dah rosakkan semua!" Tinggi suara wanita itu menengking.

"Konon nak fokus dengan final exam rupa-rupanya pergi buat rancangan bodoh sendiri." Sambungnya lagi.

Daniel naik berang, dari tadi dia diam tapi kali ini darah mula naik ke kepala. Leher laura menjadi sasaran.

"Kau jangan nak salahkan aku! Habistu kau nak diam je ? Biarkan diorang bahagia ? Macam tu ?!" Makin kuat cengkaman di leher wanita itu. Biru wajah laura akibat tidak mendapat aliran darah dengan baik.

"L-le-lepas k-kan aku!" Tangan daniel ditepis sekuat hati. Terlepas cengkaman di lehernya. Terbatuk-batuk dia menahan perih.

"Kau jangan macam-macam dengan aku laura. Bila-bila masa je aku boleh bunuh kau kalau aku nak." Pesanan itu keluar sebelum dia berlalu pergi. Tersentak laura mendengar amaran tadi, tak sangka dengan tindakan lelaki muda itu.

"argh tak guna!" Habis botol yang berdiri dimeja di sapu. Pecah berderai semua ke lantai. Frust dengan apa yang jadi.

Semua rancangan dilaksanakan oleh daniel tanpa pengetahuannya. Kalau berjaya boleh terima ini langsung tak! Gagal sahaja semua.

+++

Tengahari aurora ditemani dengan bunyi tv yang memainkan rancangan drama goblin. Yein dah berlalu pagi tadi.

Sebelum ini dia yang paling teruja bila drama sweet itu dimainkan tapi kali ini tidak. Mata sahaja fokus dengan tv tapi fikiran melayang entah kemana.

Dia risau dengan jungkook yang tak kelihatan kelibatnya sejak semalam. Last dia tengok wajah jejaka itu semalam sewaktu meminta diri ingin keluar.

Sekarang dia mula faham dengan ayat jungkook 'jangan merayap kemana-mana'. Rupanya lelaki itu pergi dalam jangka masa panjang. Naik menyesal pula bila fikirkan yang dia langsung tak ada usaha untuk menyelesaikan masalah.

Yang dia tahu mengadu dengan yein. Puas dah yein suruh dia betulkan tapi dia berkeras, sekarang dah dapat bala baru padan dengan muka.

Iphone 6+ yang terletak elok di meja hadapan diperhati lama.

Patut ke dia berhubung dengan jungkook ? Patut ke dia tanya dimana suaminya itu menghilang  satu malam ? Hatinya berbelah bahagi. Entah mana yang patut di pilih, takut salah langkah lagi naya dia.

"Ah lantak la apa jadi, yang penting aku ada usaha. Berjaya tak berjaya belakang kira." Dia berkata sendirian. Ayat sedapkan hati sebenarnya.

Lantas iphone6+ dicapai dan nombor jungkook didail.

Tut.. tut..

Belum sampai dua saat telefon berbunyi di telinga, panggilan berangkat. Bersinar mata aurora.

"Awak ? Eodiya ? Awak kemana semalam ? Kenapa tak balik ? Awak tidur kat mana ?" Belum apa-apa dah banyak soalan yang keluar. Biar la jungkook nak kata apa, yang dia tahu sekarang dia risau.

"Im on my way to go home." Lepas ayat itu keluar, panggilan mati. Soalan-soalan tadi dibiarkan tergantung sepi.

Aurora tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan. Tak apa la, janji dia tahu jungkook nak balik, cukup la.

"Apa sebenarnya yang jadi malam tu sampai lelaki handsome ni marah dengan aku ?"

Tbc

I know yang ayat saya baku dalam chapter ni, terikut-ikut dengan novel sebenarnya.

Mana tak nya minggu ni je dah baca lima novel 600++ mukasurat, semangat betul HAHA. Maafkan saya ya 😂

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now