71

3.9K 472 117
                                    

(Author p.o.v)

Beberapa helai baju yang telah siap dilipat dimasukkan ke dalam beg. Terburu-buru dia nak balik, aurora balik sendiri disebabkan yein ada class.

Nak tunggu, takut mereput pula sebab class hari ini padat. Dia pun tak lama lagi mula masuk universiti balik,

Walaupun susah nak terima hakikat bahawa anak yang diharapkan gugur. Lima bulan dia bawa ke sana sini, tapi semuanya sia-sia.

Ariana, ariana penyebabnya.

Dia ingat lagi perempuan durjana itu yang tolak dia jatuh tangga.

Zip beg ditutup dan dia termenung lagi. Air mata dikesat, sebak tiba-tiba bila teringat bagaimana bayi yang di kandung lima bulan hilang.

Iphone miliknya yang terletak rapi di meja bersebelahan katil berdering,

Omma.

"Yeobosaeyo omma ? Wae ?" Intonasi suaranya dikawal.

"Ah nae raa keluar hari ni."

"Hm jungkook jemput, omma tak payah susah-susah la nak jemput raa."

"Khanda."

Panggilan mati.

Penipuan lagi. Entah berapa kali dia tipu puan park pasal jungkook. Takut wanita tua itu berfikiran yang jungkook tak ambil kesah tentang dia.

Walhal memang itu hakikatnya. Jungkook memang tak ambil tahu tapi fikiran positif aurora masih memenuhi ruang kepala.

Jungkook busy, ya lelaki itu busy.

Lama dia duduk di birai katil sebelum mengambil beg dan keluar dari bilik. Nasib la dia dah bayar bill awal pagi tadi, kalau tak memang lama dia beratur kat kaunter.

Nasib aurora baik apabila ada beberapa buah teksi yang terparking di lobi hospital. Laju dia panggil seorang driver dan masuk ke salah sebuah teksi.

"Taman myeongdong ya ahjusshi." Ramah dia memberitahu. Ahjushhi driver itu tersenyum dan menganggukkan kepala tanda tahu tentang kawasan yang disebutkan.

Iphone dikeluarkan dari poket dan nombor jungkook dicari. Dia kirim satu text mesej,

Awak saya on the way

Onetick.

Aurora tarik nafas dalam. Seolah-olah dah biasa dengan keadaan itu.

+++

Aurora keluar dari teksi dan ahjushhi driver menolongnya untuk mengeluarkan beg baju dari kereta. Tambang teksi dihulur sambil tersenyum manis.

"Kamsahamnida." Aurora tunduk beberapa kali sebelum ahjusshi tadi masuk ke dalam kereta.

Penthouse yang dah seminggu lebih ditinggalkan kini direnung lama, sekali lagi nafas ditarik dalam. Sedia untuk menatap tempat dimana dia jatuh dan keguguran.

"Raa dah balik ?" Satu teguran dari belakang membuatkan aurora pusing,

Ah woo ahjushhi. Driver peribadi yang diupah jungkook untuk dia apabila mengandung sebelum ini. Jungkook tak bagi dia drive sendiri waktu itu.

"Ah nae." Ringkas jawapan gadis itu.

"Kenapa tak call saya ? Boleh saya ambil tadi."

"Tak apa la, saya dah sampai dah pun." Sekali lagi senyuman manis diberikan. Walaupun nampak sedikit terpaksa, rasa macam tak ada mood nak bercakap lebih-lebih.

Chemistry Teacher [ COMPLETED ]Where stories live. Discover now