48

5.5K 473 17
                                    

(Author p.o.v)

Siren polis kedengaran bingit di luar rumah teres tersebut,

"Shit! Macam mana polis boleh detect kita ?!" Daniel mula panik, telefon dicapai dan mesej laura yang dibiarkan tadi dibuka.

Polis tengah cari location kau, lari sekarang!

"God dammit!" Meja dihentak kuat.

"Bos, sekarang macam mana ?" Salah satu daripada dua orang setia daniel bertanya,

"Tak ada cara lain, kita kena lari ikut pintu belakang." Daniel mula kutip telefon, dompet serta kunci kereta. Bersedia untuk lari.

"Tapi bos.. kat belakang tu hutan kan ?" Mike mula was-was. Daniel jeling dia kemudian berlari anak ke kabinet dan mengambil beberapa bungkus makanan.

"Kau nak kena tangkap atau lari masuk hutan untuk sementara ?" Daniel soal, soalan cepu mas namun kedua pengikutnya masih ragu-ragu sebelum daniel sendiri berlari ke pintu belakang.

"Bos tunggu! Habis perempuan dengan lelaki kat atas tu macam mana ? Bos dah susah payah nak culik diorang." Langkah daniel terhenti. Memang, memang dia rasa geram dengan polis di luar sana, geram dengan diri sendiri juga sebab tak baca mesej laura tadi.

Kalau dia baca lebih awal, sah dia boleh bunuh jungkook dan bawa aurora lari sebelum sempat polis jumpa.

+++

"Raa!" Yein menjerit lalu badan aurora dipeluk. Rindu pula, padahal tak sampai seminggu pun tak jumpa.

"Kau okay tak ni ? Ada sakit kat mana-mana ?" Mata yein mula melilau di badan aurora, tengok mana la tahu ada lebam ke apa.

"Aku okay la!" Aurora tergelak, rasa lega menyelubungi diri apabila dapat bebas.

Jungkook yang sedang berbual dengan pihak polis dipandang sekilas, syukur lelaki itu selamat.

"Er yein ah, daniel mana ?" Kali ini pandangan aurora kembali kepada yein. Hairan sebab tak ada pergelutan sama sekali.

"Dia sempat lari dengan orang dia."

Gulp.

Daniel terlepas ? Maknanya hidup aurora belum masuk zon bebas, dia masih terikat dengan psychopath itu.

"Tapi, tu kereta dia.." yein dan aurora sama-sama memandang ke sebuah kereta sport merah yang terparking tidak jauh dari tempat mereka berdiri.

Yein angkat bahu, "polis syak diorang lari masuk hutan."

Aurora ketap bibir, baru dia nak rasa lega rupanya daniel sempat lari.

"Alaaa you don't have to worry la, as long as kau hati-hati and jangan buat kerja sendiri, kau selamat." Kata-kata yein sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut aurora, cepat dia mengangguk setuju.

"Aurora, jom balik." Jungkook seru nama aurora. Amboi, macam ayah panggil anak.

"Kau ada transport nak balik tak ? Kalau tak ada, mari la aku dengan jungkook tolong hantar." Pelawa aurora namun yein geleng laju.

"Tak payah susah-susah la, aku balik dengan sir john."

"Amboi kau, dah pandai eh sekarang ? Nak ikut jejak langkah aku ke ?" Aurora mengusik, baru je tadi serius sekarang dah mula mengusik.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now