63

5K 507 3
                                    

Dua bulan kemudian,

(Aurora p.o.v)

Hari ni hari pendaftaran universiti baru. Hm tempat menuntut ilmu baru, kawan baru,

Tak baru mana sebenarnya, yein pun sambung belajar kat tempat yang sama. Sebab tu aku gembira gila nak mati.

Tapi dia buat pendaftaran esok memandangkan hari ni dia still kat jeju. Hm family vocation.

Aku sebenarnya happy sebab yela dapat sambung belajar kat Seoul Art university. Aku ambil bidang music. Jauh sangat dengan bidang jungkook tapi biar la aku suka music.

Tapi ada satu sebab kenapa aku tayang muka keras hari ni. Tau kenapa ? Jungkook ambil cuti semata-mata nak teman aku buat pendaftaran. Haih sakit kepala aku.

Kepala aku tambah sakit bila semua mata tak
lepas pandang kami berdua. Jakun betul, tau la dia handsome tapi perlu ke pandang-pandang ?! Jungkook pula stay dengan muka dingin dia.

Sabar je la.

Lepas lama beratur akhirnya tiba giliran aku.

Perempuan yang jaga kaunter ni nampak muda, aku rasa dia bukan staff. Dia senior.

Dia pandang aku dengan pandangan yang sukar untuk ditafsir lantas dia hulur sehelai kertas.

"Isi." Ujarnya sepatah. Aku angguk lalu sambut kertas tersebut. Isi mana yang patut.

Tapi tangan aku berhenti bergerak bila pinggang aku dipegang. Ah sudah, mesti jungkook. Aku jeling dia,

"Awak jangan nak sentuh-sentuh boleh tak ? Orang pandang." Aku bisik geram lalu paksa dia turunkan tangan dari pinggang aku.

"Kenapa kalau orang pandang ?" Soalan bodoh dia ajukan.

"Jungkook i said stop it." Aku warning dia dan nasib baik sebab dia mengalah.

"Boleh isi cepat sikit tak ? Ramai lagi tengah beratur kat belakang awak tu." tiba-tiba senior tu menegur. Aik ? Aku baru berdiri kat sini tak sampai dua minit. Dia dah tegur ? Amboi macam ni kau layan student baru ya ?

Orang lain ada yang sampai sepuluh minit lek je tadi Zzzz.

"Pihak universiti bayar awak berapa sampai berani layan orang tak sopan ni ?" Jungkook menyampuk.

Perempuan itu tersentak. Jangan cakap perempuan tu je, aku pun terkejut juga.

"Jungkook biar la, don't take it serious." Aku berbisik lembut. Belakang tapak tangan dia aku usap seketika lalu sambung menulis.

Lepas dah siap, aku hulur sambil senyum kepada perempuan tu.

Alahai senior ku, mengapa kau terlalu kerek kepada ku ?

Lepas pendaftaran aku ada orientation pula. Dia nak tunjuk selok belok universiti la kut. Ceramah orientasi diadakan di dalam dewan besar. Aku duduk di barisan tengah, jungkook ? Kali ni dia duduk kat luar. Aku dapat tengok dia dari sini.

Siapa suruh gatal nak ikut ha padan muka kan dah bosan.

Aku berhenti pandang dia dan fokus dengan ceramah yang disampaikan oleh pihak universiti. Beberapa gambar ditunjukkan,

Persoalannya sekarang, kenapa orientasi ni macam orientasi darjah ? Ey student kat sini pun semua dah tunjuk muka tak berminat.

"Sir ? Boleh lajukan ceramah sikit ?" Satu suara menghentikan percakapan penceramah. Student lelaki, hm aku syak dia ni makan pill berani sebelum datang sini.

Boleh pula dia menyampuk ?

Penceramah tu pula hanya senyum kelat,

"Okay kita beralih ke hal makanan, saya akan serahkan mic kepada puan yun."

Aku harap penceramah seterusnya tak sebosan tadi. Aku toleh pandang luar dewan.

What the—

Apasal ramai minah duduk dengan laki aku ? Hamboi!

Automatik fokus aku teralih kepada jungkook,

Makin membuak darah aku bila seorang minah ni cuba nak sentuh dia. HEY! Berani kau ?! Jungkook ? Dia stay dengan muka poker dia weh! Eee menyampahnya. Bla la dari situ.

Jungkook pandang aku dan seketika aku berbalas pandangan dengan dia. Aku ketap bibir tanda amaran namun dia jongket kening. Ha nak cakap dia taktau apa-apa la tu.

Aku buat isyarat jari suruh dia duduk kat tempat lain tapi dia geleng.

Ting!

Satu mesej dari dia masuk ke telefon aku.

Kookie
Focus sayang.

Aku rolling eyes. Arahan sampah dari dia buat aku bengang tau ?

Awak bla dari situ dulu baru saya focus. Dah ramai sangat minah gatal kat situ.

Aku pandang dia lagi, dia ketawa. Apa yang lawak ha ? Aku serius.

Kookie
Kalau saya bla, i cant see you lagi. Kat sini je boleh perhati awak.

Eh awak boleh perhati kat rumah la. Bla laa.

Seen.

Dia seen mesej aku.

Aku letak telefon dan pandang dia lagi.

Tapi aku agak terkejut sebab minah-minah yang cuba nak mengorat dia tiba-tiba pandang aku dan bergerak meninggalkan jungkook.

Jungkook pula senyum meleret lalu buat isyarat mulut, "puas ?"

Apa yang dia buat sampai all the girls stay away ? Ah tak kesah la, janji dia duduk seorang sekarang.

+++

(Author p.o.v)

Jungkook sekadar memerhati aurora. Sesekali dia buka akaun instagram namun tiada apa yang menarik jadi dia tutup kembali.

Sedaya upaya dia tahan rasa rimas, mana tak rimas kalau semua mata terpaku kat dia seorang je ? Entah apa yang menarik kat dia sampai semua mata nak memandang.

Lama dia duduk di situ, akhirnya sesi ceramah habis. Aurora datang mendekati lalu duduk di sebelah jungkook. Jungkook pula menarik tangan aurora lalu digenggam lembut.

"How ?" Soalnya basa-basi.

"Bosan." Balas aurora, muka penat dia tunjuk. Padahal duduk je kat dalam tu, takda buat aktiviti apa-apa pun.

"Biasa la tu, but you should get ready for being student. Student life ni banyak perkara yang kena lepas." Lelaki kacak itu mula dengan sesi nasihatnya.

Aurora angguk malas.

"Jom la balik, awak tunggu apa lagi ?" Aurora berdiri,

"Takda aktiviti lain dah ?" Tanya jungkook.

"Takda, jom. Lagipun saya tak suka ramai sangat mata minta kena cucuk kat sini. Lain kali awak tak payah ikut saya lagi."

Terlepas ketawa jungkook mendengar perkataan gadis itu. Cemburu dia lain macam,

"Bukannya saya layan diorang pun."

"Ye tak layan tapi sama je, diorang still pandang awak kan ?"

Okay jungkook kalah kali ni. Bukan kali ni je sebenarnya, memang dia sentiasa kalah dan mengalah dengan aurora.

Yela sayang kan ? Kalau sayang, setakat nak mengalah tu hal kecil je la. Takda susah mana pun.

By the way, life aurora as a student, start!

Tbc

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now